WorksheetsBM TAHUN 6- KARNIVAL BAHASA MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Pada 27 Julai 2016, Unit Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Baling telah mengadakan Karnival Bahasa Melayu. Program itu diadakan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.
1. Karnival Bahasa Melayu diadakan pada…
27 Julai 2016
27 julai 2016
27 July 2016
27 july 2016
Pada 27 Julai 2016, Unit Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Baling telah mengadakan Karnival Bahasa Melayu. Program itu diadakan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.
2. Pertandingan ini telah diadakan di…
Pejabat Pendidikan Daerah Baling
Unit Kurikulum
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling
Sekolah Kebangsaan Baling
Peserta karnival itu terdiri daripada murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan daerah Baling. Pengajuran program itu bertujuan untuk menggalakkan anggota persatuan menggunakan bahasa Melayu secara berkesan.
3. Peserta karnival ini terdiri daripada…
Murid Sekolah Kebangsaan Baling
Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
Sekolah kebangsaan
Sekolah jenis kebangsaan
Peserta karnival itu terdiri daripada murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan daerah Baling. Pengajuran program itu bertujuan untuk menggalakkan anggota persatuan menggunakan bahasa Melayu secara berkesan.
4. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk…
Menggalakkan anggota persatuan menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan
Mengharumkan nama sekolah
Mendidik anggota persatuan berbahasa Melayu
Menerapkan budaya mencintai Bahasa Melayu
Pada hari itu, Amar, Damrong, Izuni, Jian Hui, Sarmeela dan Min Li telah menyertai pertandingan berbalas pantun. Pertandingan itu diadakan bermula pada pukul 11.00 pagi.
5. Peserta yang menyertai pertandingan berbalas pantun ialah...
Amar, Izuni, Sarmeela, Damrong, Jian Hui dan Min Li
Pei Shan, Izuni, Sarmeela, Min Li, dan Jian Hui
Asha, Izuni, Siew Mei, Damrong , Jian Hui dan Amar
Imran, Amar, Damrong, Asha dan Min Li
6. Antara pertandingan yang dijalankan sempena Karnival Bahasa Melayu ialah…
Nyanyian lagu patriotik, berbalas pantun dan pidato
Bercerita, pantun dan syarahan
Tarian asli, berbalas pantun dan pidato
Nyanyian, pidato dan berbalas pantun
Pada pukul 3.00 petang, pertandingan pidato telah diadakan. Antara pesertanya termasuklah Imran, Asha dan Pei Shan. Mereka menyampaikan pidato yang bertemakan “Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa”. Pei Shan petah berpidato dengan hujah yang bernas.
7. Imran, Asha dan Pei Shan menyampaikan pidato yang bertajuk...
“Bahasa Antarabangsa Bahasa Melayu”
"Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa"
Menjelang malam, semua peserta berkumpul di dewan. Amar dan Siew Mei telah mendendangkan nyanyian lagu patriotik dan lagu asli pada malam itu. Kemerduan suara mereka telah memikat hati juri. Oleh itu, mereka diumumkan sebagai pemenang.
8. Nyanyian lagu patriotik telah diadakan pada waktu...
Pagi
Malam
Petang
Tengah hari
Menjelang malam, semua peserta berkumpul di dewan. Amar dan Siew Mei telah mendendangkan nyanyian lagu patriotik dan lagu asli pada malam itu. Kemerduan suara mereka telah memikat hati juri. Oleh itu, mereka diumumkan sebagai pemenang.
9. Mengapakah Amar dan Siew Mei memenangi pertandingan nyanyian lagu patriotik?
Amar dan Siew Mei memenangi pertandingan nyanyian lagu patriotik kerana lirik lagu tersebut telah memikat hati juri.
Amar dan Siew Mei memenangi pertandingan nyanyian lagu patriotik kerana tarian mereka telah memikat hati juri.
Amar dan Siew Mei memenangi pertandingan nyanyian lagu patriotik kerana persembahan mereka telah memikat hati juri.
Amar dan Siew Mei memenangi pertandingan nyanyian lagu patriotik kerana kemerduan suara mereka telah memikat hati juri.
10. Adakah kamu berminat untuk menunjukkan bakat dalam program Karnival Bahasa Melayu yang akan dijalankan di peringkat kelas masing – masing?
Ya
Tidak
