wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM PT3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas _________ kelapa yang sudah kekeringan di kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

2.

Surat pekeliling itu telah ditampalkan _________ papan kenyataan.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

kepada

3.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan ______ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.

a)

lasak

b)

cekap

c)

tangkas

d)

kencang

4.

Sewaktu tergesa-gesa menuju ke dapur, kaki Nadirah _________ pada bendul pintu biliknya.

a)

tersadung

b)

tersepak

c)

terpijak

d)

terselit

5.

Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang berbaris secara ________ dalam perhimpunan rasmi kokurikulum mendapat tepukan gemuruh.

a)

sekata

b)

seragam

c)

serasi

d)

seirama

6.

"________ berkenan menerima datuk menghadap." kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung.

a)

Patik

b)

Tuanku

c)

Beta

d)

Beliau

7.

Rakyat Malaysia mesti bersatu padu _______ kesejahteraan negara.

a)

agar

b)

bagi

c)

oleh

d)

demi

8.

Mak Bedah berjalan _________ selepas turun feri dari Langkawi akibat mabuk laut.

a)

tersenggok-senggok

b)

tergopoh-gapah

c)

terhincut-hincut

d)

terhuyung-hayang

9.

Nenek yang ________ itu berjalan perlahan-lahan di belakang rumah.

a)

bengkok

b)

bongkok

c)

condong

d)

serong

10.

Hatinya tidak _______ sedikit pun apabila menerima hukuman itu.

a)

bergoyang

b)

berkocak

c)

bergegar

d)

berasa

11.

Apabila ______ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

termangu

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

terkenang

12.

Ah Leong akan menyertai pertandingan ______ sotong di Pulau Aman pada minggu hadapan.

a)

mencandat

b)

memukat

c)

memancing

d)

menyauk

13.

Baginda Sultan ________ untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang sekolah itu.

a)

bersetuju

b)

berkenan

c)

bersedia

d)

bersiap

14.

Ibu membeli ________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.

a)

secekak

b)

selonggok

c)

seikat

d)

setangkai

15.

Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

16.

Puan Iema berasa ________ akan nasib anaknya yang hilang sejak dua hari lepas.

a)

kecewa

b)

hairan

c)

keliru

d)

risau

17.

Para penonton yang terhibur _______ persembahan kumpulan nasyid itu.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

atas

18.

Tiada sesiapapun yang _______ rumah pusaka itu sejak datuknya meninggal dunia.

a)

merapati

b)

mendekati

c)

mendiami

d)

menghampiri

19.

Rahimi ________ disebalik rimbunan buluh untuk mengintip kegiatan penyeludupan beras itu.

a)

tersenggok-senggok

b)

terhendap-hendap

c)

terkocoh-kocoh

d)

tergaruk-garuk

20.

Murid-murid Tingkatan Tiga Cerdas menggunakan ________ untuk menyelesaikan soalan matematik ketika peperiksaan dijalankan.

a)

jejari

b)

sesiku

c)

kekunci

d)

dedekak

21.

Kami mengharungi Sungai Jelai yang ______ pada musim kemarau untuk pergi ke perkampungan orang asli.

a)

deras

b)

dalam

c)

lembap

d)

cangkat

22.

Pokok yang tumbang itu telah ______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

23.

Seorang pelayan ______ dulang berisi makanan sambil menuju ke meja pelanggan.

a)

menatang

b)

membawa

c)

memikul

d)

memegang

24.

Abang _______ di atas katil setelah kepenatan bekerja seharian.

a)

tertiarap

b)

tersandar

c)

terbaring

d)

terduduk

25.

Pokok jambu yang ditanam oleh Pak Ajak di kebunnya ______ kerana kekurangan baja.

a)

terkecil

b)

terbantut

c)

tersekat

d)

terpendek

26.

Raju ________ basikalnya kerana rantai basikal itu terputus dalam perjalanan.

a)

menuntun

b)

mengheret

c)

menolak

d)

membawa

27.

Seorang petani _______ dua buah bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar tani.

a)

memikul

b)

mengangkat

c)

membawa

d)

mengandar

28.

Ahli arkeologi menemukan fosil prasejarah _______ di dalam tanah berhampiran gua itu.

a)

tertindan

b)

terbenam

c)

tertimbus

d)

tertindih

29.

Alang mengambil songkok hitamnya lalu ________ ke atas kepalanya.

a)

menyerkupkan

b)

menyerkapkan

c)

menyarungkan

d)

menyorongkan

30.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan agar menjauhi perbuatan _________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk