NEW
Font size
WorksheetsKUIZ FORMATIF TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Aqil menunggang ___________________ ke sekolah pada setiap hari.
bas
kereta
basikal
kereta api
Ibu akan membawa kami melawat ke _______________ untuk melihat tinggalan sejarah zaman purba.
Muzium Negara
Balai Seni Negara
Pusat Sains Negara
Perpustakaan Negara
"________________ ingin menghadap ______________ untuk menyampaikan beberapa perkhabaran," kata Hang Nadim kepada pengawal istana.
patik . . . baginda
Hamba . . . tuanku
Patik . . . tuanku
Hamba . . . baginda
Encik Raju terkejut apabila melihat pintu pagar rumahnya _________________.
terbelah
terbuka
terkoyak
terangkat
Kapal dari Batam itu sarat dengan penumpang.
Pilih perkataan sinonim bagi aneh.
ajaib
ganjil
buruk
hairan
Suspek kes rompakan itu kelihatan gagap ketika menjawab soalan yang diajukan oleh pihak polis.
Pilih perkataan antonim bagi gagap.
bijak
petah
cepat
lantang
Ganesh ________________ rakan-rakannya bermain bola sepak di padang.
dan
atau
tetapi
manakala
Pegawai pemasaran syarikat swasta itu telah ______________ di mahkamah atas kesalahan pecah amanah wang syarikat berjumlah seratus ribu ringgit.
didakwa
dakwaan
mendakwa
pendakwaan
Majlis perkahwinan artis itu berlangsung ________________ pagi ______________ petang.
daripada . . . sehingga
pada . . . hingga
dari . . . hingga
sejak . . . ke
Amri makan sekeping roti sebagai _____________________ sementara menunggu lauk yang sedang dimasak oleh ibunya.
alas perut
ikat perut
atas angin
isi hati
Sikap penduduk Kampung Seri Atlas ______________________ kerana mereka saling membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
seperti isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
seperti cincin dengan permata
bagai kunyit dengan kapur
Pak Hasim membawa se__________________ parang menuju ke kebunnya.
buah
kaki
bilah
batang
Murid-murid diingatkan supaya menjaga barang berharga ____________________ sepanjang lawatan itu.
semua
seluruh
tiap-tiap
masing-masing
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.
Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?
Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?
Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?
Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?
Pilih ayat yang betul.
A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.
B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.
C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.
Lukisan yang cantik itu dilukis oleh pelukis yang terkenal.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.
"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.
"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.
"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Dahinya menjadi keruh apabila melihat soalan yang sukar itu.
II Saya dapat mendengar keruh lelaki yang sedang tidur itu.
III Air di dalam sungai itu menjadi keruh selepas hujan.
IV Warna bajunya menjadi keruh selepas direndam.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Azli terasa asing tinggal di rumah baharu itu.
II Nenek suka makan nasi berlaukkan telur asing.
III Sejak kebelakangan ini, Zul berkelakuan agak asing.
IV Kebanyakan pelancong asing yang datang ke Malaysia memuji keramahan penduduknya.
I dan II
I dan III
I dan IV
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.
II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
III Semakin pendek umur,semakin uzur.
IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
