NEW
Font size
WorksheetsT2 SEJARAH BAB 1- BAB 5
Total questions: 60
Worksheet time: 1hrs 24mins
Aspek dalam konsep Alam Melayu dilihat dalam tiga sudut, Kecuali :
Ekonomi
Geografi
Bahasa
Agama
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan mengenai lingkungan geografi kawasan Alam Melayu seperti yang ditunjukkan peta di atas?
Alfred Russel Wallace
Abdul Hadi Haji Hassan
Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta Ismail Hussein
Jadual berikut berkaitan dengan bahasa pertururan beberapa etnik di Alam Melayu.Mengapakan terdapat persamaan bunyi perkataan tersebut?
Bahasa yang serumpun
Asal usul masyarakat yang sama
Ikatan kekeluarga pemerintah
Kedudukan negeri bersempadan
“Kerajaan Champa”
Nama Pusat Petadbiran Kerajaan tersebut?
Vyadhapura
Indrapura
Palembang
Kota Trowulan
Senarai yang berikut merupakan antara bahasa serumpun Alam Melayu.
• Bahasa Melayu
• Tagalog
• Melanau
• Kadazandusun
Bahasa-bahasa tersebut boleh digolongkan dalam bahasa
Austronesia
Phoenicia
Afro-Asiatik
rans-New Guinea
Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi. Apakah faktor penggunaan bahasa Melayu secara meluas?
I Pembinaan empayar Alam Melayu
II Kegemaran orang Melayu belayar
III Bahasa yang mudah dipelajari
IV Migrasi rumpun bangsa Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Penduduk di Alam Melayu dikatakan mempunyai budaya serumpun. Budaya serumpun tersebut merangkumi aspek-aspek berikut, kecuali
bahasa
ekonomi
kepercayaan
adat istiadat
Kerajaan Alam Melayu muncul seawal abad pertama. Apakah kerajaan Alam Melayu yang paling awal wujud?
Champa
Gangga Nagara
Kedah Tua
Funan
Pada abad ketiga, Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Apakah faktor utama kejayaan kerajaan Funan tersebut?
Hubungan diplomatik dengan China dan India
Kemajuan sektor pertaniannya
Pembinaan empayar yang luas
Kekayaan sumber alamnya
Zaman kemasyhuran Champa bermula dengan pemerintahan tokoh yang berikut. Apakah kejayaan beliau?
"Che Bong Nga"
I Mengatasi ancaman Dai Viet
II Menguasai Myanmar dan Segenting Kra
III Membebaskan Champa daripada pengaruh China
IV Mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming
I dan II
I dan IV
II dan Ill
Ill dan lV
Serangan tentera Chola dari selatan India pada tahun 1025 Masihi telah menyebabkan beberapa kerajaan Alam Melayu menjadi lemah. Apakah kerajaan tersebut?
I Kedah Tua
II Angkor
Ill Majapahit
IV Srivijaya
I dan II
I dan IV
II dan Ill
II dan IV
Jayavarman VII merupakan pemerintahan kerajaan Angkor yang agong. Apakah kejayaan beliau?
I Pembinaan Angkor Thom
II Perluasan empayar hingga sempadan Annam
III Penguasaan jalan perdagangan utama
IV Penyebaran agama Hindu
I dan II
I dan IV
II dan Ill
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kerajaan Majapahit?
I Pusat pentadbirannya ialah Palembang
II Pengasasnya ialah Tribuana Tunggadewi
Ill Pengasasnya berjaya kerana bantuan tentera Mongol
IV Pemimpin terkemukanya ialah Patih Gajah Mada
I dan II
I dan IV
II dan Ill
III dan IV
Pada abad kesembilan, kerajaan-kerajaan yang berikut dianggap sezaman dan mempunyai hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik, kecuali
Abbasiyah
Funan
Srivijaya
Dinasti Tang
Apakah faktor penyebaran agama Buddha ke kerajaan Alam Melayu?
Perhubungan diplomatik yang erat dengan India
Pembinaan empayar kerajaan Alam Melayu
Peranan pedagang, tentera dan Brahmin
Penghantaran sami-sami Buddha oleh Asoka
lstilah-istilah yang berikut wujud dalam kerajaan Funan.
• Kurung Bnam
• Cakravatin
lstilah-istilah tersebut merujuk
gelaran raja
nama wiIayah
golongan bangsawan
jabatan-jabatan kerajaan
Raja Champa dibantu oleh para pembesar. Apakah tanggungjawab pembesar?
I Menjalankan upacara keagamaan
II Menjalankan peniagaan
III Mengutip cukai
IV Mengukuhkan pertahanan
I dan ll
I dan IV
Il dan lll
III dan IV
Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan memiliki unsur ketuhanan.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan raja-raja Srivijaya?
Bodhisattva
Dewa Siva
Dewaraja
Rajadhiraja
Antara kerajaan di Alam Melayu, yang manakah mengaitkan rajanya sebagai dewa dan diberikan gelaran Dewaraja?
Srivijaya
Champa
Funan
Angkor
Raja-raja Majapahit dibantu oleh Sapta Prabu.
Saptu Prabu merujuk kepada
raja-raja Kecil
para pembesar
Majlis Penasihat Diraja
golongan cerdik pandai
Kaum wanita dalam kerabat diraja Majapahit mendapat tempat yang tinggi.
Apakah yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
I Dibenarkan mengadakan upacara keagamaan
II Menjadi anggota Sapta Prabu
III Dilantik menjadi raja
IV Merupakan kuasa kedua dalam sistem pemerintahan
I dan ll
I dan IV
Il dan lll
III dan IV
Kerajaan Kedah pernah menjadi sebahagian daripada Pradatuan kerajaan Srivijaya.
Apakah yang berkaitan dengan Pradatuan?
Ditadbir Datu bukan berketurunan raja
Ditadbir sendiri Raja Srivijaya
Ditadbir Yuvaraja atau Putera Mahkota
Ditadbir Datu berketurunan raja
Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran yang berikut?
• Raja di Gunung
• Maharaja di Pulau
Champa
Gangga Nagara
Majapahit
Srivijaya
Struktur yang berikut dibina oleh pemerintah Angkor. Apakah fungsi binaan tersebut?
"Baray"
Penanaman padi
Simpanan air
Pengangkutan
Benteng pertahanan
Di kawasan tanah tinggi, teres atau relung dibuat untuk penanaman padi. Mengapakah langkah tersebut diambil?
Keadaan muka bumi
Kekurangan bekalan air
Mengekalkan kesuburan tanah
Mencegah banjir
Unsur-unsur yang berikut wujud dalam kerajaan Funan. Apakah yang berkaitan dengan unsur-unsur tersebut?
• Tulisan orang Hu
• Kalendar Saka
Pengaruh Hindu-Buddha
Pengaruh China
Pengaruh Arab
Pengaruh India
Apakah yang dapat dibuktikan oleh kajian ke atas batu bersurat dan inskripsi pada dinding-dinding candi di Srivijaya dan Angkor?
I Pengaruh bahasa Sanskrit
II Penggunaan tulisan Palava
III Pengaruh bahasa Arab
IV Penggunaan tulisan Jawi
I dan ll
I dan IV
II dan lll
III dan IV
Apakah kesan penyebaran agama Islam di Alam Melayu?
Penghasilan batu-batu bersurat
Penggunaan bahasa Sanskrit
Perkembangan tulisan Jawi
Penggunaan Kalendar Saka
Di Majapahit, tulisan Pegon telah menggantikan tulisan Kawi. Apakah yang membawa kepada perkembangan tersebut?
Perluasan empayar
Penyebaran agama Islam
Pengaruh Hindu-Buddha
Perkembangan perdagangan
Apakah yang dapat dirumuskan melalui penemuan bahanbahan arkeologi yang berikut di Alam Melayu?
• Batu Bersurat Karang Brahi
• Manuskrip Akayet Deva Mano
• Batu Bersurat Sdok Kok Thom
Penyebaran kebudayaan Arab
Penyebaran agama Islam
Wujudnya kegiatan persuratan
Pengaruh epik Hindu
Apakah epik dan sastera India yang mempengaruhi persuratan kerajaan Alam Melayu?
I Jataka
II Pararaton
III Nagarakertagama
IV Mahabhrata
I dan II
I dan IV
II dan Ill
III dan IV
Masyarakat kerajaan Funan mahir dalam bidang seni bina. Antara hasil seni bina masyarakat Funan ialah
I sistem pengairan
II baray
III kapal perang
IV perahu panjang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Candi banyak dibina oleh masyarakat kerajaan Funan, Angkor dan Champa.
Apakah fungsi candi?
I Tempat perdagangan
II Pusat pendidikan
III Rumah ibadat
IV Pusat pentadbiran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Candi Borobudur merupakan antara monumen agung yang dibina masyarakat Alam Melayu.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan candi tersebut?
I Ukiran pada dindingnya menceritakan epik India
II Candi Buddha yang terbesar di dunia
III Berbentuk gunung yang bertingkat
IV Dibina oleh pemerintah Angkor
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu?
I Golongan ilmuwan bertaraf bangsawan
II Tidak wujud pembahagian kelas masyarakat
III Rakyat merdeka terdiri daripada pujangga dan artisan
IV Hamba terdiri daripada tawanan perang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam melayu berkait rapat dengan alam sekeliling.Apakah bentuk kepercayaan berkenaan yang wujud di Alam Melayu?
I Animisme
II Legalisme
III Realisme
IV Dinamisme
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sebelum abad ketujuh, apakah agama utama yang diamalkan oleh masyarakat di Alam Melayu?
I Kristian
II Islam
III Buddha
IV Hindu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Di Alam Melayu, agama Islam tersebar luas di kerajaan-kerajaan berikut, kecuali
Majapahit
Pasai
Funan
Champa
Maklumat yang berikut berkaitan dengan binaan dalam kerajaan Champa.
·Candi Po Nagar
·Candi Dong Duong
Apakah yang berkaitan dengan candi tersebut?
Agama Buddha agama rasmi Champa
Agama Hindu dan Buddha bertapak di Champa
Pengamalan animisme masyarakat Champa
Pengaruh agama Hindu di Champa
Zaman kegemilangan agama Hindu di Angkor adalah pada zaman
Kaundinya
Fan Shih-man
Jayavarman II
Suryavarman II
I-Tsing merupakan pendeta Buddha dari China yang pernah datang ke Srivijaya.
Apakah tujuan beliau ke Srivijaya?
I Mempelajari bahasa Sanskrit
II Menterjemahkan kitabkitab Buddha
III Menyebarkan agama Buddha
IV Menjadi penasihat pemerintah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Hayam Wuruk merupakan seorang tokoh yang penting di Majapahit. Apakah sumbangan beliau dalam bidang keagamaan?
Menyatukan aliran agama Hindu dan Buddha
Menyebarkan agama Islam di Jawa
Membina Candi Borobudur
Memperkenalkan tulisan Pegon
Pada zaman pengaruh Hindu dan Buddha, raja mesti dihormati kerana
raja dipilih daripada kalangan tentera
raja menguasai sumber ekonomi
raja dianggap sebagai titisan dewa
raja dipilih daripada golongan alim
Kerajaan yang terletak di kawasan sekitar lembah Sungai Mekong, Sungai Musi, Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas berkembang maju.
Apakah faktor perkembangan kerajaan di sekitar kawasan kawasan tersebut?
I Tapak keagamaan yang suci
II Kesuburan tanah
III Pembinaan sistem pengairan
IV Lokasi di laluan antarabangsa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada zaman kerajaan awal di Alam Melayu, gologan agama diberikan tempat dan status yang istimewa dalam kerajaan.
Apakah peranan yang diberikan golongan tersebut?
I Pembina candi dan tempat beribadat
II Simbol perpaduan masyarakat
III Mengukuhkan kedudukan raja
IV Pentadbir dan penasihat pemerintah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kebijaksanaan Parameswara memilih lokasi untuk mendirikan kerajaan telah mendorong Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Apakah keistimewaan lokasi yang dipilih oleh Parameswara?
I Penduduk tempatan yang mahir dalam pelayaran
II Kawasan pertanian yang luas di sekitarnya
III Muara sungai yang terlindung daripada angin monsun
IV Muka bumi sekitarnya yang berbukit-bukau
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pesisir pantai Melaka dikatakan istimewa kerana wujud unsur-unsur yang berperanan sebagai benteng pertahanan semula jadi. Apakah unsur-unsur berkenaan?
I Kawasan berbukit-bukau
II Benteng pasir di muara sungai
III Sungai yang berliku-liku
IV Pokok bakau dan api-api
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan teks Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan seorang tokoh yang agung.
Siapakah tokoh berkenaan?
Merah Silu
Khalifah Umar al-Khattab
lskandar Zulkarnain
Amir Hamzah
Apakah alat kebesaran diraja Kesultanan Melayu Melaka?
I Mestika Embun
II Cap mohor
Ill Nobat
IV Bunga emas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah rujukan dalam menentukan bidang kuasa raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Hukum Kanun Melaka
al-Quran dan Hadis
Peraturan Segala Raja-Raja
Undang-Undang Laut Melaka
Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem Adat Perpatih
Sistem Demokrasi
Sistem Jemaah Menteri
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pembesar jajahan dan daerah juga dikurniakan kawasan khas untuk ditadbir.
Apakah nama kawasan berkenaan?
Pemakanan
Pegangan
Pradatuan
Pakuwuan
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem serah diwujudkan.
Apakah tujuan sistem tersebut diperkenalkan?
Pengurusan aktiviti perdagangan
Pertahanan kerajaan
Pentadbiran wilayah
Pengutipan cukai dan hasil
Maklumat berikut berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab salah seorang Pembesar Berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah pembesar yang diberikan tugas dan tanggungjawab berkenaan?
• Hakim di darat
• Penguasa bandar dan kota Melaka
• Ketua polis dan penjara
Bendahara
Temenggung
Laksamana
Penghulu Bendahari
Apakah tugas dan tanggungjawab Bendahara dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
I Ketua urus setia istana
II Ketua turus angkatan perang
III Ketua hakim
IV Ketua utusan ke negara luar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
• Ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
• Disusun semula pada zaman Sultan Mahmud Shah
• Mengandungi 44 fasal
• Berkaitan dengan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar
Apakah undang-undang tersebut?
Undang-Undang Laut Melaka
Undang-Undang 99
Adat Temenggung
Hukum Kanun Melaka
Antara kerajaan kerajaan di Alam Melayu yang berikut, yang manakah telah menerima pengaruh Islam sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka?
I Samudera-Pasai
II Perlak
III Demak
IV Acheh
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Siapakah yang telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka?
Sultan Muzaffar Shah
Sultan lskandar Shah
Sultan Mansur Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Hubungan Melaka dengan China terjalin dengan kunjungan utusan yang diketuai oleh Yin Ching (tahun 1403) dan Laksamana Zheng He (tahun 1405). Apakah kesan hubungan tersebut?
Empayar Melaka bertambah luas
Memudahkan proses penyebaran Islam
Melaka menjadi pelabuhan entrepot
Ancaman Siam dapat dielakkan
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511.
Apakah faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?
I Masalah perpaduan
II Kelemahan ekonomi
III Kelemahan ketenteraan
IV Masalah kepimpinan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
