NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PPIM
Total questions: 50
Worksheet time: 17mins
Apakah undang-undang yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk melindungi alam sekitar?
Undang-Undang Alam Semulajadi 1974
Akta Kualiti Alam Sekitar 1975
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Undang-Undang Alam Semesta 1976
Apakah maksud kitar semula?
Menjual atau membeli surat khabar lama
Menggunakan semula bahan yang telah sedia ada
Menghasilkan bahan baru
Mengolah semula bahan buangan untuk dijadikan bahan yang baru
Berikut adalah amalan 3R yang amat digalakkan dalam kalangan masyarakat kecuali
Reduce
Remove
Reuse
Recycle
Tong Jingga dikhaskan untuk membuang barangan yang diperbuat daripada ....................
tin aluminium dan plastik
sisa makanan
botol kaca dan tin aluminium
kertas surat khabar
Berikut merupakan aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar kecuali
pembakaran terbuka
pembuangan sampah di dalam sungai
mempromosikan kempen cintai alam sekitar
memburu binatang yang diancam kepupusan
Bagaimana kita boleh mengurangkan pencemaran udara?
Sering menggunakan polisterin untuk membungkus makanan
Tidak melakukan pembakaran terbuka
Sampah dibiarkan penuh di dalam tong sampah
Menghisap rokok di kedai makan
Berikut adalah ciri-ciri lokasi tapak perkhemahan yang sesuai untuk berkhemah kecuali
Selamat
Berhampiran punca air
Tapak atau tanah yang rata
Terlindung daripada panas mentari
Rajah disebelah menunjukkan khemah jenis ........
Doom
Rich tent
Igloo
A-shape
Berikut adalah alatan individu yang perlu dibawa semasa perkhemahan
Kayu pancang khemah
Dapur memasak
Lampu picit dan wisel
Wayar sambung elektrik
Apakah nama ikatan berikut?
Ikatan Buku Sila
Simpulan Tindih Kasih
Ikatan Simpul Manok
Ikatan Bunga Geti
Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrient yanag diperlukan oleh tubuh badan dalam kadar yang betul. Diet seimbang memainkan peranan yang penting dalam
I mengenyangkan perut
II membantu tumbesaran
III menjamin kesihatan badan
IV mencegah serangan penyakit
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah fungsi pelembut fabrik yang dicampurkan ke dalam air bilasan terakhir pakaian?
Menambah keharuman
Pakaian lebih tahan lama
Mudah menyerap lembapan
Melembutkan tekstur fabrik pada pakaian
Mengapakah tangan mesti sentiasa dalam keadaan kering semasa menggunakan alat penjimat masa elektrik (contoh : pengisar, periuk nasi, cerek elektrik)?
Untuk mengelakan daripada renjatan elektrik
Supaya alat penjimat masa lebih tahan lama
Untuk menjaga kebersihan alat penjimat masa
Supaya alat penjimat masa tidak mudah berkarat
Apakah perabot yang paling sesuai untuk menyimpan pakaian dan aksesori seperti tali leher, tali pinggang, beg tangan dan skaf atau tudung ?
Meja solek
Kabinet
Wardrobe
Tetingkat
Shahirah seorang gadis yang tinggi dan langsing. Apakah jenis corak fabrik yang sesuai dipakainya?
I. Corak kecil
II. Corak besar
III. Garisan menegak
IV. Garisan melintang
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Antara berikut, yang manakah contoh hidangan sepinggan lengkap?
Kari telur
Roti canai
Kuih keria
Nasi goreng
Warga tua boleh dikategorikan sebagai golongan manusia yang berumur 50 tahun ke atas. Mereka adalah golongan ibu, bapa, datuk dan nenek yang telah bersara dan tidak bekerja.
Berikan tiga cara menghargai warga tua yang boleh dilakukan oleh para remaja.
I. Meluangkan masa bersama warga tua
II. Menjaga hal ehwal kebajikanya
III. Merancang program bersama dengan menyambut Hari Warga Tua
IV. Membiarkan warga tua berbincang semasa mereka
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Amalan gotong–royong merupakan satu amalan yang sering dilakukan terutamanya di kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis.
Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak feadah kepada masyarakat. Pilih tiga feadah daripada aktiviti gotong-royong yang memberikan impak pada masyarakat.
I. Mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum
II. Dapat memupuk nilai perpaduan dan kerjasama dalam kalangan sebuah masyarakat
III. Menyebabkan hubungan yang renggang sesama jiran tetangga
IV. Masyarakat saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan secara sukarela
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Adab dan sopan semasa makan, yang manakah harus diamalkan ketika berada di meja makan?
Meniup makanan yang panas
Meletakkan sisa makanan di atas meja
Bercakap ketika mulut penuh dengan makanan
Pelawa orang yang lebih dewasa untuk makan dahulu
Menukar cadar dan sarung bantal merupakan tugasan pembersihan tempat kediaman yang dianggap sebagai pembersihan
Harian
Mingguan
Bulanan
Berkala
Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas?
Bantuan yang diberikan kepada mangsa yang sedang cemas
Bantuan permulaan kepada mangsa yang mengalami kecederaan
Bantuan tambahan kepada mangsa yang mengalami kemalangan
Bantuan wajib kepada mangsa yang mengalami pendarahan
Yang manakah turutan kaedah bantuan pernafasan yang betul?
BREATHING (B)
CHEST COMPRESSION
(C)
RESPONSE (R)
DANGER (D)
AIRWAY (A)
D -> R -> C -> A -> B
R -> D -> A -> C -> B
C -> R -> D -> A -> B
A -> D -> R -> C -> B
Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) dapat dilakukan kepada orang dewasa dengan menekan dada mangsa sebanyak 2 hingga 2.5 inci ke dalam dan diulangi dengan kadar _______________ kali setiap minit, hingga bantuan profesional tiba.
100 - 120
100 - 150
100 - 180
100 - 200
Untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik, berdiri di belakang mangsa, bongkokkan badannya ke hadapan dan pukul di antara tulang belikatnya dengan kuat sebanyak __________ kali.
tiga
empat
lima
enam
Kaedah Heimlich Manoeuvre adalah untuk menyelamatkan mangsa yang ______________.
cedera
patah
terbakar
tercekik
Jenis ikatan yang digunakan dalam pertolongan cemas adalah jenis _______________.
simpulan pencuri (thief knot)
buku sila (reef knot)
bunga geti (common bend)
tindih kasih (bowline)
Terbakar dapat diklasifikasikan sebagai peringkat ketiga apabila melibatkan hingga ke ______________.
otak
tisu dan otot
tulang
epidermis
Dalam peringkat pertama merawati mangsa terbakar, perawat perlu __________________.
meletakkan krim pada kawasan badan yang terbakar
meletakkan mangsa yang terbakar di atas kain basah
memecahkan gelembong air pada kawasan badan yang terbakar
siram air sejuk pada kawasan badan yang terbakar
Terdapat _____________ jenis kain pembalut yang digunakan dalam pertolongan cemas.
satu
dua
tiga
empat
Situasi-situasi berikut memerlukan CPR kecuali ______________.
lemas
tercekik
renjatan elektrik
panahan petir
Kompleks Darul Puteri merupakan ibu pejabat PPIM yang terletak di Jalan Cheras. Pada tahun bilakah kompleks ini mula beroperasi?
2005
2007
2004
2003
Setiap ahli PUTERI dikenakan bayaran yuran bagi mengiktiraf pelajar sebagai ahli unit PPIM. Berapakah yuran yang perlu dibayar setiap tahun?
RM5.00
RM2.00
RM3.00
RM1.00
Di antara maklumat di bawah, yang manakah bukan lafaz IKRAR PUTERI?
Berkhidmat untuk bangsa dan negara
Membangunkan diri dengan sempurna
Mengukuhkan silaturahim sesama puteri
Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak
Siapakah nama Pengarah Jabatan Pengurusan & Pentadbiran PPIM di kompleks Darul Puteri?
Cik Suriawaty Saad
Cik Nur Hayatun Syamila Mohd Hanafiah
Cik Aizar Md Jaman
Pn Latifah Mahluddin
Apakah makna singkatan huruf “R” dalam SULUH KATA PUTERI
Redha dengan ketentuan Allah
Rela berbakti kepada agama dan negara
Rela berbakti kerana Allah
Rela berbakti dengan penuh keikhlasan
Semasa tatacara perjumpaan Bendera Puteri berada
di sebelah kiri Bendera Malaysia
di sebelah kanan Bendera Negeri
di tengah-tengah antara bendera Malaysia dan bendera Negeri
bersebelahan bendera Negeri
Apakah nama lain bagi ketua pasukan?
Puteri Kejora
Puteri Bestari
Puteri Saujana
Puteri Mestika
Sebelum memulakan tatacara perjumpaan, perlu dilaksanakan dahulu
Kawad statik
Kawad asas
Kawad dinamik
Kawad formasi
Semasa tatacara penutup, lagu puteri dinyanyikan
selepas bacaan doa
sebelum menurunkan bendera
sebelum mendengar amanat
selepas melipat bendera
Manakah penyataan yang benar?
Puteri Saujana meminta izin memulakan tatacara perjumpaan
Megaputeri adalah orang yang membaca doa ketika tatacara
Semasa tatacara perjumpaan guru pemimpin memberikan amanat
Ketika lagu Negaraku dinyanyikan, semua bendera akan dinaikkan serentak
Pada tahun berapakah PPIM diterima sebagai pasukan unit beruniform di peringkat sekolah menengah?
17 Mei 1980
6 Mei 1980
23 April 1980
14 Jun 1980
Pada 17 Jun 1981 PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh……..
YAM Tunku Pn Besar Khursiah
DYMM Permaisuri Agong Ke-6
YAB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
YAB Toh Puan Norashikin Ismail
Sambutan Hari Puteri yang pertama telah diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur pada ……….
22 Ogos 1987
20 Jun 1987
19 Julai 1987
23 Mei 1987
Sempena sambutan Hari Puteri pada tahun 1988, pemilihan “Tokoh Puteri” telah diadakan buat pertama kalinya. Siapakah nama Tokoh Puteri tersebut?
Rosmawati Abu Bakar
Wan Wardatul Amani Wan Salim
Annie Nordin
Fatimatuuzzahra Abdul Rahman
Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood merupakan Yang DiPertua Ke-3 dalam PPIM, perkhidmatan beliau sebagai YDP PPIM bermula pada tahun…….. dan tamat pada tahun……….
1995 – 1998
2001 – 2005
1999 – 2001
2002 – 2004
Sebelum Kompleks Darul Puteri dibina, di manakah ibu pejabat PPIM beroperasi?
Rumah kerajaan Lingkungan U-Thant
Rumah LKPIM
Bangunan Tunku Besar Kurshiah
Pusat Islam Kuala Lumpur
Sumber rujukan Agama Islam ialah:
Al-Quran
Al-Hadis
Kitab-kitab Feqah
Al-Quran dan Al-Hadis
Agama Islam sangat menjaga kepentingan aspek berikut kecuali:
Menjaga Nyawa
Menjaga Bangsa
Menjaga Akal
Menjaga Agama
Baligh dari sudut fekah bererti ….
Seseorang yang menjaga kesucian diri
Seseorang yang telah mencapai usia 10 tahun
Seseorang yang telah sampai masa menanggung kewajipan syarak
Seseorang yang mampu berdiri di atas kaki sendiri
Selepas turunnya wahyu pertama, Saidatina Khadijah telah membawa Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa dengan sepupunya yang bernama ……………. untuk menceritakan peristiwa turunnya wahyu.
Zaid bin Harithah
Abdullah bin Ubai
Malaikat Jibril
Warakah bin Naufal
