Font size
Worksheets7.2 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (M/S144-147)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Yang manakah paling tepat tentang tujuan dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan di negara ini?
sistem pembelajaran yang kreatif dan inovatif
sistem pembelajaran yang dapat membangunkan ekonomi dan sosial
sistem pembelajaran yang dapat menggalakkan perkembangan politik, ekonomi, dan sosial.
sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan tumbesaran pelajar
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem sekolah Vernakular?
Sistem persekolahan yang berdasarkan taraf ekonomi keluarga
sistem persekolahan yang berdasarkan bahasa ibunda dan kaum masing-masing
sistem pembelajaran berdasarkan tempat tinggal kaum tertentu.
sistem pembelajaran berdasarkan kurikulum Inggeris
Berikut merupakan keburukan sistem sekolah Vernakular, kecuali?
memecahbelahkan perpaduan kaum
meningkatkan semangat patriotisme
mengasingkan kaum mengikut sistem ekonomi masing-masing
meningkatkan penggunaan bahasa ibunda kaum
''Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.''
Petikan diatas merujuk kepada definisi?
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pembangunan Sekolah
Falsafah Pembangunan Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Yang manakah merupakan strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan?
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama
menjadikan bidang kokurikulum sebagai penilaian dalam peperiksaan
membina mengikut lokasi penempatan kaum masing-masing
memberikan kebebasan dalam berpakaian di seolah
Berikut merupakan strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, kecuali?
mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
mengadakan sistem penilaian berdasarkan sistem peperiksaan sepenuhnya.
Dasar pendidikan wajib bagi rakyat Malaysia ialah dari?
darjah satu hingga tingkatan tiga
darjah satu hingga darjah enam
darjah satu hingga tingkatan lima
prasekolah hingga tingkatan tiga
Jawatankuasa Kabinet 1974 telah mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan. Apakah kesan daripada laporan jawatakuasa tersebut?
Pembentukan kurikulum baharu
Penubuhan Jemaah Nazir sekolah
Pengenalan KBSR dan KBSM
Penekanan kepada subjek sejarah
Antara berikut merupakan cadangan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974, Kecuali
penekanan terhadap 3M iaitu membaca, mengira dan menulis
kenaikan darjah secara automatik
pelajaran percuma untuk semua pelajar tidak mengira keturunan dan agama
Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
Berdasarkan kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan kerana
menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pelbagai jenis jurusan vokasional yang lain
supaya pelajar dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan yang lain
bagi membantu kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja dari pelbagai bidang
Dasar Pendidikan membantu kepada perpaduan kaum di Malaysia. Melalui pernyataan ini, langkah manakah yang sesuai untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia
melalui penubuhan sekolah swasta yang menekankan perpaduan
melalui satu sistem persekolahan yang sama
melalui mata pelajaran yang bersesuaian dengan kaum di Malaysia
penekanan terhadap bahasa ibunda masing-masing di sekolah
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah cara anda menyumbang kepada Dasar Pendidikan kebangsaan
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di sekolah
Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Selalu bertegur sapa dengan pelbagai kaum di Malaysia
Tidak kedekut berkongsi makanan dengan pelajar lain
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum merdeka lagi. Berikut merupakan antara cadangan berkaitan dasar pendidikan KECUALI
Laporan Barnes 1950
Penyata Razak 1956
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1978
Laporan Rahman Talib 1960
- Merupakan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia
- Menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan
Maklumat ini merujuk kepada seorang tokoh, iaitu
Abdul Rahman Talib
Aminuddin Baki
Tun Abdul Razak
Fenn-wu
Falsafah Pendidikan Negara ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Apakah matlamat falsafah tersebut?
Memupuk semangat cinta akan negara
Melahirkan generasi yang berkemahiran
Menyediakan tenaga kerja berkemahiran
Melahirkan pelajar yang seimbang
Institusi pendidikan swasta dikehendaki mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral dengan tujuan
pendidikan menyeluruh
memupuk semangat cintakan negara
memupuk nilai-nilai murni
masyarakat prihatin
Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan diperkukuh melalui
Penyata Razak 1956
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Akta Pelajaran 1986
Akta Pendidikan 1996
Laporan Rahman Talib mencadangkan beberapa tambahan kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Apakah dua tujuan cadangan tambahan tersebut?
Memperkukuh semangat kekitaan
Menanam semangat keusahawanan
Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan
Kebersamaan murid pelbagai kaum ke arah perpaduan
Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat untuk membentuk sikap bertoleransi dan bekerjasama antara kaum.
Maklumat tersebut merujuk kepada
Laporan Rahman Talib 1960
Kajian Aminuddin Baki 1964
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996
Penyata Razak 1956
Laporan Rahman Talib 1960
Laporan Kabinet 1979
Apakah persamaan ketiga-tiga laporan tersebut?
Membuka peluang pendidikan
Membina perpaduan kaum
Memansuhkan sekolah vernakular
Mempertingkatkan kemahiran berfikir
