WorksheetsKUIZ PERNIAGAAN(REVISI) SET 2
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Apakah tujuan sesebuah koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan?
Menubuhkan jawatankuasa Penaja
Mendapat sijil perakuan pendaftaran
Meluluskan undang-undang kecil
Memilih anggota baharu
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri umum perniagaan francais?
Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniagaan secara bersama
Francaisi perlu membuat bayaran fi kepada francaisor
Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor
Francaisor kehilangan hak pemilikan perniagaan
Gambar di atas berkaitan dengan agensi kerajaan.
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi kerajaan di atas?
Menjamin kedudukan kewangan usahawan
Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan
Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia
Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan
Apakah maksud visi perniagaan?
Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan untuk memotivasikan pekerja
Matlamat yang ingin dicapai oelh sesebuah organisasi
Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
Teknologi maklumat dan komunikasi
Sosiobudaya
Demografi
Kewangan
Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?
Meningkatkan kualiti barang
Memperoleh pendapatan yang tinggi
Aktiviti promosi dapat dikurangkan
Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor penting dalam pelaksanaan strategi pemasaran?
Sasaran pasaran
Campuran pemasaran
Kemahiran pekerja
Modal yang mencukupi
Definisi yang tepat tentang rancangan perniagaan…
dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan secara terpeinci
dokumen bertulis yang menerangkan tentang kedudukan projek perniagaan
dokumen bertulis yang menerangkan latar belakang perniagaan secara terpeinci
dokumen bertulis yang menerangkan jenis perniagaan yang akan dijalankan oleh sesebuah perniagaan
Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif projek.
Kumpulan yang dikenalpasti akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh pengeluar
Apakah elemen tersebut?
Sasaran pekerja
Sasaran jualan
Sasaran pelanggan
Sasaran untung
Gambar di atas menunjukkan beberapa barang keperluan harian.
Apakah jenis stok bagi barang tersebut?
Stok tidak bergerak
Stok lambakan
Stok bergerak cepat
Stok bergerak lambat
Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan memperoleh jentera melalui skim
pajakan?
Dapat menjana pendapatan
Dapat menggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
Jentera yang rosak akan dibaiki oleh penyewa
Dapat menggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi?
Untuk tujuan penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah
Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan
Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil
Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
Antara yang berikut, manakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?
Hayat Perkongsian berterusan
Mudah ditubuhkan
semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad
Mudah diuruskan
Antara yang berikut,manakah ciri sesebuah perniagaan yang mempunyai skala perniagaan Tempatan?
syer pasaran ialah masyarakat tempatan
mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi
memerlukan modal yang banyak
jualan tahunan perniagaan adalah rendah
Pernyataan yang manakah menggambarkan tentang ciri-ciri keperibadian seorang usahawan?
Usahawan yang bijak akan pandai merebut peluang perniagaan
Usahawan yang berdikari akan sentiasa mengharap bantuan orang lain
Usahawan yang tabah akan mudah berputus asa
Usahawan yang optimistik akan sentiasa membangunkan kehidupannya sahaja
Pernyataan manakah yang benar mengenai pemasaran?
Aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk
Aktiviti mengeluarkan barang untuk memenuhi kehendak pengguna
Aktiviti untuk merancang dan mengawal aspek perbelanjaan dalam perniagaan
Aktiviti untuk menyalurkan produk atau perkhidmatan
Apakah tujuan sesuatu Rancangan Perniagaan itu disediakan?
Untuk menilai prestasi perniagaan
Untuk mendapatkan pekerjaan
Untuk mendapatkan pinjaman
Untuk mencari pelanggan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan menggunakan laman sosial untuk mengiklankan produk mereka.
Apakah matlamat perniagaan berbuat demikian?
Untuk meluaskan rangkaian rakan perniagaan
Untuk meningkatkan jualan dan keuntungan
Untuk melakukan promosi jualan
Untuk mencari pelanggan baharu
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan unsur faktor dalaman organisasi.
Undang-undang baharu yang diluluskan akan meningkatkan kos operasi syarikat
Syarikat Berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran
Para pekerja syarikat diberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran
Keadaan ekononi melesit telah memberi kesan kepada jualan syarikat
Pernyataan di bawah merujuk kepada objektif sebuah syarikat.
Syarikat Mesra Sdn Bhd akan mengeluarkan 100 000 unit kereta pada tahun hadapan.
Apakah ciri-ciri objektif bagi syarikat tersebut?
Munasabah
Boleh diukur
Jangkamasa
Boleh dicapai
