Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5- B5 Pembentukan Malaysia

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep yang berkaitan dengan gagasan pembentukan Malaysia?

a)

Kerjasama negeri

b)

Tuntutan kemerdekaan.

c)

Penggabungan wilayah

d)

Pemeliharaan kedaulatan.

2.

Idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia tenggara dalam satu pentadbiran dan ekonomi telah dicadangkan oleh pegawai-pegawai British. Apakah rasional mereka berbuat demikian?

a)

Memudahkan pentadbiran.

b)

Memberi latihan pentadbiran.

c)

Persediaan untuk kemerdekaan.

d)

Pengenalan konsep Persekutuan.

3.

Apakah idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-haj? M/s90

a)

Menjalin kerjasama ekonomi.

b)

Memelihara kedaulatan negeri.

c)

Mewujudkan sistem pentadbiran yang licin.

d)

Merdeka dalam satu sistem Kerajaan Persekutuan.

4.

Gerakan nasionalisme sebelum perang dunia kedua turut menyuarakan idea gagasan Malaysia.

Apakah matlamat perjuangan mereka? M/s90

a)

Kemerdekaan wilayah alam Melayu.

b)

Persekutuan Malaysia tanpa Singapura.

c)

Pergabungan bekas tanah jajahan British.

d)

Kemerdekaan berasingan Sarawak Sabah dan Brunei.

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan gagasan Malaysia menurut X.


📌 Semua tanah jajahan British di Asia tenggara digabungkan bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi.


Siapakah X? M/s 91

a)

Sir Geofroy Tory

b)

Sir Malcolm McDonald

c)

Tunku Abdul Rahman Putra al-haj.

d)

Datuk Onn Jaafar.

6.

Cadangan pertama pembentukan Malaysia dikemukakan oleh lord Brassey siapakah beliau? M/s91

a)

Residen British

b)

Gabenor jeneral British

c)

Persuruhjaya tinggi British

d)

Pengarah syarikat berpiagam Borneo utara

7.

Apakah rasional idea pembentukan Malaysia? M/s 93

I. Ancaman komunis di Indonesia.

II. Keseimbangan komposisi penduduk.

III. Pembangunan wilayah.

IV. Mempercepat kemerdekaan Singapura.

a)

I dan II

b)

I dan IV.

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman Putra al-haj mencapai matlamat berikut? M/s 93.


📌 Pembentukan Malaysia ➡️ Keseimbangan komposisi penduduk.

a)

Meninggalkan Singapura

b)

Memperketat syarat kerakyatan.

c)

Menyekat penyertaan Sabah dan Sarawak.

d)

Menggabungkan Sarawak Sabah dan Brunei.

9.

Sir Gerald templer pesuruhjaya tinggi British di Tanah Melayu telah meminta supaya pembentukan Malaysia disegerakan.

Mengapakah beliau membuat desakan sedemikian?m/s91

a)

Keharmonian rakyat

b)

Keselamatan wilayah

c)

Kelicinan pentadbiran

d)

Kemerdekaan Tanah Melayu.

10.

Konsep Melayu raya merupakan idea gagasan Malaysia yang diperjuangkan oleh gerakan nasionalisme sebelum perang dunia kedua.

Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui Melayu raya? M/s 92.

a)

Persekutuan Malaysia tanpa Singapura.

b)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia.

c)

Penyatuan Sarawak dan Sabah dengan Brunei.

d)

Penyatuan semua bekas tanah jajahan British di Asia tenggara.

11.

Antara berikut berkaitan tentang isu keselamatan yang bakal mengancam kestabilan serantau.


📌 Perkembangan fahaman komunis di Singapura.


Bagaimanakah masalah tersebut di atasi? M/s 93

a)

Pembentukan Melayu raya.

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Mempercepatkan kemerdekaan.

d)

Menyeimbang komposisi penduduk.

12.

Apakah faktor-faktor yang menggalakkan pembentukan Malaysia? m/s 93

I. Membentuk kabinet baharu.

II. Membanteras ancaman komunis.

III. Meningkatkan taraf hidup pribumi.

IV. Melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Mengapakah cadangan pembentukan Malaysia mengejutkan pemimpin dan penduduk di Sabah? M/s 96

a)

Keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan.

b)

Lebih berminat bergabung dengan Sarawak.

c)

Menganggap sebagai perjanjian baharu.

d)

Menjejaskan ekonomi Sabah.

14.

Mengapakah barisan sosialis di Singapura menentang pembentukan Malaysia? M/s 97

a)

Menjejaskan perpaduan kaum.

b)

Bimbang kepentingan rakyat terancam.

c)

Menganggap sebagai penjajahan baharu.

d)

Ingin mencapai kemerdekaan dengan segera.

15.

Di Singapura gagasan Malaysia disambut baik oleh golongan pedagang dan pengusaha industri.

Mengapakah berlaku demikian? M/s 97

a)

Peluang pasaran

b)

Permintaan rakyat

c)

Peranan Kerajaan British

d)

Pembebasan pengaruh British.

16.

Mengapakah Brunei yang pada peringkat awal mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia akhirnya menarik diri? M/s 97

a)

Isu sosial.

b)

Kepentingan kekayaan

c)

Sultan hilang kuasa

d)

Peranan parti rakyat

17.

Apakah reaksi negara Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia? M/s 97.

a)

Menentang gagasan

b)

Menyokong gagasan

c)

Tiada campur tangan

d)

Berpandangan positif.

18.

Mengapakah PM Azhari pemimpin parti rakyat Brunei menentang cadangan pembentukan Malaysia

a)

Kerakyatan secara liberal

b)

Kewarganegaraan sama rata.

c)

Bimbang Brunei akan kehilangan kekayaan ekonomi.

d)

Bimbang Sultan akan hilang kuasa.

19.

Mengapakah pemimpin Sarawak dan Sabah mengadakan lawatan ke persekutuan tanah Melayu pada bulan Ogos 1962? M/s 98

a)

Kerjasama politik

b)

Meninjau kemajuan

c)

Berbincang dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-haj.

d)

Meninjau reaksi penduduk terhadap pembentukan Malaysia.

20.

Satu referendum diadakan di Singapura pada awal bulan September 1962 menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia.

Apakah keputusan referendum tersebut? M/s100

a)

Idea pergabungan dirunding semula.

b)

Menolak penggabungan dengan Sabah.

c)

Bersetuju dengan pembentukan Malaysia.

d)

Menggesa kerajaan mengadakan referendum semula.

21.

Pada bulan Julai 1961, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan siri lawatan ke Sarawak dan Brunei.

Apakah tujuan lawatan tersebut? M/s 98.

a)

Membuat lawatan kerja.

b)

Mempromosi perdagangan.

c)

Membincangkan kemerdekaan.

d)

Menerangkan gagasan Malaysia.

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha pembentukan Malaysia


📌 Jawatankuasa setiakawan Malaysia (JSKM).

Apakah peranan JSKM? M/s 99

a)

Menyatukan rakyat berbilang bangsa.

b)

Mengeratkan perpaduan kaum.

c)

Menggubal perlembagaan.

d)

Meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah.

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan penubuhan X.


🌷Tujuan- menilai reaksi penduduk Sarawak dan Sabah dalam pembentukan Malaysia.


Apakah X? M/s 100

a)

Suruhanjaya Cobbold

b)

Parti perikatan Sarawak.

c)

Jawatan kuasa antara kerajaan JAK

d)

Jawatankuasa setiakawan Malaysia JSKM

24.

Pada bulan Ogos 1962, Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju menubuhkan jawatankuasa antara kerajaan (JAK).

Apakah peranan jika dalam proses pembentukan Malaysia? M/s 102

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menyediakan rangka perlembagaan

c)

Mempromosi pembentukan Malaysia

d)

Mengumpulkan pandangan pemimpin.

25.

Jawatankuasa antara kerajaan (JAK) mengusulkan perkara 20 untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia yang baharu.

Apakah kepentingan perkara 20 Sabah? M/s 102.

a)

Memperkasa ekonomi penduduk Sabah dan Sarawak.

b)

Meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak dan Sabah.

c)

Memberi hak wilayah asingan kepada Sarawak dan Sabah.

d)

Melindungi hak dan kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah.

26.

Apakah prinsip utama perjanjian Malaysia 1963? M/s 103

a)

Islam agama Persekutuan.

b)

Membentuk satu gagasan baharu.

c)

Mengiktiraf hak yang sama kepada semua negeri.

d)

Mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

27.

Maklumat berikut menerangkan peruntukan kerusi parlimen dalam perjanjian Malaysia.


Apakah X? M/s 103

a)

14

b)

16

c)

20

d)

21

28.

Perjanjian Julai 1963 turut dikenali sebagai perjanjian Malaysia ( MA63).

Apakah persetujuan yang terkandung dalam MA63? M/s103

a)

Bilangan kerusi parlimen

b)

Penggubalan dasar luar Malaysia.

c)

Perjanjian pertahanan dengan British.

d)

Bidang kuasa ketua menteri Sarawak dan Sabah.

29.

Suruhanjaya pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) dibentuk untuk membuat tinjauan semula terhadap reaksi penduduk Sarawak dan Sabah dalam pembentukan Malaysia.

Mengapakah suruhanjaya tersebut dibentuk. M/s104

a)

Bantahan Indonesia

b)

Gagasan Malaysia diragui.

c)

Mengiktiraf gagasan Malaysia.

d)

Permintaan Sarawak dan Sabah.

30.

Bagaimanakah sistem pendidikan Sarawak dan Sabah mengikut teras perlembagaan Malaysia? M/s 102

a)

Dikuasai oleh kerajaan pusat.

b)

Dikawal oleh kerajaan negeri.

c)

Dipinda kepada ketua menteri.

d)

Ditubuhkan jabatan pendidikan.

31.

Apakah kuasa autonomi yang diberi kepada Sarawak dan Sabah selepas membentuk Malaysia? M/s102.

a)

Pertahanan

b)

Hal ehwal luar negara

c)

Kebajikan sosial.

d)

Imigresen.

32.

Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia? M/s 106.

a)

Menggagalkan gagasan Melayu raya.

b)

Mengurangkan kuasa politik Melayu.

c)

Mengancam kedudukan Indonesia.

d)

Menggalakkan ancaman komunis

33.

Antara berikut yang manakah peristiwa penentangan Indonesia terhadap negara kita?m/s 106

I. Serangan gerila di Sabah.

II. Serangan gerila di Sarawak.

III. Melancarkan dasar konfrontasi.

IV. Melancarkan serangan udara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Indonesia semasa konfrontasi.

📌 Mendaratkan seramai 30 orang Gerila di Labis Johor.


Mengapakah Indonesia berbuat demikian? M/s 106

a)

Menjalani latihan ketenteraan.

b)

Menyertai Persekutuan Malaysia.

c)

Menggagalkan gagasan Malaysia.

d)

Mengisytiharkan perang secara terbuka.

35.

Mengapakah Indonesia menentang pembentukan Malaysia? M/s 106

a)

Keselamatan Indonesia terancam.

b)

Malaysia bentuk penjajahan baharu.

c)

Pembentukan Malaysia didalangi oleh British.

d)

Kerajaan Indonesia dipengaruhi oleh komunis.

36.

Malaysia berjaya dimasyhurkan pada 16 September 1963.


Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang berjaya merealisasikan gagasan pembentukan Malaysia? KBAt

I. Penegasan

II. Konfrontasi

III. Rundingan

IV. Kesepakatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Pemimpin Borneo telah menubuhkan sebuah pertubuhan untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia.

Apakah pertubuhan tersebut. M/s96

a)

United party

b)

Sabah Alliance

c)

Barisan bersatu.

d)

Parti demokratik.

38.

Rajah berikut menunjukkan parti yang menentang pembentukkan Malaysia di Singapura. M/s 97

Apakah X?

a)

People action party.

b)

Parti buruh Singapura.

c)

Parti rakyat Singapura.

d)

Parti perpaduan nasional

39.

Apakah nilai yang dapat ditunjukkan melalui pembentukan Malaysia? M/s 109

a)

Kejujuran

b)

Ketekunan

c)

Keberanian

d)

Kesepakatan

40.

Apakah iktibar yang diperoleh daripada usaha pemimpin tempatan menamatkan konfrontasi dengan Indonesia? KBAt.

a)

Keberanian

b)

Bijaksana

c)

Kesabaran

d)

Kesungguhan