Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tahun 5 Kata Ganda Berentak

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Azmi lari _________________ kerana dikejar anjing ketika pulang dari sekolah.
a)
kelam-kabut
b)
lintang-pukang
c)
sesat barat
2.
Badan Pak Hassan ___________________ ketika merentasi hutan untuk pulang ke rumahnya.
a)
calar-balar
b)
luka-luka
c)
liku-liku
3.

Suasana di pasar tani itu _______________ setipa pagi.

a)

gelap-gelita

b)

kelam-kabut

c)

hingar-bingar

d)

kacau-bilau

4.

Majlis yang ..... ini merupakan majlis perkahwinan anak Datuk Razali.

a)

riuh-rendah

b)

kelam-kabut

c)

gilang-gemilang

5.

Encik Hardy mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik _____________ di pantai itu.

a)

riuh-rendah

b)

kacau-bilau

c)

mandi-manda

d)

mundar-mandir

6.

Rambut Lina ____________ setelah bangun daripada tidur.

a)

compang-camping

b)

robak-rabik

c)

huru-hara

d)

kusut-masai

7.

_______________ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.

a)

Rempah-ratus

b)

Lauk-pauk

c)

Batu-batan

d)

Saki-baki

8.

Siti bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______________ tradisional.

a)

rempah-ratus

b)

sayur-mayur

c)

tanah-tanih

d)

kuih-muih

9.

Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Eddy dan Puan Tina akan dilakukan secara ______________.

a)

gotong-royong

b)

riuh-rendah

c)

lintang-pukang

d)

hiruk-pikuk

10.

Rumah saya menjadi _____________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

a)

terang-benderang

b)

kacau-bilau

c)

gelap-gelita

d)

hiruk-pikuk

11.

Mariam dan adiknya berlari ___________________ ke rumah kerana hujan lebat.

a)

mundar-mandir

b)

incang-incut

c)

lalu-lalang

d)

lintang-pukang

12.

Sayur yang dijual di pasar itu ________________ dan harganya agak berpatutan.

a)

berseri-seri

b)

bergunung-ganang

c)

segar-bugar

d)

semak-samun

13.

Abang sedang menebas ____________________ di belakang rumah untuk menanam sayur.

a)

tanah-tanih

b)

bukit-bukau

c)

hutan-rimba

d)

semak-samun

14.

Sawah padi di kawasan itu __________________ pada musim kemarau.

a)

kering-kontang

b)

pecah-belah

c)

punah-ranah

d)

kacau-bilau

15.

Setiap kali tiba musim perayaan __________________ akan berkumpul beramai-ramai di rumah datuk.

a)

makcik - makcik

b)

saudara-mara

c)

adik beradik

16.

Kakak melayan nenek dengan penuh ___________________.

a)

gopoh-gapah

b)

sopan-santun

c)

kacau-bilau