wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Adjektif

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kata adjektif?

a)

Kata yang menerangkan tindakan dan perlakuan .

b)

Kata yang menerangkan subjek dan predikat.

c)

Kata yang menerangkan sifat sesuatu.

d)

Kata yang menerangkan struktur binaan sendi nama dalam ayat.

2.

Kata adjektif boleh disertai dengan kata________________.

a)

Kata bantu

b)

Kata nama

c)

Kata pembenar

d)

kata penguat

3.

Kata penguat terbahagi kepada_______________.

a)

empat

b)

dua

c)

tiga

d)

satu

4.

Berikut ialah kata penguat hadapan kecuali...

a)

cukup

b)

nian

c)

terlalu

d)

paling

5.

Kata adjektif boleh dibahagi kepada _________________ kelompok.

a)

dua belas

b)

sepuluh

c)

lapan

d)

sembilan

6.

sihat, baik, gagah, jahat dan pandai merupakan kelompok kata adjektif_______________.

a)

waktu

b)

bentuk

c)

keadaan

d)

ukuran

7.

lurus, bengkok, bujur, bulat dan lonjong ialah kelompok kata adjektif_________________.

a)

Keadaan

b)

waktu

c)

ukuran

d)

bentuk

8.

Cinta, sayang, risau dan marah ialah kelompok kata adjektif _______________.

a)

cara

b)

pancaindera

c)

perasaan

d)

keadaan

9.

Berikut ialah gandingan antara kata adjektif pancaindera dan perasaan kecuali....

a)

benci...pahit

b)

ceria...rajin

c)

resah...payau

d)

suka...enak

10.

Berikut ialah kata adjektif jarak dan cara kecuali...

a)

hampir...sederhana

b)

dekat...cepat

c)

rapat...laju

d)

nyaris...segera

11.

Roti Harrods Roquefort ialah roti paling _____________ di dunia yang berharga RM103 bagi sebuku roti.

a)

murah

b)

lembut

c)

sedap

d)

mahal

12.

Semasa cuti sekolah lalu, keadaan Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak menjadi _______________ berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan cuba merentas negeri.

a)

sibuk

b)

pantas

c)

hangat

d)

lengang

13.

Wajah peragawati yang _____________________ sireh itu menambahkan lagi keayuannya.

a)

bulat

b)

leper

c)

bujur

d)

bundar

14.

Pada musim kemarau, Bendang Kampung Nara itu menjadi ________________ dan tanahnya juga merekah.

a)

lembap

b)

tandus

c)

kering

d)

basah

15.

Orang Eskimo sentiasa berbaju ________________ kerana mereka tinggal di kawasan yang beriklim sejuk.

a)

longgar

b)

tebal

c)

besar

d)

nipis

16.

Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai itu menyebabkan air sungai menjadi ________________ dan berkeladak.

a)

jernih

b)

keruh

c)

hapak

d)

licin

17.

Tayar basikal Fahmi menjadi _______________ apabila dia terpijak paku sewaktu menuju ke taman.

a)

leper

b)

kempis

c)

buncit

d)

kembung

18.

Kuih-muih tradisional yang dijual di gerai Mak Cik Fatimah sangat ________________ kerana begitu digemari oleh para pembeli.

a)

cantik

b)

meriah

c)

laris

d)

cekap

19.

Latifah ____________membantu ibunya di dapur supaya juadah yang ingin dimasak dapat disiapkan dengan cepat.

a)

licik

b)

malas

c)

lambat

d)

rajin

20.

Zuhdi berasa amat ______________ apabila ayah dan ibunya menghadiahkan sebuah komputer riba.

a)

sedih

b)

duka

c)

terharu

d)

tergamam