wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 4 PBD

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 21mins

Name
Class
Date
1.

1. Menteri Besar Perak akan ke Selama pada minggu hadapan. ______ akan merasmikan pembukaan sekolah yang baharu di sana.

a)

Dia

b)

Saya

c)

Beliau

2.

2. Murid-murid berkumpul di padang sekolah._____ akan menjalani latihan sukan pada petang itu.

a)

Kamu

b)

Kalian

c)

Mereka

3.

3. Beberapa orang ____ baharu Kolej Komuniti Arau sedang beratur untuk membuat pendaftaran di meja urus setia.

a)

sukarela

b)

pelajar

c)

usahawan

4.

4. Pelancong itu menginap di sebuah _____ mewah yang terletak di tepi Pantai Teluk Nipah,Pulau Pangkor.

a)

kedai

b)

hotel

c)

pejabat

5.

5. Nurul menggunakan ____ untuk menghubungi rakan baiknya yang sedang bercuti di kampung.

a)

telefon

b)

kamera

c)

radio

6.

6. Suzana dan Ani rakan sekelas.___ tinggal di taman perumahan yang sama.

a)

Kami

b)

Kamu

c)

Kalian

d)

Mereka

7.

7. Dato' Azrul dihormati oleh pekerjanya kerana ___ seorang majikan yang baik hati.

a)

dia

b)

saya

c)

beliau

d)

mereka

8.

8. "Patik akan melaksanakan perintah ____ itu," kata Bendahara kepada permaisuri.

a)

beta

b)

hamba

c)

tuanku

d)

banginda

9.

9. "____ akan menghapuskan lanun di Selat Melaka,"kata Hang Tuah kepada Sultan.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Tuanku

10.

10. Penghuni rimba sangat memarahi ____ kerana kicauannya yang terlalu bising.

a)

Si Murai

b)

Si Tompok

c)

Pak Belang

d)

Sang Kancil

11.

11. Cik Siti bekerja sebagai ___ di Hospital Daerah Teluk Intan,Perak.

a)

jurukira

b)

juruukur

c)

jururawat

d)

juruterbang

12.

12. Puan Izyan menumbuk cili padi dan bawang merah menggunakan lesung _____.

a)

besi

b)

batu

c)

kaca

d)

kayu

13.

13. Program itu dikendalikan oleh beberapa orang ____ dari Universiti Putra Malaysia.

a)

seniman

b)

juruacara

c)

usahawan

d)

mahasiswa

14.

14. ______ itu sedang menjalin jalanya yang koyak supaya dapat digunakan semula.

a)

Petani

b)

Nelayan

c)

Penoreh

d)

Pesawah

15.

15. ____ itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya supaya padinya hidup subur.

a)

Petani

b)

Penjaja

c)

Peniaga

d)

Penternak

16.

16. Beberapa orang ____ baharu Kolej Vokasional Slim River itu sedang beratur untuk membuat pendaftaran di meja urus setia.

a)

pelajar

b)

jurujual

c)

sukarela

d)

usahawan

17.

17. Datuk dan opah sungguh gembira dengan kelahiran ____ perempuan pertama mereka pada pukul 10:00 pagi tadi.

a)

bayi

b)

cucu

c)

anak

d)

murid

18.

18. Pelbagai persediaan telah dibuat oleh ____ Puan Nana untuk menyambut ketibaan Hari Raya Puasa.

a)

kerabat

b)

kenalan

c)

sahabat

d)

keluarga

19.

19. Karim sedang memegang lima belas ____ sate untuk pelanggannya.

a)

gugus

b)

biji

c)

cucuk

d)

batang

20.

20. Mak Tijah memasukkan se___ garam ke dalam masakannya.

a)

cubit

b)

biji

c)

cucuk

d)

cekak

21.

21. Pak Nawan sedang menebar se___ jala.

a)

urat

b)

rangkap

c)

rawan

d)

ruas

22.

22. Amir _____ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

23.

23. Pengemis itu ___ oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalang

b)

dibuang

c)

dihalau

d)

ditindas

24.

24. Ular sawa itu ____ dua ekor anak ayam.

a)

melulur

b)

meneguk

c)

mengunyah

d)

menghisap

25.

25. Ibu ____ kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

26.

26. Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah ____nya terlebih dahulu.

a)

merancang

b)

menimbang

c)

melaksana

d)

melihat

27.

27. Fauzan ____ kedatangan Encik Alif ke rumahnya dengan ramah.

a)

menunggu

b)

menyambut

c)

mengajak

28.

28. Banduan itu terpaksa ____ dipenjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

a)

menetap

b)

menginap

c)

meringkuk

d)

menumpang

29.

29. Pelajar Tahun Empat Talhah sangat ____ dan hormat kepada guru-guru mereka.

a)

baik

b)

malu

c)

takut

d)

patuh

30.

30. ____ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Sekayu itu.

a)

Indah

b)

Muram

c)

Kelam

d)

Sayup

31.

31. Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ____ ikan air tawar.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hancing

32.

32. Guru itu sering dipuji ____ rajin bekerja.

a)

atau

b)

jika

c)

agar

d)

kerana

33.

33. Pencuri memasuki rumah itu ____ penghuninya sedang tidur nyenyak.

a)

agar

b)

ketika

c)

hingga

d)

setelah

34.

34. Banyak manfaat yang kita peroleh ____ ceramah itu.

a)

daripada

b)

akan

c)

antara

d)

dari

35.

35. Faizal mengirim sepucuk surat ____ kawannya.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

36.

36. Rumah besar di pinggir jalan itu ___ rumah tok penghulu.

a)

bukan

b)

tidak

37.

37. Ahli bina badan itu hebat tetapi ____ dari Sarawak.

a)

tidak

b)

bukan

38.

38. Mereka ____ dapat menyiapkan kerja sekolah kerana leka dengan permainan video.

a)

bukan

b)

tidak

39.

39. Syazwani gemar mengumpulkan ____ jenis setem luar negara.

a)

berbagai

b)

pelbagai

c)

seluruh

d)

segala

40.

40. Lembu peliharaan Pak Samad ada ____ ekor?

a)

beberapa

b)

keempat

c)

separuh

d)

berapa