Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN RINGKAS P.ISLAM

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah ciri-ciri mukmin berjaya yang terdapat dalam ayat kecuali...

a)

Sentiasa memelihara solat

b)

Menjaga amanah dan janji

c)

Melakukan perkara sia-sia

d)

Menjaga kehormatan diri

2.

Menumpukan sepenuh hati dan penghayatan dengan cara menetapkan anggota, memahami bacaan dan perbuatan ketika mendirikan solat.


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri...

a)

Beriman kepada Allah SWT

b)

Khusyuk dalam solat

c)

Menunaikan zakat

d)

Memelihara solat

3.

Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud...

a)

Zina

b)

Liwat

c)

Seks luar tabi'e

d)

Sumbang mahram

4.

Persetubuhan haram dengan bapa kandung, bapa tiri, adik beradik kandung atau adik beradik tiri.


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh...

a)

Zina

b)

Liwat

c)

Seks luar tabi'e

d)

Sumbang mahram

5.

Berikut adalah contoh hubungan seks luar tabi'e kecuali...

a)

Musahaqah

b)

Onani

c)

Nikah

d)

Liwat

6.

Manakah antara berikut merupakan akibat salah laku seksual?

a)

Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat

b)

Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga

c)

Layak mewarisi harta pusaka

d)

Terhindar daripada penyakit

7.

Pengajaran ayat, sebagai umat Islam, kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan ______________________________________

a)

Melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNya

b)

Melaksanakan larangan dan meninggalkan suruhanNya

c)

Melakukan perbuatan dan perkataan yang sia-sia

d)

Menunaikan solat apabila ada kelapangan waktu

8.

Antara berikut merupakan ciri-ciri mukmin yang berjaya seperti yang dinyatakan didalam surah al mukminun KECUALI?

a)

Beriman kepada allah

b)

Menjauhkan diri daripada perkara yang keji dan sia sia

c)

Bersedekah

d)

Menunaikan solat dengan khusyuk

9.

Antara yang berikut yang manakah bukan cara khusyuk dalam solat..

a)

Memahami maksud setiap ayat yang dibaca

b)

Melakukan solat dengan ikhlas

c)

Menumpukan pandangan ke tempat sujud

d)

Memejamkan mata ketika solat

10.

Tanggungjawab pemimpin ialah ...

a)

Melayan dan bergaul dengan isteri dan anak-anak dengan baik

b)

Menguruskan rumah tangga

c)

Bersikap toleransi terhadap orang bawahan

d)

Mengikut arahan ketua

11.

Apakah tanggungjawab pekerja?

a)

Memberi didikan agama kepada isteri dan anak-anak

b)

Memelihara dan mendidik anak-anak

c)

Menegakkan syariat Islam

d)

Bekerja dengan penuh integriti

12.

- Sentiasa mendoakan mereka

- Sentiasa membantu mereka dengan sebaik-baiknya

- Sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa


Pernyataan di atas berkenaan dengan tanggungjawab ...

a)

suami

b)

anak

c)

isteri

d)

pekerja

13.

Lengkapkan Maksud Hadis

_________ Itu ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

a)

Ayah

b)

Ibu

c)

ketua/imam

d)

Pegawai

14.

Senaraikan tanggungjawab pemimpin yang betul kecuali ..

a)

Berlaku adil dan menghapuskan kezaliman

b)

menegakkan syariat Islam

c)

Menyediakan makanan dan minuman

d)

Menyediakan insfrastruktur yang lengkap

15.

Berikut tanggungjawab suami kecuali

a)

Memberikan nafkah kepada anggota keluarganya.

b)

Memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anak

c)

Memberi perlindungan kepada saudara mara

d)

Melayan anak isteri dengan baik

16.

Tanggungjawab anak ialah

a)

Berbakti kepada ibu bapa

b)

mendoakan mereka jika teringat

c)

Membantu ibu bapa apabila anak ada kelapangan

d)

Tidak menyambung silaturrahim dengan rakan ibu bapa

17.

Lengkapkan pengajaran Hadis.

Sebagai umat Islam kita hendaklah menyedari bahawa setiap individu berperanan sebagai _____________ yang akan bertanggungjawab di akhirat kelak.

a)

rakyat

b)

pemimpin

c)

manusia

d)

insan

18.

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.


Pernyataan di atas adalah maksud bagi nama Allah ________.

a)

ar-Raqib

b)

as-Syahid

c)

al-Jabbar

d)

al-Muntaqim

19.

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada-Nya.


Pernyataan di atas adalah maksud bagi nama Allah ________.

a)

ar-Raqib

b)

as-Syahid

c)

al-Jabbar

d)

al-Muntaqim

20.

- Allah SWT sahaja yang menjadi saksi atas segala perkara yang nyata atau yang tersembunyi.

- Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik.


Pernyataan di atas adalah bukti Allah SWT bersifat ________.

a)

ar-Raqib

b)

as-Syahid

c)

al-Jabbar

d)

al-Muntaqim

21.

- Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangan-Nya.

- Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.


Pernyataan di atas adalah bukti Allah SWT bersifat ________.

a)

ar-Raqib

b)

as-Syahid

c)

al-Jabbar

d)

al-Muntaqim

22.

Pernyataan di bawah adalah betul tentang Ar-Raqib KECUALI:

a)

Allah SWT sentiasa mengawasi kita

b)

Allah SWT memberikan nikmat kepada hambanya yang bersyukur

c)

Kita hendaklah beriman kepada Allah yang bersifat Ar-Raqib

d)

Sesunguhnya kita tidak seorang malah Allah SWT bersama kita.

23.

Berikan kesan yang paling tepat dalam beriman kepada Ar-Raqib

a)

Kita akan sentiasa berdoa memohon kebaikan kepada Allah SWT

b)

Kita akan sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT

c)

Kita akan sentiasa berwaspada dalam setiap perkara samada zahir dan batin

d)

Kita akan disayangi Allah SWT

24.

Jelaskan maksud dalil Allah bersifat A-Syahid di dalam surah Al-Mujadalah, ayat 6

a)

Allah SWT menyaksikan bahawa golongan munafik bersikap dusta

b)

Sesungguhnya Allah menyaksikan tiap-tiap sesuatu

c)

Segala amalan kita di dunia akan disaksikan apabila kita dibangkitkan semula di akhirat nanti

25.

Bilakah Allah akan menghitung segala amalan manusia?

a)

Ketika manusia di alam barzakh

b)

Ketika manusia sedang nazak

c)

Semasa manusia dibangkitkan hidup semula oleh Allah SWT

d)

Samasa manusia tidur