wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS DARJAH 6 - DAYA

Total questions: 16

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan daya?

a)

Kesan daya yang tidak boleh diperhatikan

b)

Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas suatu objek

c)

Hanya tarikan sahaja yang bertindak ke atas objek

d)

Hanya tolakan sahaja yang bertindak ke atas objek

2.

Apakah maksud daya tarikan?

a)

Menggerakkan objek menjauhi kita

b)

Menggerakkan objek mendekati kita

c)

Menggerakkan objek menjauhi dan mendekati kita

d)

Tidak menggerakkan objek

3.

Apakah maksud daya tolakan?

a)

Mnggerakkan objek mendekati kita

b)

Tidak menggerakkan objek

c)

Menggerakkan objek menjauhi dan mendekati kita

d)

Menggerakkan objek menjauhi kita

4.

Yang manakah menunjukkan aktiviti tolakan?

a)
b)
c)
d)
5.

Antara aktiviti berikut, yang manakah melibatkan daya tolakan?

a)
b)
c)
d)
6.

Rajah di atas menunjukkan suatu aktiviti. Apakah daya yang digunakan dalam aktiviti tersebut?

a)

Daya tarikan

b)

Daya graviti

c)

Daya tolakan

d)

Daya tolakan dan tarikan

7.

Rajah berikut menunjukkan seorang tukang kayu memotong kayu. Antara berikut, yang manakah melibatkan daya yang sama dengan tukang kayu itu.

a)
b)
c)
d)
8.

Antara berikut, yang manakah benar tentang daya?

a)

Daya boleh dilihat

b)

Daya ialah geseran

c)

Kesan daya tidak boleh diperhatikan

d)

Daya boleh menyebabkan suatu objek boleh berhenti

9.

"Sufi menekan botol kosong supaya menjadi kecil untuk menjimatkan ruang dalam plastik sampahnya"


Apakah kesan daya yang dapat diperhatikan dalam situasi diatas?

a)

Daya mengubah bentuk objek

b)

Daya mengubah kelajuan objek

c)

Daya mengubah arah pergerakan objek

d)

Daya memberhentikan objek yang sedang bergerak

10.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan daya?

a)

mengubah warna objek

b)

mengubah bentuk objek

c)

mengubah kelajuan objek

d)

memberhentikan objek yang sedang bergerak

11.

Apakah geseran?

a)

Daya yang menggerakkan objek pegun

b)

Daya yang menentang pergerakan sesuatu objek

c)

Daya tolakan yang dikenakan ke atas sesuatu objek

d)

Daya tarikan yang mempercepatkan gerakan sesuatu objek

12.

Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK benar tentang daya geseran?

a)

Daya geseran sentiasa melawan arah pergerakkan objek

b)

Daya geseran berlaku apabila dua permukaan bersentuhan

c)

Daya geseran menyebabkan objek yang bergerak semakin laju

d)

Daya geseran menyebabkan permukaan kasut menjadi haus

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi geseran?

a)

Jisim objek

b)

Harga objek

c)

Warna objek

d)

Jenama objek

14.

Rajah di atas menunjukkan dua orang pekerja sedang menolak sebuah kotak. Apakah cara terbaik untuk memudahkan kerja mereka?

a)

Gantikan dengan pekerja lain

b)

Tarik tali yang diikat pada kotak

c)

Tabur sedikit pasir di bawah kotak

d)

Letakkan penggolek di bawah kotak

15.

Rajah menunjukkan pepaku yang dipasang di bawah tapak kasut. Apakah fungsi paku itu?

a)

Membuat kasut itu tahan lasak

b)

Menambah kepantasan pemain

c)

Memberi cengkaman yang lebih baik

d)

Memudah pemain menjaringkan gol

16.

Rajah 1 menunjukkan corak bunga pada sebuah tayar kereta. Apakah fungsi utama corak bunga itu?

a)

Menjadikan tayar itu tahan lebih lama

b)

Membuat tayar itu kelihatan istimewa

c)

Menambah luas permukaan tayar

d)

Mengelak daripada tergelincir di atas jalan raya