Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2021 SAINS TINGKATAN 2

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Biodiversiti wujud akibat kepelbagaian

a)

habitat dan budaya

b)

cuaca dan budaya

c)

habitat dan cuaca

d)

budaya dan agama

e)

budaya dan sosial

2.

Apakah maksud spesies endemik?

a)

Spesies yang hidup berkumpulan dan wujud di pelbagai benua

b)

Spesies yang berpotensi pupus disebabkan sumber makanan terhad

c)

Spesies hidup berkelompok di habitat yang terbatas di lokasi tertentu

d)

Spesies haiwan yang dilindungi di hutan simpan dan taman negara

3.

Antara faktor berikut, yang manakah merupakan ancaman kepada biodiversiti?


I Pencemaran

II Penghutanan semula

III Pertambahan bilangan hutan simpan

IV Pemburuan haiwan secara haram

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

4.

Antara berikut yang manakah haiwan invertebrata?

a)
b)
c)
d)
5.

"Homoioterma, melahirkan anak, bernafas melalui peparu". Ciri-ciri yang tersenarai adalah ciri-ciri bagi haiwan kumpulan

a)

Burung

b)

Mamalia

c)

Ikan

d)

Reptilia

6.

Antara berikut, yang manakah ciri sepunya bagi amfibia dan reptilia?

a)

Hidup di darat dan di dalam air

b)

Homoioiterma

c)

Melahirkan anak

d)

Poikiloterma

7.

Tumbuhan yang mempunyai daun seperti di atas tergolong dalam kumpulan

a)

Monokotiledon

b)

Dikotiledon

c)

Vertebrata

d)

Tumbuhan tidak berbunga

8.

Organisma yang boleh membuat makanan sendiri. Sebahagian besar terdiri daripada tumbuhan.


Pernyataan di atas merujuk kepada ....

a)

Pengeluar

b)

Pengguna primer

c)

Pengguna sekunder

d)

Pengguna tertier

9.

Berdasarkan gambar ini, pengguna tertier adalah

a)

Rumput

b)

Ular

c)

Katak

d)

Belalang

10.

Apakah nama proses yang mengekalkan kandungan oksigen dalam udara?

a)

Respirasi

b)

Fotosintesis

c)

Transpirasi

d)

Penguraian

11.

Sebuah hutan hujan tropika yang didiami oleh pelbagai tumbuhan dan haiwan yang saling bersandaran antara satu sama lain.

a)

Ekosistem

b)

Komuniti

c)

Spesies

d)

Pengeluar

12.

Apakah interaksi yang dipaparkan oleh ikan remora serta ikan jerung diatas?

a)

Mutualisme

b)

Parasitisme

c)

Komensalisme

d)

Mangsa-Pemangsa

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan kawalan biologi?

a)

lebih murah daripada racun perosak

b)

mengganggu keseimbangan

c)

sukar diramal

d)

kesan yang lebih lambat

14.

Saiz populasi sesuatu organisma hidup dipengaruhi

oleh saiz populasi pemangsanya.


Saiz populasi kuda belang akan berkurangan dengan kehadiran

a)

singa

b)

burung hering

c)

tikus gurun

d)

hujan

15.
Nasi, ubi kentang dan roti adalah antara makanan yang mengandungi banyak sumber .....
a)
Protein
b)
Mineral
c)
Karbohidrat
d)
Lemak
16.

-Membina sel baharu di dalam badan

-Membaiki tisu yang rosak


Antara berikut, yang manakah mempunyai fungsi di atas?

a)

Keju

b)

Roti

c)

Ubi kentang

d)

Ikan kembung

17.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan manusia mengalami penyakit tertentu. Apakah jenis nutrien yang kurang sekiranya seseorang mengalami penyakit Kwasyiorkor?

a)

Zat besi

b)

Karbohidrat

c)

protein

d)

Vitamin B

18.

Gizi seimbang ialah

a)

Pengambilan makanan yang sederhana dan mengikut piramid makanan

b)

Pengambilan makanan yang sederhana dan tidak mengikut piramid makanan

c)

Pengambilan makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul

d)

Pengambilan pelawas, vitamin dan garam mineral yang cukup

19.

Sebahagian besar makanan orang Eskimo ialah daging dan makanan berlemak. Mengapakah perlunya makanan sedemikian?

a)

Budaya kegemaran mereka lebih kepada makanan berdaging

b)

Sumber makanan di atas ditemui dengan banyaknya di kawasan tempat tinggal mereka

c)

Membolehkan mereka mendapatkan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti berat

d)

Untuk menggantikan haba yang hilang ke persekitaran supaya suhu badan dapat dikekalkan pada 37ºC

20.

Di usus kecil, enzim protease mencernakan dipeptida kepada

a)

Asid hidroklorik

b)

Asid asetik

c)

Asid lemak

d)

Asid amino

21.

Nyatakan enzim pencernaan yang terdapat di dalam mulut

a)

Amilase

b)

Protease

c)

Lipase

d)

Maltase

22.

Kenyataan manakah yang salah mengenai penyerapan di vilus?

a)

Permukaan yang berlipat-lipat

b)

Dinding yang sangat nipis

c)

Terdapat salur darah

d)

Permukaan yang kasar

23.

Apakah cara yang betul bagi mencegah penyebaran penyakit melalui air ?

a)

Mencampurkan klorin di dalam sistem bekalan air

b)

Elakkan menyentuh orang yang dijangkiti kulit

c)

Menutup mulut dan hidung ketika bersin, batuk atau menguap

d)

Elakkan meludah di merata-rata tempat

24.

Demam denggi berdarah merupakan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut

Namakan patogen dan vektor bagi penyakit ini

a)

Bakteria Salmonella typhi

lipas

b)

Virus denggi

Nyamuk Aedes

c)

Plasmodium malariae

nyamuk Anopheles betina

d)

Bakteria Leptospira sp

tikus

25.

Antara yang berikut, yang manakah penyakit yang tidak berjangkit?

a)

hipertensi

b)

tuberkulosis

c)

penyakit kencing tikus

d)

demam zika

26.
sel darah putih akan bertindak secara..................dengan menelan dan mencerna patogen menggunakan enzim
a)
fotosintesis
b)
fenomena
c)
peristalsis
d)
fagositosis
27.

Apakah jenis keimunan yang dihasilkan apabila vaksin dimasukkan ke badan ?

a)

pasif semulajdi

b)

aktif semulajadi

c)

pasif buatan

d)

aktif buatan

28.

Rajah berikut menunjukkan tiga kertas turas lembap pelbagai saiz dan bentuk yang diganting pada seutas benang.Susun kadar penyejatan air pada kertas turas dari yang paling perlahan kepada yang paling cepat.

a)

X, Y, Z

b)

Z, Y, X

c)

Y, Z, X

d)

X, Z, Y

29.

Zat terlarut adalah bahan yang boleh melarut di dalam cecair. Pilih contoh zat terlarut.

a)

Gula

b)

Air tulen

c)

Air gula

d)

Pasir

30.

Bagaimanakah cara ingin melarutkan gula dalam air dengan cepat

a)

Menggunakan air sejuk

b)

Mengacau dengan cepat

c)

Mengunakan sudu yang besar

d)

Gunakan gula kiub

31.

Apakah peranan proses pengklorinan dalam pembersihan air?

a)

Menggumpalkan zarah-zarah lumpur supaya tenggelam

b)

Membunuh miroorganisma seperti bakteria

c)

Menyingkirkan bendasing

d)

Mengelakkan pereputan gigi

32.

Antara yang berikut, ciri manakah benar tentang cuka?

a)

pahit

b)

tawar

c)

Nilai PH kurang dari 7

d)

Nilai PH ialah 7

33.

Bahan K menukarkan kertas litmus biru ke merah. Antara berikut yang manakah bahan K?

a)

Ubat gigi

b)

Jus lemon

c)

Garam

d)

Air

34.

Namakan kaedah yang digunakan untuk tindak balas asid dan alkali

a)

Pengoksidaan

b)

Pengaratan

c)

Pentitratan

d)

Peneutralan

35.

Apakah yang terhasil apabila asid sulfurik bertindak balas dengan kalium hidroksida?

a)

Kalium sulfida + air

b)

Kalium sulfat + air

c)

Kalium sufurik + air

d)

Kalium nitrat + air

36.

Seorang ibu mendapati anaknya sedang sakit perut akibat gastrik. Bolehkah ibu tersebut memberi susu kepada anaknya supaya sakit perutnya reda? Terangkan.

a)

Boleh. Susu bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid dalam perut

b)

Tidak boleh. Susu mempunyai lemak yang tidak sesuai diminum ketika perut sakit

c)

Boleh. Susu mempunyai pelbagai vitamin yang membantu badan sembuh dengan cepat

d)

Tidak boleh. Susu hanya diminum ketika perut tidak sakit

37.

Ubat gigi mengandungi _________ yang meneutralkan _______ di dalam mulut akibat tindakan bakteria untuk mengelakkan pereputan gigi

a)

asid.....alkali

b)

asid.....asid

c)

alkali....asid

d)

alkali....alkali

38.

Berikut adalah jenis-jenis tenaga kecuali

a)

Tenaga kinetik

b)

Tenaga nuklear

c)

Tenaga kimia

d)

Tenaga Geoterma

39.

Cas - cas elektrik boleh dikesan dengan menggunakan alat _______

a)

Elektroskop

b)

Mikroskop

c)

Testoskop

d)

Seismometer

40.

Mengapakah rambut menegak dan tertarik kepada belon apabila sebiji belon digosok pada rambut?

a)

belon dan rambut tidak bercas

b)

belon dan rambut dicas dengan cas yang sama

c)

belon dan rambut dicas dengan cas yang berlainan

d)

belon bercas negatif manakala rambut neutral