wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Dalam perjalanan pulang dari bermain, Aizad tersepak akar kayu lalu jatuh .............

a)

tersembam

b)

terpelanting

c)

tercampak

d)

terguling

2.

Para penyokong pasukan bola sepak SMK Kamunting berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin.....................

a)

getir

b)

runcinng

c)

tipis

d)

genting

3.

Setibanya di rumah, Rasyidah mendapati barang di dalam biliknya .......................... kerana rumahnya digeledah pencuri.

a)

bertindih-tindih

b)

bertimbun-timbun

c)

berlonggok-longgok

d)

berserak-serak

4.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.


Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan bahawa makanan yang dijual perlu orang ramai adalah bersih daripada kekotoran. Tiada kesalahan

a)

A. bahawa

b)

B. perlu

c)

C. daripada

d)

D. Tiada kesalahan

5.

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan itu, ditanda dengan garisan. Pilih A atau B atau C jika salah. D Tiada kesalahan.


Walaupun Munawir tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. Tiada kesalahan

a)

A. tergolong

b)

B. terkecil

c)

C. sehebat

d)

D. Tiada kesalahan

6.

Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi air ke dalam tong-tong yang mengandungi ikan.

a)

mengisi air dalam

b)

mengisikan air di dalam

c)

mengisikan air ke dalam

d)

mengisi air ke dalam

7.

Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh KECUALI

a)

seperti itik pulang petang

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua

d)

berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.

8.

I. Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.

II. Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti.

III. Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.

IV. Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

i, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

9.

Ayuni __________ pokok di halaman rumahnya supaya dapat membantu tumbesaran anak pokok yang ditanamnya.

a)

mencurah

b)

merenjis

c)

menyimbah

d)

menyiram

10.

Syasya sedang ________ kain untuk dibuat alas meja ketika adiknya Syamir mengulang kaji pelajaran Bahasa Melayu.

a)

mencucuk

b)

mengubah

c)

menyulam

d)

menggubah

11.

Kebanyakan murid yang tinggal di kawasan pedalaman berasa ________ setiap kali melihat pihak kesihatan pergigian ke sekolah untuk melakukan pemeriksaan gigi murid.

a)

gerun

b)

kekok

c)

pelik

d)

ganjil

12.

pilih ayat-ayat yang tepat

a)

Kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tanah pusaka itu.

b)

Kerja-kerja pembaikan jambatan itu akan jalan pada bulan hadapan.

c)

Fairul meniti jalan tersebut untuk menyeberangi sungai itu.

d)

Jalan yang menghubungkan kawasan bandar dengan kawasan pedalaman itu berlubang-lubang dan sangat berbahaya

13.

Pemilik syarikat penerbitan itu tidak disukai oleh para pekerjanya kerana bermulut becok.

Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa

a)

rosak bawang ditimpa jambak.

b)

sebab budi boleh kedapatan.

c)

bagai murai dicabut ekor.

d)

bagaikan helang hendak menerkam tikus.

14.

Murid kelas 1 Flora _______ sebelum pulang bercuti panjang.

a)

bersalam

b)

bersalam salaman

c)

bersalam-salaman

15.

Kawasan perkuburan itu _________ pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.

a)

gelap-gelita

b)

gelap gulita

c)

gelap gelita

16.

Naqeeeb sedang membaca buku dengan tekun.

a)

FN+FA

b)

FN+FK

17.

Sufian Suhaimi ke Kuala Kangsar untuk membuat persembahan solo.

a)

FN+FSN

b)

FN+FK

18.

PILIH AYAT-AYAT YANG BETUL

I Pengarah filem yang terkenal itu mangkat kerana lemas di Sungai Hulu Tembeling, Pahang.

II Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat jelata.

III Tuan Puteri Kesuma Dewi ke kamarnya untuk beradu

IV Jenazah ayahanda Sultan Kelantan selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

19.

Kenal pasti kesalahan ayat di bawah :


Jumlah kerugian akibat kebakaran yang membabitkan sebuah pusat beli-belah di bandar ini kelmarin ditaksirkan bernilai berjuta-juta ringgit.

a)

akibat

b)

membabitkan

c)

ditaksirkan

d)

tiada kesalahan

20.

"________perlu mengurangkan aktiviti sampingan memandangkan Pentaksiran Tingkatan 3 akan menjelang tidak lama lagi," pesan Cikgu Halisah kepada kami.

a)

Kita

b)

Anda

c)

Kalian

d)

Mereka