wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS SUKAN TINGKATAN 4 BIDANG 1 DAN 2

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan satu daripada kepentingan sains sukan.

· Dapat menjalankan aktiviti bersukan dengan betul

· Meningkatkan kecergasan keseluruhan

· Mengurangkan risiko kecederaan

Apakah aspek yang boleh dikaitkan dengan maklumat di atas?

a)

Kerjaya

b)

Rekreasi

c)

Kesihatan

d)

Prestasi sukan

2.

Maklumat di bawah tentang satu sistem pertandingan


Pertandingan Futsal Peringkat Daerah

Jumlah pasukan : 21

Sistem Pertandingan : Kalah Mati


Kirakan jumlah “bye”

a)

5

b)

11

c)

20

d)

22

3.

Apakah fungsi pelan tindakan?

a)

Pengelolaan akan lebih mudah

b)

Memudahkan untuk membuat pertandingan sebelum ,semasa dan selepas pertandingan

c)

Mengenalpasti perkara-perkara yang perlu direkodkan apabila mengelolakan sesuatu

kejohanan sukan

d)

Merancang, memperlengkapkan keperluan dan mengambil tindakan awal jika berlaku hal

yang tidak dijangka

4.

Berikut adalah salah satu sistem pertandingan


· Terdapat 12 pasukan yang mengambil bahagian

· Penganjur menggunakan sistem liga satu kumpulan


Berapakah jumlah perlawanan pusingan awal?

a)

33

b)

66

c)

99

d)

120

5.

Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir?

a)

Bendahari

b)

Setiausaha

c)

Timbalan Pengerusi

d)

Timbalan bendahari

6.

Definisi sains sukan yang tepat:

a)

Kajian berkaitan tingkah laku atlet

b)

Aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan

c)

Satu bidang ilmu yang mengaplikasikan prinsip sains dalam sukan

d)

Satu bidang multidisiplin berkenaan dengan pemahaman dan peningkatan prestasi manusia

7.

"Ilmu tentang struktur tubuh dan hubungan organ - organ satu sama lain"

Petikan tersebut berkaitan dengan bidang....

a)

Biomekanik

b)

Fisiologi

c)

Anatomi

d)

Sisologi sukan

8.

Antara berikut yang manakah menunjukkan kepentingan sains sukan?

a)

Prestasi sukan dan keseronokan

b)

Kesihatan dan kerjaya

c)

Industri sukan dan populariti

d)

Ekonomi dan pencegahan kecederaan

9.

Manakah yang menunjukkan etika kesukanan sebagai atlet?

a)

Bersikap agresif

b)

Tidak menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan yang diwakili

c)

Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan

d)

Menghormati pegawai dan pihak lawan

10.

Manakah yang menunjukkan ciri - ciri semanga kesukanan?

a)

Menunjukkan nilai persahabatan yang tinggi semasa bermain dengan memaafkan kekasaran pihak lawan

b)

Mencetuskan suasana yang menjejaskan fokus pemain lawan

c)

Menerima keagresifan dari pihak lawan dengan sengaja untuk menarik perhatian pengadil

d)

Berusaha menunjukkan mutu permainan yang tinggi dalam mencipta kejayaan atau kemenangan secara sah

11.

Apakah 2 dasar sukan negara?

a)

Sukan untuk kesihatan

b)

Sukan untuk keseronokan

c)

Sukan berprestasi tinggi

d)

Sukan untuk semua

12.

Manakah kesan pelaksanaan dasar sukan negara kepada individu?

a)

Pembetukan sahsiah positif, meningkatkan keyakinan diri dan berdaya saing

b)

Memupuk persahabatan

c)

Mengisi masa lapang dengan berfaedah

d)

Mengukuhkan penerimaan masyarakat antarabangsa untuk mengenali negara yang mempunyai imej positif

13.

"Bilangan penyertaan yang banyak" dan "masa untuk menyelesaikan pertandingan singkat" ialah ciri bagi.....

a)

Sistem Kalah Mati

b)

Sistem Liga

14.

Kelebihan dan kelemahan sistem kalah mati....

a)

Menjimatkan masa dan perbelanjaan dan peserta kalah akan terus tersingkir

b)

Menetukan pemenang dengan cepat dan format mudah difahami

c)

Pemenang tidak semestinya peserta terbaik dan peserta tidak dapat mempamerkan bakat atau keupayaan sebenar

d)

Separuh daripada peserta disingkirkan selepas pusingan pertama dan memerlukan pegawai sukan yang ramai

15.

Ciri - ciri sistem Liga?

a)

Setiap peserta atau pasukan bertanding sesama sendiri dalam kumpulan masing - masing

b)

Bilangan kemudahan yang kurang

c)

Dapat memilih pemenang yang mutlak

d)

Melibatkan ahli jawatankuasa, urusetia dan pegawai yang ramai

16.

Dimanakah antara berikut tugas bagi seorang setiausaha?

a)

Bertanggungjawab menetukan hala tuju sesuatu pertandingan

b)

Menguruskan bajet

c)

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan

d)

Menyediakan penyata kewangan

17.

Berapakah bilangan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa kecil?

a)

4 dan 10

b)

8 dan 15

c)

6 dan 17

d)

9 dan 16

18.

Manakah antara berikut bukan kepentingan mesyuarat post - mortem?

a)

Menetukan sejauh mana objektif pertandingan tercapai

b)

Menghantar surat dan sijil penghargaan

c)

Membentangkan kos perbelanjaan oleh bendahari program

d)

Menyusun strategi untuk meminimumkan punca berlakunya masalah yang timbul

19.

Manakah bukan fungsi sistem rangka?

a)

Menghasilkan pergerakan

b)

Mengawal postur

c)

Menstabilkan sendi

d)

Tidak menjana haba

20.

"Mengawal atur dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah"

Petikan tersebut menunjukkan fungsi sistem.....

a)

Sistem respiratori

b)

Sistem otot

c)

Sistem saraf

d)

Sistem endokrina

21.

Yang manakah bukan fungsi sistem saraf?

a)

Lokasi pembentukan sel darah dan platelet di dalam sum - sum tulang

b)

Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima

c)

Mengawal dan menyelaraskan aktiviti tubuh

d)

Menyimpan maklumat yang diterima

22.

Pilih susunan organisasi struktur manusia yang tepat.

a)

Sistem, organisma, atom, sel, molekul, tisu, organ

b)

Atom, Molekul, Tisu, sel, sistem, organ, organisma

c)

Atom, Molekul, Sel, Tisu, Organ, sistem, organisma

d)

Organisma, sistem, organ, tisu, sel, molekul, atom

23.

Apakah peranan tulang panjang?

a)

Memindahkan daya dan memudahkan pergerakan

b)

Sebagai tempat pelekatan otot dan artikulasi

c)

Sebagai tuas dalam pergerakan

d)

Sebagai tempat pelekatan otot - otot dan melindungi organ - organ di bawahnya

24.

Antara berikut manakah contoh tulang pendek?

a)

Humerus dan fibula

b)

Sternum dan skapula

c)

Lumbar dan koksik

d)

Karpal dan tarsal

25.

Bagi menampilkan etika yang baik dalam sukan perkara berikut sepatutnya diamalkan oleh atlet

a)

Mempengaruhi rakan sepasukan untuk membantah keputusan

b)

Jurulatih memaksa atletnya bermain dengan mengabaikan nasihat doktor

c)

Menerima kejayaan atau kekalahan dengan baik

d)

Mempengaruhi pengadil untuk mengubah keputusan

26.

Dalam sistem pertandingan kalah

mati, terdapat 25 orang peserta yang mengambil bahagian.

Berapakah bilangan ‘bye’ dalam

pertandingan itu?

a)

7

b)

2

c)

4

d)

6

27.

Tujuan Institut Sukan Negara (ISN) ditubuhkan adalah untuk

a)

menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sukan bagi tujuan persediaan atlit Negara

b)

memilih atlit bagi mewakili Negara

c)

memilih pelajar bagi kemasukan ke sekolah sukan

d)

mengubal undang-undang sukan negara

28.

Manakah antara berikut bukan merupakan sumbangan sukan kepada individu seperti yang

digambarkan melalui dasar sukan negara?

a)

Mengurangkan tekanan hidup

b)

Meningkatkan maruah bangsa dan negara

c)

Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

d)

Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal

29.

Apakah maksud Sukan Untuk Kecemerlangan?

a)

Program meningkatkan tahap kesihatan serta

kesejahteraan anggota masyarakat

b)

Peluang-peluang dan kemudahan yang disediakan bagi

memenuhi keperluan aktiviti sukan

c)

Pertandingan sukan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat badan sukan antarabangsa

d)

Aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal yang diuruskan untuk menggalakkan penyertaan yang menyeluruh

30.

Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan kepentingan sains sukan dari aspek kesihatan?

a)

Jurulatih membantu atlet dalam penetapan matlamat

b)

Jurulatih menggalakkan atlet mendalami undang-undang permainan

c)

Jurulatih menggunakan program yang sistematik melatih pasukan

d)

Jurulatih membantu atlet dalam pengambilan diet yang sesuai dengan jenis sukan

31.

Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.


Pilih pernyataan yang tepat tentang definisi di atas

a)

Sendi

b)

Tendon

c)

Rawan

d)

Ligamen

32.

Namakan otot utama yang menyebabkan fleksi kaki seorang pemain bola sepak ketika hendak menendang bola.

a)

Hamstring

b)

Gastroknemius

c)

Kuadriseps

d)

Sartorius

33.

Saraf pusat berfungsi sebagai:

a)

Mengintegrasi semua rangsangan yang diterima

b)

Mencetuskan pergerakan daripada rangsangan

c)

Menerima rangsangan daripada persekitaran

d)

Menterjemahkan rangsangan kepada bentuk impuls saraf

34.

Yang manakah bukan ciri hormon?

a)

Hormon tidak dapat dihasilkan melalui proses makmal

b)

Wujud dalam kuantiti yang sedikit

c)

Aktiviti hormon adalah spesifik kepada sel-sel sasaran

d)

Bahan kimia yang disintesiskan oleh sel hidup

35.

Sebab utama seseorang pesakit diabetes adalah kegagalan hormon X mengawal aras glukosa

dalam darah pada paras normal. Apakah hormon X?

a)

Adrenalina

b)

Glikogen

c)

Glukagon

d)

Insulin

36.

Bagaimanakah analisa peningkatan prestasi atlet boleh ditingkatkan?

a)

Menggalakkan aktiviti sukan di sekolah dan peringkat universiti

b)

Menggalakkan pelancongan sukan yang melibatkan peserta antarabangsa

c)

Melakukan kaedah latihan yang sistematik dan berterusan secara saintifik

d)

Jurulatih perlu menitikberatkan aplikasi prinsip sains ke dalam sukan

37.

Konsep kalah dan menang adalah lumrah kehidupan.


Apakah yang perlu dilakukan oleh atlet sekiranya berlaku kekalahan?

a)

Atlet perlu meneruskan usaha untuk melakukan perubahan dalam teknik latihan bagi

mencapai kejayaan pada masa hadapan

b)

Atlet perlu menukar jurulatih baharu kerana jurulatih gagal membantu kejayaannya

c)

Atlet perlu mendapatkan penaja yang baharu bagi meningkatkan motivasinya untuk

meneruskan pertandingan yang akan datang

d)

Atlet perlu memberi perhatian kepada kelemahan pihak lawan sebelum pertandingan

38.

Apakah yang membantu pencapaian atlet prestasi tinggi dalam memastikan kejayaan mereka?

a)

Pihak pengurusan perlu memainkan tanggungjawab yang sangat tinggi dalam memberi

segala bantuan dan kemudahan kepada peningkatan prestasi atlet

b)

Atlet perlu meneruskan latihan bersendirian apabila sudah tamat pengajian untuk

menghadapi pertandingan

c)

Penonton hanya memberi sorakan dan galakan jika pemain atau atlet menang sahaja dalam

pertandingan

d)

Majlis Sukan Negara (MSN) tidak masuk campur terhadap persatuan sukan yang

menghadapi masalah dalam meneruskan program pembangunan sukan mereka

39.

Bilakah Dasar Sukan Negara diperkenalkan?

a)

20 Januari 1988

b)

20 Februari 1988

c)

20 Mac 1988

d)

20 Januari 1991

40.

Konsep Sukan Untuk Semua mempunyai tujuan yang tersendiri. Apakah tujuan dasar itu?

a)

Meneruskan usaha untuk melakukan perubahan dalam membentuk budaya sukan dalam

individu bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan

b)

Melahirkan jurulatih baharu yang dihantar dalam masyarakat untuk membantu program

kesihatan

c)

Memberi peluang kepada syarikat swasta untuk memberi penajaan yang baharu bagi

meningkatkan motivasi untuk masyarakat melibatkan diri dalam sukan

d)

Mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan masyarakat