NEW
Font size
WorksheetsNILAI MURNI DALAM PANTUN
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Kayu dibelah di tepi rumah,
Di kantin sekolah sila berhemah.
kasih sayang
berhemah tinggi
bertanggungjawab
Buah kerdas daun saderi,
Di dalam tandas jangan berlari.
berdisiplin
bertanggungjawab
rajin
Mengail ikan guna joran,
Semasa bersukan patuhi peraturan.
menjaga kebersihan diri
bersopan santun
menjaga keselamatan diri
Pergi ke kuala membeli cencaru,
Patuhi segala arahan guru.
berwaspada
mematuhi arahan
berdisiplin
menjaga keselamatan
Burung kenari di pohon cemara,
Jaga diri elakkan cedera.
berwaspada
mematuhi arahan
berdisiplin
menjaga keselamatan
Apakah nilai murni yang terdapat pada gambar diatas?
Menolong rakan yang dalam kesusahan
Memberikan bantuan makanan
Bergotong-royong membersihkan kawasan
Apakah nilai murni yang terdapat pada gambar ini?
Sebagai seorang kanak-kanak perempuan, kita hendaklah rajin menjemur kain
Sebagai seorang anak, kita hendaklah rajin membantu ibu melaksanakan kerja di rumah
Nyatakan nilai daripada pantun.
Pisang kaki di kawasan pamah,
Pohon mempelam tumbuh sekata,
Langkah kaki ke dalam rumah,
Beri salam memulakan kata.
Kita hendaklah memberikan salam apabila masuk ke dalam rumah.
Kita hendaklah ketawa apabila masuk ke dalam rumah.
Nyatakan nilai daripada pantun.
Burung pekaka si murai batu,
Di pohon keranji hinggap berteman,
Kasut dibuka dihadapan pintu,
Sikap terpuji orang budiman.
Kita hendaklah memakai kasut ke dalam rumah.
Kita hendaklah membuka kasut sebelum memasuki rumah.
Nyatakan nilai daripada perkataan pantun yang digariskan.
Pohon nangka di tepi halaman,
Pohon berangan tumbuh berbalam,
Sambut mereka dengan senyuman,
Hulurkan tangan untuk bersalam.
Hormat-menghormati
Berhati-hati
Nyatakan nilai daripada pantun.
Buah teratak berbumbung limas,
Pohon betik di tepi bendang,
Kasut diletak disusun kemas,
Sangat cantik mata memandang.
Kita sewajarnya meletak dan menyusun kasut dengan kemas.
Kita sewajarnya menyepahkan kasut sesuka hati.
Nyatakan nilai daripada perkataan pantun yang digariskan.
Panjat kelapa mengambil nira,
Lepaskan lelah di perdu ceri,
Jika bapa sedang berbicara,
Usah mencelah diamkan diri.
Murah hati
Hormat-menghormati
Nyatakan nilai daripada perkataan pantun yang digariskan.
Sampan berenjin dibawa nelayan,
Banyaknya guni berisi pukat,
Sentiasa rajin rakan dilayan,
Adab murni dalam masyarakat.
Jujur
Rajin
Pak Ali memberikan buah-buahan yang dipungut di dusunnya kepada anak-anak yatim.
murah hati
hormat-menghormati
kasih sayang
menghargai
Sami menjaga adiknya apabila ibu bapanya keluar mencari rezeki
membantu
mengikut nasihat
menghargai
kerajinan
