Font size
WorksheetsKATA GANDA BM TAHUN 2
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Pada setiap petang kami _____________ di taman bunga.
berbaris-baris
bersiar-siar
bersiap-siap
berjaga-jaga
“Buat kerja kamu itu ___________________ supaya kita boleh pulang awal,” kata Sudin kepada rakannya.
terang-terang
laju-laju
cepat-cepat
kuat-kuat
Pakaian yang dijual di Pusat membeli-belah Hang Tuah __________ belaka.
comel-comel
putih-putih
tinggi-tinggi
cantik-cantik
Kota itu telah ditinggalkan sejak ______________ oleh penjajah.
berzaman-zaman
berdekat-dekat
beratus-ratus
beribu-ribu
____________ kelapa tumbuh subur di sepanjang pantai di negara ini.
Dedaun
Pepohon
Bebawang
Bebatang
Emak memasukkan ____________ yang dihiris itu ke dalam kuali lalu menumisnya.
bebawang
kekacang
lelabu
sesiku
Rambut budak lelaki itu kelihatan_______ kerana tidak disikat.
kusut-masai
compang-camping
comot-momot
kotor-bolor
Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Ibu membelikan bantal yang berisikan ________________ untuk adik.
bebola
rerumput
kekabu
bebawang
Air takungan di dalam tin kosong itu dipenuhi dengan ________________.
pepijat
lelabah
jejentik
pepatung
Almari yang baru dibeli oleh ayah telah rosak dimakan ___________.
anai-anai
api-api
labah-labah
ikan-ikan
Puan Kumari menggunakan ______________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.
rempah-ratus
kuih-kuih
sayur-mayur
ulam-ulaman
Anak-anak En.Mazlan yang ________________ itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
cantik-cantik
pandai-pandai
nakal-nakal
budak-budak
Universiti tempatan melarang __________ lelaki menyimpan rambut yang panjang.
guru-guru
murid-murid
pelajar-pelajar
mahasiswa-mahasiswa
_____________ yang digoreng oleh ibu sungguh sedap dimakan.
Agar-agar
Jemput-jemput
Obor-obor
Kek-kek
