WorksheetsKUIZ TATABAHASA TAHUN 6
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kami berasa amat ________ kerana dapat bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membina sebuah makmal komputer
kecewa
gembira
ceria
sedih
Izuni bertanyakan beberapa soalan dengan ______ kepada penceramah motivasi itu ketika sesi soal jawab diadakan.
bijak
kasar
sopan
angkih
Pihak sekolah telah menerima sejumlah peruntukan untuk _______ ruang pusat sumber sekolah demi keselesaan murid.
memperindah
memperlebar
memperbesar
memperkecil
Encik Zakaria membawa keluarganya makan malam di _____ yang popular dengan masakan pantai timur
Gerai Kopi Hasnol
Kafe Siber Maya
Kedai Runcit Hassan
Restoran Selera Timur
Datin Aina gemar membeli baju berjenama Rizalman kerana jenama ini amat _______ dan produknya berkualiti
terkenal
mengenali
pengenalan
kenalan
Sarimah akan _________ pelajarannya dalam bidang perubatan di sebuah universiti di luar negara
terlanjut
melanjut
melanjutkan
lanjutan
Encik Zubir menyambut _________ para tetamu yang hadir ke majlis perasmian butik baharunya dengan mesra.
datang
kedatangan
pendatang
mendatangkan
Puan Amirah amat gembira dan ________ dengan keputusan yang diraih oleh anaknya dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini.
membanggakan
berbangga
kebanggaan
dibanggakan
"Zila, Cikgu Maziah ingin berjumpa dengan ________ di bilik guru" kata Mala kepada Zila
anda
saya
kamu
dia
_________ sekeluarga telah merancang untuk berkelah pada hujung minggu ini.
Kami
Kamu
Dia
Mereka
"___________ rasa, tuan hamba perlu bertemu dengan Sultan Mansur dan menjelaskan perkara sebenar" kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
Beta
Patik
Hamba
Baginda
Sultan Ibrahim ialah seorang raya yang baik hati. __________ amat disayangi oleh rakyatnya
Beta
Patik
Baginda
Dia
Salma berasa pening apabila melalui jalan yang __________ itu
simpang - siur
bengkang - bengkok
huru - hara
lalu - lalang
Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas helikopter itu telah diserahkan kepada renjer kerana mereka lebih mengetahui ___________ hutan simpan itu.
gerak - geri
selok - belok
tindak - tanduk
simpang - siur
Semua tetamu terpukau dengan kejelitaan pengantin perempuan itu.perkataan sinonim bagi perkataan terpukau ialah _________
terkejut
terpegun
terdiam
tergamam
