wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Datuk saya sedang menebas ________________ di belakang rumah saya.
a)
bukit-bukau
b)
semak-samun
c)
kayu-kayan
d)
gunung-ganang
2.
 Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
kekayu
b)
rak
c)
pepara
d)
dapur
3.
 Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
pembaris
b)
sesiku
c)
jejari
d)
lelabah
4.
 Pejalan kaki dinasihat menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
lintasan belang
b)
jambatan
c)
jejambat
d)
jejantas
5.
 ____________ Puan Siti boleh menaip dengan cepat sekali
a)
Jejari
b)
Jari jemari
c)
Tetingkap
d)
Lelabah
6.
Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________ di takung air.
a)
pepijat
b)
rerama
c)
jejentik
d)
lelabah
7.
Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.
a)
orang-orang
b)
kering-kontang
c)
kering
d)
basah
8.
Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
a)
gelap-gelita
b)
terang benderang
c)
sangat gelap
d)
malap
9.
Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga.
a)
anai-anai
b)
pijat-pijat
c)
rama-rama
d)
labah-labah
10.
Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.
a)
pijat-pijat
b)
anai-anai
c)
rama-rama
d)
tikus-tikus
11.

Jiran tetangga seharusnya __________________________________ .

a)

bantu-membantu

b)

menolong

c)

bantu

d)

bekerjasama

12.
Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
a)
burung hantu
b)
rerama
c)
pepatung
d)
orang-orang
13.
 Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari Kuala Lumpur.
a)
buah-buahan
b)
lauk-pauk
c)
sayur-sayuran
d)
buah-buah
14.

Julie suka makan sup ______ ikan.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

jejari

15.

Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

a)

ulang-alik

b)

lalu-lalang

c)

mundar-mandir

d)

mandi-manda

16.

Pak Mail menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebiri

d)

bebola

17.

Sifat _____________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.

a)

remeh-temeh

b)

kelam-kabut

c)

ramah-tamah

d)

keluh-kesah

18.

Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan ____________ terdekat Puan Jacklyn.

a)

saudara-mara

b)

corat-coret

c)

limpah-ruah

d)

kuih-muih

19.

_______________ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.

a)

Rempah-ratus

b)

Lauk-pauk

c)

Batu-batan

d)

Saki-baki

20.

Siti bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______________ tradisional.

a)

rempah-ratus

b)

sayur-mayur

c)

tanah-tanih

d)

kuih-muih