Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 4- Kata Hubung

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "tetapi", kecuali ...............

a)

Imran adalah seorang pelajar yang pandai tetapi dia nakal.

b)

Haiqal ingin bermain basikal tetapi dia terpaksa membatalkan niatnya itu kerana hujan turun dengan lebat.

c)

Kelly seorang pelajar yang baik tetapi dia sangat rajin.

2.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "supaya", kecuali ...............

a)

Imtiyaz pergi ke kedai supaya membeli roti dan buah.

b)

Belajarlah bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang beguna.

c)

Janganlah kamu makan makanan yang tidak berkhasiat supaya badan kamu sihat dan kuat.

3.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "kerana", kecuali ...............

a)

Yaya menangis kerana dipukul oleh adiknya.

b)

Hubungi saya kerana datang ke rumah saya.

c)

Dia datang lambat ke sekolah kerana ketinggalan bas.

4.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "atau", kecuali ...............

a)

Aina suka membaca buku komik atau majalah.

b)

Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

c)

Kamu dibenarkan untuk memakai pakaian seragam sekolah atau baju sukan sekolah.

5.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "dan", kecuali ...............

a)

Haiqal dan ubaidah bersahabat baik sejak dari sekolah rendah lagi.

b)

Aqiff perlu memilih untuk menonton filem kartun dan filem aksi.

c)

Muaz dan Imran sangat suka bermain badminton.

6.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "kecuali", kecuali ...............

a)

Semua ahli keluarga Alina memakai cermin mata kacuali abangnya.

b)

Semua pelajar hadir ke sekolah hari ini kecuali Hani.

c)

Semua pelajar suka menyanyi kecuali menari.

7.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "jika", kecuali ...............

a)

Beri salam jika kamu terserempak dengan muslim yang lain.

b)

Abang masuk ke dalam bilik jika mendengar radio.

c)

Saya akan menggunakan payung jika hujan turun nanti.

8.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "agar", kecuali ...............

a)

Ayah berbual dengan kawannya agar lewat malam.

b)

Makanlah ubat ini agar kamu cepat sembuh.

c)

Saya berharap agar kamu dapat menghubungi saya dengan segera.

9.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "kalau", kecuali ...............

a)

Saya akan belajar bersungguh-sungguh kalau menjadi pelajar yang berjaya.

b)

Awak boleh menghubungi saya kalau awak perlukan bantuan.

c)

Saya akan buat yang terbaik kalau diberikan peluang yang kedua.

10.

Dua ayat di bawah adalah betul bagi penggunaan Kata Hubung "sambil", kecuali ...............

a)

Humairah minum secawan milo panas sambil menonton televisyen.

b)

Adam menunggang basikal sambil bersiul.

c)

Amira menangis sambil giginya sakit.