Font size
WorksheetsPERNIAGAAN T4 :VISI MISI DAN OBJEKTIF
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan visi dan misi?
A. Visi menyokong pernyataan misi
B. Visi lebih umum berbanding misi
C. Visi dibuat terlebih dahulu daripada misi
D. Visi dibuat oleh pengurusan atasan sementara misi dibuat oleh pengurus pertengahan
Apakah maksud visi?
Pembentukan maklumat yang lebih khusus
Pernyataan ringkas tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
Perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang
Sesebuah perniagaan yang ingin ditubuhkan perlu ada Visi, Misi dan Objektif Perniagaan.
Betul
Salah
Kurang pasti
Mengapakah objektif perniagaan perlu selaras dengan visi dan misi?
Objektif dibentuk sebelum visi dan misi
Objektif merupakan pendokong kepada pencapain visi dan misi
Objektif digunakan untuk memberi penjelasan lanjut tentang visi dan misi
Pilih visi yang tepat untuk sebuah perniagaan yang mengeluarkan kereta.
Menjual pelbagai jenis kereta
Mengeluarkan kereta yang cantik
Menjadi pengeluar kereta yang terkemuka di Malaysia
Penentuan VMO untuk OBU dengan OBBU adalah ...............
sama
berbeza
tiada kaitan
Masyarakat merupakan pelanggan utama kepada .............
OBU
OBBU
pertubuhan sukarela
Organisasi bermotifkan untung didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan ................
Contoh OBBU ialah.....
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah contoh ....
OBU
OBBU
persatuan sukarela
Antara berikut, yang manakah merupakah organisasi swasta?
Pernyataan manakah yang benar tentang Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?
OBU terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela
OBU menyediakan barang dan perkhidmatan percuma
OBU bermatlamat memaksimakan keuntungan pemegang saham
OBU didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan konsep perancangan strategik organisasi.
- Boleh dihbahagikan kepada matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
- Matlamat yang ditetapkan untuk jangka pendek kurang daripada lima tahun
- Dibentuk oleh pihak pengurusan kedua-dua Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)
Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?
Visi
Polisi
Objektif
Prosedur
Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah.
Apakah ciri objektif yang baik dan dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?
Spesifik
Munasabah
Boleh dicapai
Jangka masa
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi.
Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan
Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi
Visi seharusnya dapat dicapai dalam masa kurang lima tahun
Objektif harus ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi
Mengapakah penetapan visi penting untuk sesebuah organisasi?
(Pilih 2 jawapan)
Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi
Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi
Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja
Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek
Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa persoalan yang diajukan semasa membuat perancangan strategik.
Apakah perniagaan yang sedang dijalankan?
Siapakah pelanggan perniagaan tersebut?
Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang?
Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?
Visi
Misi
Objektif
Strategi
Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?
(Pilih 2 jawapan)
Kedai Runcit Rahman
Syarikat Pertama Berhad
Majlis Kanser Negara
Persatuan Aman-Palestin Malaysia
