wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TAHUN 3 perumpamaan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

bagai katak di bawah tempurung

a)

Orang yang cetek pengetahuannya.

b)

Orang yang banyak pengetahuannya.

2.

bagai lipas kudung

a)

Melakukan sesuatu kerja dengan lambat.

b)

Melakukan sesuatu kerja dengan pantas.

3.

bagai kacang lupakan kulit

a)

Orang yang tahu mengenang budi.

b)

Orang yang tidak tahu mengenang budi.

c)

Orang yang tidak menjaga kebersihan.

4.

bagai telur di hujung tanduk

a)

Tolong-menolong antara satu sama lain.

b)

Melakukan sesuatu kerja dengan pantas.

c)

Persahabatan yang sangat erat.

d)

Berada dalam keadaan atau situasi yang berbahaya.

5.

Persahabatan yang erat.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai aur dengan tebing

6.

Tolong-menolong antara satu sama lain.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai telur di hujung tanduk

7.

Berjalan dengan lambat.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai telur di hujung tanduk

8.

Rumah Yen Ni menjadi bersih dan kemas dalam masa setengah jam sahaja kerana ibunya membuat kerja rumah _______________________.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai telur di hujung tanduk

d)

bagai itik pulang petang

9.

Datuk Hanif __________________ apabila dia hampir terjatuh daripada tangga.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai kacang lupakan kulit

10.

Penduduk Taman Indah selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja ___________________________.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai aur dengan tebing

11.

Linda telah ditinggalkan oleh rakan-rakannya kerana dia berjalan ____________________________.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai itik pulang petang

12.

Wei Han dan Ming Jun berkawan baik. Hubungan mereka sangat rapat __________________________.

a)

bagai kacang lupakan kulit

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai lipas kudung

13.

Encik Peter tidak mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Dia dikatakan __________________________.

a)

bagai lipas kudung

b)

bagai katak di bawah tempurung

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai telur di hujung tanduk

14.

Farid tidak mempedulikan ibunya ______________________ selepas menjadi kaya.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai katak di bawah tempurung

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai itik pulang petang

15.

Kami sekeluarga bekerjasama ________________________ untuk membersihkan rumah.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai kacang lupakan kulit

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai telur di hujung tanduk

16.

Bagai bulan di pagari bintang

a)

Cantik yang hodoh

b)

Perempuan yang cantik tiada tolak bandingnya

c)

Perempuan cantik seperti bintang

17.

Bagai duri dalam daging

a)

Dalam daging ada banyak duri

b)

Hal yang tidak menyenangkan

c)

Musuh dalam selimutnya

18.

Bagai dihiris sembilu

a)

Hati yg senang

b)

Hati yang pedih dan sedih

c)

Hati yg digembirakan

19.

Bagai melepaskan batuk di tangga.

a)

Melakukan perkara dengan tidak bersungguh-sungguh

b)

Melakukan perkara yang bersungguh-sungguh

c)

Melakukan kerja apabila disuruh oleh teman baik.

20.

Bagai murai tercabut ekor

a)

Murai suka mencari makanan

b)

Orang yang banyak bercakap.

c)

Orang yang suka menyanyi

21.

Bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata

a)

Sama cantik sama hodoh

b)

Sama cantik sama padan

c)

Sama hebat sama kuat

22.

Bagai tikus membaiki labu

a)

Barang dibaiki menjadi baik semula

b)

Barang yang dibaiki menjadi semakin rosak

c)

Barang yang hilang dijumpai semula.

23.

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

a)

Harimau yang mempunyai kuku tajam untuk menangkap bintang

b)

Orang yang menyembunyikan kehebatan diri

c)

Orang yang suka mengumpat tentang harimau.

24.

Seperti mencurahkan air di daun keladi

a)

Orang yang tidak suka mendengar nasihat orang lain.

b)

Orang yang buat-buat pekak

c)

Orang yang suka membuang air di dalam tempayan.

25.

Bagai tikus jatuh ke beras

a)

Kesenangan datang secara tiba-tiba...

b)

Hidup yang susah dan fakir sekelip mata

c)

Hari-hari virus kencing tikus melanda negara.