wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T6 BM Q&A

Total questions: 40

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Sebelum keluar dari kelas, _______ mesti meminta kebenaran daripada guru.

a)

kita

b)

kami

c)

beliau

d)

baginda

2.

Maria _______ bola yang dilontar oleh Brenda kepadanya.

a)

mengutip

b)

memungut

c)

menyambut

d)

menghantar

3.

Akmal _______ sambil mengenyitkan matanya

a)

terpegun

b)

tersengah

c)

terpempan

d)

tersenyum

4.

4. Malini sering _______ oleh guru kerana tulisannya yang cantik dan kemas.

a)

dipuji

b)

dididik

c)

dihargai

d)

disanjung

5.

Borhan tidak hadir ke sekolah sejak hari Selasa ______ Khamis kerana demam.

a)

dan

b)

pada

c)

hingga

d)

dengan

6.

Kakak mengisar cili itu sehingga _______ dengan menggunakan mesin pengisar.

a)

cair

b)

beku

c)

lumat

d)

lembik

7.

Hasil kerja tangan nenek _______ cantik dan kreatif.

a)

nian

b)

sangat

c)

benar

d)

sekali

8.

Gusinya menjadi _______ setelah disuntik ubat pelali.

a)

kaku

b)

kebas

c)

keras

d)

kasar

9.

Wahid menggantungkan langsir _______ kakaknya menyapu sampah.

a)

lalu

b)

tetapi

c)

sambil

d)

manakala

10.

Encik Hassan _______ menjelaskan bil elektrik dan bil air rumahnya pada hari Jumaat lepas.

a)

mula

b)

telah

c)

belum

d)

akan

11.

Air terjun yang ingin kami jejaki itu terletak _______ di pedalaman.

a)

jauh

b)

dekat

c)

sudut

d)

hampir

12.

Chen Fang mendapat tempat _______ dalam pertandingan melukis.

a)

dua

b)

kedua

c)

berdua

d)

kedua-dua

13.

Bubur kacang yang _______ di atas meja itu masih panas.

a)

hidang

b)

sehidang

c)

dihidangi

d)

dihidangkan

14.

Anggota Rukun Tetangga taman perumahan itu melakukan _______ pada waktu malam.

a)

beronda

b)

peronda

c)

rondaan

d)

meronda

15.

_______ itu menggunakan sesiku untuk mengukur sudut bendul pintu dengan tepat.

a)

Tukang masak

b)

Tukang rumah

c)

Tukang urut

d)

Tukang karut

16.

Setelah disagat _______, pisang itu digoreng sehingga garing.

a)

kecil-kecil

b)

halus-halus

c)

nipis-nipis

d)

kemas-kemas

17.

_______ itu digunakan untuk membina tembok penghalang hakisan.

a)

Batu-batan

b)

Tanah-tanih

c)

Semak-samun

d)

Rumput-rampai

18.

Pesawah itu memegang se_______ anak padi untuk ditanam.

a)

gugus

b)

cekak

c)

pasang

d)

longgok

19.

Pokok-pokok durian di dusun itu berbuah lebat. Pilih perkataan seerti bagi lebat.

a)

padat

b)

segar

c)

sedikit

d)

banyak

20.

Pada halaman akhir buku itu terdapat senarai maksud perkataan yang penting. Pilih perkataan berlawan bagi akhir.

a)

luar

b)

awal

c)

dalam

d)

tengah

21.

Sempena Hari Guru, Siva memberi hadiah kepada Puan Siti sebagai tanda menghargai jasa _______ yang memberikan didikan dengan penuh dedikasi.

a)

dia

b)

beliau

c)

baginda

d)

mereka

22.

Cikgu Siti _______ tangannya untuk mengambil hadiah itu.

a)

mendepakan

b)

membukakan

c)

menghulurkan

d)

memanjangkan

23.

Kalau ada kelapangan, _______lah ke rumah kami.

a)

usah

b)

harap

c)

jangan

d)

jemput

24.

Permainan _______ masih lagi menjadi kegemaran, terutamanya bagi kanak-kanak yang tinggal di kampung.

a)

guli

b)

wau

c)

gasing

d)

congkak

25.

Yuk Sing tekun berlatih _______ dia berazam untuk memenangi pertandingan syarahan itu.

a)

jika

b)

kerana

c)

supaya

d)

daripada

26.

Karim dan Kamal membawa dua _______ joran ke sungai.

a)

bilah

b)

helai

c)

rawan

d)

batang

27.

Di _______ sungai itu terdapat dua berkas buluh.

a)

tepi

b)

tengah

c)

penjuru

d)

belakang

28.

Amirul cenderung dalam bidang sukan _______ abangnya pula dalam bidang muzik.

a)

apabila

b)

malahan

c)

manakala

d)

melainkan

29.

Penjual itu sedang _______ buah rambutan ke dalam beg plastik.

a)

menyajikan

b)

menerbitkan

c)

memasakkan

d)

memasukkan

30.

_______, cantik sungguh adik kamu setelah bersolek!

a)

Eh

b)

Oh

c)

Amboi

d)

Wahai

31.

Mekanik itu sedang menukar _______ basikal yang patah.

a)

jejari

b)

kekisi

c)

bebola

d)

rerambut

32.

Peng Soon berdiri lalu _______ solan yang dikemukakan oleh cikgu.

a)

jawab

b)

dijawab

c)

jawapan

d)

menjawab

33.

Berat _______ kotak ini, apalah yang ada di dalamnya.

a)

agak

b)

paling

c)

terlalu

d)

sungguh

34.

_______ yang terhidang di atas meja itu dimasak oleh ibu.

a)

Lauk-pauk

b)

Kuih-muih

c)

Buah-buahan

d)

Sayur-mayur

35.

Air sungai menjadi _______ pada musim kemarau.

a)

deras

b)

tohor

c)

keruh

d)

dalam

36.

_______ peserta pertandingan diwajibkan membayar yuran pendaftaran.

a)

Setiap

b)

Segala

c)

Pelbagai

d)

Segelintir

37.

Pak Atan sedang _______ roti canai di warungnya.

a)

menebar

b)

menebal

c)

menampi

d)

menggoreng

38.

Jason _______ lilin di atas kek sempena majlis hari lahirnya yang ke-12.

a)

bertiup

b)

tiupan

c)

meniup

d)

ditiup

39.

Puan Fieza sedang memangku _______nya yang baru berusia dua bulan.

a)

anak mata

b)

putih mata

c)

mata duitan

d)

cahaya mata

40.

Usia Ah Lun telah lanjut. _______, dia masih mempunyai daya penglihatan yang jelas.

a)

Padahal

b)

Namun begitu

c)

Di samping itu

d)

Tambahan pula