WorksheetsAntonim dan Sinonim
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Soalan 1- 8, pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.
Kerajaan Melaka setuju berdamai dengan Majapahit.
berpadu
bersatu
berperang
bergabung
Syarikat jualan langsung itu untung berpuluh ribu ringgit hasil penipuan yang dilakukan.
rugi
lenyap
muflis
hilang
Ketibaan puteri dari negeri Kebayan diberikan sambutan yang meriah.
Raja
Inang
permaisuri
putera
Pak Him tidak dapat memukat ikan kerana air laut pasang.
surut
naik
kering
penuh
Ular sawa itu tertidur akibat kenyang setelah menelan seekor anak kambing.
dahaga
kebulur
lapar
haus
Imran bertuah kerana lahir dalam keluarga yang kaya- raya.
untung
merana
nasib baik
malang
Si Tanggang menghalau ibunya kerana termakan hasutan isterinya yang cantik itu.
menjemput
melayan
menyambut
menyanjung
Jali dan Naresh sangat rapat sejak mereka kecil lagi.
dekat
renggang
akrab
baik
Sikapnya yang suka meninggi diri itu tidak disenangi oleh rakan- rakannya.
menambahkan
membesar
merendah
menaikkan
Setelah menamatkan pengajiannya di universiti, Abang Fakhri bekerja sambilan di Bank Negara Malaysia
menyelesaikan
memberhentikan
membatalkan
memulakan
Soalan 11- 20, pilih perkataan sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Terdapat segelintir kakitangan kerajaan yang telah menjejaskan nama baik dan imej negara.
sebahagian besar
kebanyakan
sebilangan kecil
semua
Tajuk drama yang dipentaskan itu ialah " Puteri Dayang Sari".
Lambang
Permulaan
Judul
Alamat
Hatinya berasa gusar setiap kali dia memikirkan kehidupan keluarganya yang daif itu.
duka
bimbang
lara
hiba
Jaguh lumba basikal negara gagal mencatat masa terbaik sewaktu mengadakan sesi latihan di Velodram Cheras pada petang kelmarin.
Pakar
Juara
Atlet
Wakil
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang berusaha untuk membasmi kegiatan cetak rompak.
memburu
mengesani
mengintip
menghapuskan
Cikgu Farizan mengira markah murid- muridnya di bilik guru.
menolak
menghitung
menambah
mengumpul
Pemuda Bangladesh itu fasih bercakap Bahasa Melayu.
bijak
petah
hebat
pandai
Amir berasa dahaga setelah berlari sejauh 2 kilometer.
haus
kenyang
lapar
penat
Pemuda yang bengis itu suka menunjukkan kekuatannya.
gagah
garang
malu
hebat
Adik suka mengajuk percakapan nenek.
meniru
meneka
membantah
menyetujui
