WorksheetsTING 2 UNIT 12- ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SIBER
Total questions: 12
Worksheet time: 4mins
Alam siber ialah alam yang berkait rapat dengan komputer dan internet KECUALI
Ruang Forum
Peta Malaysia
Media Sosial
Dunia Dalam Talian
Apakah etika yang boleh diamalkan semasa berkomunikasi dalam alam siber?
Berkongsi atau menyebarkan keburukan orang lain
Memuat naik status berunsur fitnah
Tidak mematuhi akta undang-undang siber
Tidak menyebarkan maklumat yang belum pasti
Kenapakah undang-undang siber dicipta?
Melindungi pengguna supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber
Menggalakkan masyarakat menggunakan alam siber dan internet
Membantu meningkatkan ekonomi negara
Berjumpa dengan ramai kenalan di alam siber
Apakah BUKAN kepentingan mematuhi etika dan undang-undang siber?
Menjaga keharmonian masyarakat
Menjadi pengguna siber yang berhemah
Memperoleh maklumat yang tidak benar
Mewujudkan persekitaran siber yang selamat dan sihat
Buli siber yang berlebihan akan menyebabkan kerisauan, kemurungan dan tekanan perasaan kepada mangsa. Apakah yang perlu diamalkan masyarakat kini untuk membasmi gejala buli siber kecuali ?
Lebih mementingkan emosi diri sendiri
Mempunyai hemah dan kesedaran tinggi
Mematuhi etika dan undang-undang siber
Mengamalkan nilai bertanggungjawab
Bagaimana kewujudan etika dan undang-undang alam siber mampu membentuk pembentukan jati diri pelajar?
Pelajar akan berkongsi atau menyebarkan keburukan orang lain
Pelajar menyebarkan fitnah
Pelajar akan memuat naik gambar atau komen negatif
Pelajar akan menggunakan alam siber kearah kebaikan mengikut etika dan undang-undang yang telah ditetapkan
Fatimah telah memuat naik gambar tidak senonoh di dalam akaun Facebooknya . Apakah tindakan awal anda sebagai rakan baiknya untuk mencegah perbuatan Fatimah tersebut?
Menasihatinya
Memberitahu ibu bapa fatimah
Tidak ambil peduli
Menyokong perbuatannya
Berikut merupakan akta yang berkaitan dengan undang-undang siber, KECUALI.....
Akta hak cipta (Pindaan) 1997
Akta pertubuhan 1996
Akta komunikasi dan multimedia 1998
Akta jenayah komputer 1997
Azhar merupakan seorang peniaga barangan online. Azhar akan menggunakan media sosial iaitu Instagram untuk menjual barang jualannya. Tetapi Azhar mempunyai sikap yang negatif iaitu dia selalu mengambil kesempatan untuk menipu pembelinya untuk mendapatkan keuntungan.
Apakah tindakan paling tepat anda jika anda merupakan salah seorang mangsa penipuan Azhar?
Meminta Azhar menggantikan semula barang tersebut
Menyuarakan aduan ke bahagian pengurusan pengguna (KPDNKK)
Melaporkan kepada kementerian pendidikan
Tidak ambil peduli
Yang manakah bukan jenayah yang berkaitan dengan alam siber?
Penggodam maklumat
Skim cepat kaya
Meragut
Judi siber
Yang manakah panduan keselamatan menggunakan internet dengan bijak?
Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali melalui laman sosial kerana kemungkinan mereka ialah penghendap siber
Tidak menggunakan bahasa yang baik dan sopan
Menyebarkan maklumat tanpa mengetahui kesahihannya
Tidak melindungi kerahsiaan maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon dan lokasi semasa
Adakah penting pengetahuan tentang etika penggunaan internet?
Tidak penting
Mestilah penting supaya kita tidak menjadi mangsa alam siber
Tidak pasti
