NEW
Font size
WorksheetsPK T6 - Dilema Anak Remaja
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Tekanan merujuk kepada ..........
perbuatan yang tertekan dalam pemikiran
perbuatan yang akan mengakibatkan seseorang stres
perbuatan yang akan mengakibatkan pemikiran negatif
perbuatan yang mengakibatkan seseorang berada dalam dilema
Remaja sering menghadapi tekanan daripada rakan sebaya. Apakah contoh tekanan yang biasa dihadapi oleh remaja ?
Membantu dalam pelajaran
Memaksa untuk ponteng sekolah
Membantu apabila berada dalam kesusahan
Bermain bersama-sama
Berikut ialah contoh tekanan negatif kecuali .............
bersaing dalam pelajaran
boros dan suka bermewah
selalu dibuli
suka memendam perasaan
Fatin mahu sikap Alya yang suka meniru kerja sekolahnya diubah. Tetapi Fatin belum sempat menerangkan niatnya, Alya telah menuduhnya tidak setia kawan. Fatin dan Alya kini tidak bertegur sapa. Fatin tertekan kerana salah faham ini.
Apakah punca tekanan yang dihadapi oleh Fatin?
Dilema rakan sebaya.
Persaingan yang sihat.
Komunikasi yang tidak berkesan.
Hampir setiap hari Haikal sering diajak oleh rakannya untuk ponteng sekolah. Berdasarkan situasi, apakah jenis tekanan tersebut ?
positif
negatif
positif dan negatif
neutral
Damia sukakan perhatian. Dia tidak suka dianggap ketinggalan dalam semua perkara terutama yang berkaitan gajet baharu. Dia akan memaksa ibu bapanya membelikan gajet yang lebih terkini jika ada kawannya yang sudah memperolehnya.
Sikap Damia ini dikira sebagai..................
Dilema rakan sebaya.
Boros dan suka menonjol.
Persaingan yang sihat.
Aminah belajar dengan bersungguh-sungguh kerana sering dibandingkan oleh rakannya. Berdasarkan situasi, apakah jenis tekanan tersebut ?
negatif
positif
positif dan negatif
Rakan Fauzi menegurnya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di rumah bagi mengelakkannya didenda. Teguran rakan Fauzi adalah tekanan jenis.........
positif
positif dan negatif
negatif
Muhaimin ialah murid baharu di sebuah sekolah. Dia berasa dipinggirkan oleh rakan-rakan sebayanya. Dia juga sukar menumpukan pelajaran dan suka menyendiri.
Muhaimin menghadapi tekanan jenis negatif disebabkan oleh.....
suka berkawan.
tiada kemahiran komunikasi.
mangsa perbandingan.
Amalia berasa cemburu dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih menonjol dalam subjek Matematik. Dengan itu, dia rajin membuat latihan dan menghadiri kelas tuisyen. Walaupun keputusannya semakin meningkat, tetapi Amalia belum berpuas hati.
Sebenarnya, Amalia menghadapi tekanan jenis ...........................
positif.
negatif.
positif dan negatif.
Irfan telah mengajak Haikal ponteng kelas tambahan.
Sekiranya Haikal seorang yang bijak membuat keputusan, dia akan berkata ................
'Boleh juga. Sekali sekala kena release tension. Lagi pun kita perlu study smart bukan study hard'
Irfan, awak pergi dahulu. Saya akan menyusul kemudian.
Maaf. Kelas tambahan ni penting kepada saya. Peperikasaan akhir semakin dekat.
Aniq suka memendam perasaan. Baginya, meluahkan ketidak puasan hatinya akan melukai keluarga dan sahabatnya. Untuk menangani tekanan yang dihadapinya dengan cara yang bijak, Aniq telah ............................................
merapatkan hubungan kekeluargaan.
memilih individu yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan.
menulis diari.
melakukan kesemua jawapan di atas.
