Font size
WorksheetsBUKU CATATAN PERTAMA
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Perniagaan Man Top menerima nota kredit daripada pembekal Syarikat Mahawangsa.
Apakah buku catatan pertama yang digunakan oleh Perniagaan Man Top?
Jurnal belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Pada 15 Mei 2019, pemilik Hadi Catering telah membeli peralatan memasak secara kredit.
Apakah buku catatan pertama yang digunakan oleh Hadi Catering untuk merekodkan urus niaga tersebut?
Jurnal Am
Jurnal Belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
Urus niaga yang berikut dijalankan oleh Kedai Alat Tulis Zainab.
Manakah yang akan dicatatkan dalam Jurnal Belian Kedai Alat Tulis Zainab?
Membeli tiga buah rak buku daripada Perniagaan Teik Ho
Membeli perabot secara kredit daripada Syarikat Hakim
Membeli dua puluh dozen pensil daripada Perniagaan Cergas Jaya
Membeli fail kertas secara tunai daripada Kedai Umaiza
Pernyataan manakah yang benar mengenai Buku Catatan Pertama?
I Merupakan buku akaun utama
II Terdiri daripada Jurnal Am dan Jurnal Khas
III Merekod urus niaga mengikut urutan tarikh
IV Sumber maklumat adalah dokumen perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Urus niaga manakah yang akan direkodkan dalam Jurnal Am?
I Membeli perabot secara tunai
II Menjual kenderaan terpakai secara kredit
III Catatan penutupan
IV Ambilan tunai oleh pemilik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jurnal yang manakah adalah Jurnal Khas?
I Jurnal Am
II Jurnal Jualan
III Jurnal Penerimaan Tunai
IV Buku Tunai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dokumen manakah yang merupakan sumber maklumat Jurnal Belian?
I Invois asal
II Invois salinan
III Nota debit salinan
IV Nota debit asal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Encik Kassim menghantar nota debit berjumlah RM240 kepada Puan Murni kerana terkurang caj.
Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Encik Kassim untuk merekod urus niaga tersebut?
Jurnal Belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
jurnal Pulangan Jualan
Maklumat apakah yang dicatat di lajur butir dalam Jurnal Jualan?
Nama pemilik
Nama pembeli
Nama pembekal
Nama barang niaga
Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Buku Tunai?
I Membayar gaji dengan cek
II Membeli kelengkapan secara tunai
III Membeli kenderaan secara kredit
IV Ambilan barang untuk kegunaan sendiri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Urus niaga manakah yang merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai?
Mengeluarkan tunai untuk membayar bil elektrik
Mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri
Memindahkan tunai peribadi ke dalam perniagaan
Memindahkan tunai perniagaan ke dalam bank
Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?
Merekod belanja kecil
Mengawal sebahagian penerimaan dan pembayaran tunai
Mengawal wang keluar dan wang masuk
Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup
Sistem Panjar biasanya digunakan dalam penyediaan
Buku Tunai
Jurnal Pembayaran Tunai
Penyata Bank
Buku Tunai Runcit
Berapakah amaun yang perlu direkod dalam Buku Catatan Pertama
RM 736.00
RM 464.00
RM 1 200.00
Maksud Catatan Kontra ialah ....
Pindahan wang tunai dari pejabat ke bank atau dari bank ke pejabat.
Jualan barang niaga secara kredit kepada akaun belum terima
Belian barang niaga secara kredit daripada pembekal.
Berikut merupakan jenis buku catatan pertama, kecuali
jurnal am
jurnal khas
buku tunai
lejar
Jurnal jualan adalah untuk merekod
jualan barang niaga secara tunai
jualan barang niaga secara kredit
jualan secara tunai dan kredit
jualan aset bukan semasa
Jurnal pulangan belian merekodkan
pulangan barang niaga dari pembeli
pulangan barang niaga kepada pembekal
pulangan aset bukan semasa
pulangan tunai
Buku tunai merekodkan
urus niaga tunai
urus niaga tunai dan bank
tunai masuk sahaja
tunai keluar sahaja
Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi perlu direkodkan ke dalam
Jurnal am
Jurnal khas
Buku tunai
Buku tunai runcit
