wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BAHAGIAN TILAWAH & AKHLAK

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Komunikasi dari segi bahasa bermaksud

a)

perantaraan

b)

perhubungan

c)

pemeliharaan

d)

penyebaran

2.

Maksud komunikasi dari segi istilah

a)

Perhubungan antara dua individu atau lebih secara langsung sahaja

b)

Perhubungan antara dua individu atau lebih melalui perantaraan sahaja

c)

Perhubungan antara dua individu atau lebih secara langsung atau melalui perantaraan

3.

Berikut adalah prinsip komunikasi Islam KECUALI

a)

Kata-kata yang benar dan jujur

b)

Kata-kata yang menggunakan bahasa yang lemah lembut

c)

kata-kata yang ada helah dan tipu muslihat

d)

kata-kata yang mudah difahami

4.

“Qaulan Ma’rufa” merujuk kepada

a)

Kata-kata yang benar dan jujur

b)

Kata-kata yang mulia

c)

kata-kata yang baik

d)

kata-kata yang mudah difahami

5.

Pilih pernyataan yang bukan menunjukkan adab berkomunikasi

a)

Menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan

b)

Menyebarkan dengan segera maklumat yang didapati tanpa menyiasat

c)

Mengelakkan dari melakukan dan menyebarkan fitnah

d)

Menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan

6.

Menggunakan gajet mengikut kesesuaian masa

Tidak melalaikan daripada melakukan ibadat


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Hikmah beradab ketika berkomunikasi

b)

Adab-adab berkomunikasi

c)

Kesan beradab ketika berkomunikasi

d)

faktor beradab ketika berkomunikasi

7.

Meningkatkan ilmu pengetahuan

Melahirkan individu berakhlak mulia

Mendapat keredhaan Allah


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah komunikasi kepada

a)

Agama

b)

Negara

c)

Individu

d)

Masyarakat

8.

Pilih pernyataan yang BUKAN hikmah komunikasi kepada masyarakat

a)

Menjauhkan perselisihan faham

b)

dihormati oleh masyarakat

c)

Bertukar-tukar pandangan

d)

Menambahkan kemesraan dan perpaduan

9.

Musafir dari segi bahasa bermaksud

a)

berjalan-jalan di kawasan tertentu

b)

melihat pemandangan indah

c)

keluar meninggalkan sesuatu tempat

d)

keluar bersuka ria bersama-sama keluarga dan rakan

10.

2 marhalah mengikut al Fiqah Al Manhaji bersamaan

a)

71 kilometer

b)

81 kilometer

c)

91 Kilometer

d)

101 kilometer

11.

Berikut adalah contoh sunat bermusafir kecuali

a)

Menziarahi Masjid Nabawi di Madinah

b)

menziarahi orang sakit

c)

menghubungkan silaturrahim

d)

Menyertai pertandingan sukan

12.

Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat hukumnya adalah

a)

makruh

b)

harus

c)

sunat

d)

haram

13.

Bermusafir untuk menuntut ilmu hukumnya ialah

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

makruh

14.

Antara adab bermusafir ialah melantik seorang ketua jika bermusafir melebihi

a)

seorang

b)

dua orang

c)

tiga orang

d)

empat orang

15.

Berikut adalah kelebihan bermusafir kecuali

a)

dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah

b)

mendidik diri untuk menjadi hamba yang bersabar

c)

memudahkan kita untuk mencari kekurangan sesuatu tempat

d)

dapat berkenalan dengan pelbagai bangsa dan budaya

16.

Pilih pernyataan yang bukan menunjukkan hikmah mengamalkan adab bermusafir

a)

Perjalanan diberkati Allah

b)

Memberi ketenangan hati

c)

Perjalanan menjadi lebih sukar

d)

Mendidik jiwa agar lebih berdisiplin

17.

i. Duduk jika sedang berdiri

ii. Berbaring jika sedang duduk


Pernyataan di atas adalah sebahagaian daripada cara

a)

Memohon kemaafan

b)

Menenangkan jiwa

c)

mengawal kemarahan

d)

memberi kemaafan

18.
Pilih pernyataan yang tepat tentang adab dan cara memberi kemaafan.
a)
Bertemu muka dan bersalaman
b)
Ikhlas memberi kemaafan
c)
Berdiam diri daripada berkata-kata
d)
Meminta pandangan daripada orang lain
19.
Allah SWT menjelaskan bahawa perbuatan memberi kemaafan itu lebih hampir kepada
a)
ketakwaan
b)
keamanan
c)
kepuasan
d)
keakraban
20.

i. Bercakap perkara yang baik

ii. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT


Amalan di atas merujuk kepada

a)

bersyukur melalui hati

b)

bersyukur melalui perbuatan

c)

bersyukur melalui lisan

d)

bersyukur melalui perbuatan dan lisan

21.

Pilih pernyataan yang tepat maksud komunikasi

a)

Kata-kata yang memberi kesan kepada jiwa

b)

Perhubungan antara dua orang atau lebih secara langsung atau melalui perantaraan

c)

Menyampaikan sesuatu berita kepada orang lain mengikut keupayaan

d)

Perhubungan yang baik dengan orang lain

22.

i. Tidak membuka aib seseorang

ii. Tidak mengabaikan tanggungjawab

iii.Tidak mencetuskan maklumat palsu


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

adab berkomunikasi

b)

prinsip komunikasi dalam Islam

c)

adab memberi pendapat

d)

adab menegur orang lain

23.
Berikut adalah hikmah beradab ketika berkomunikasi terhadap masyarakat kecuali
a)
menimbulkan kemesraan dalam pergaulan
b)
hidup dalam keadaan aman dan harmoni
c)
meningkatkan ilmu pengetahuan
d)
menjauhi salah faham
24.
Maksud yang tepat bagi perkataan " قَوْلاً كَرِيْمًا " ialah
a)
kata-kata yang benar
b)
kata-kata yang baik
c)
kata-kata yang lembut
d)
kata-kata yang mulia
25.
Hukum membaca basmalah dan doa musafir sebelum keluar bermusafir adalah
a)
sunat
b)
wajib
c)
harus
d)
makruh
26.

i. Perjalanan diberkati Allah SWT

ii. Perjalanan menjadi mudah dan lancar


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

adab bermusafir

b)

kelebihan bermusafir

c)

rukhsah bagi orang bermusafir

d)

hikmah mengamalkan adab bermusafir

27.

Bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah.


Hukum bermusafir dalam pernyataan di atas adalah

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makruh

28.

__________ ialah berasa cukup dan reda dengan nikmat kurniaan Allah SWT

a)

Qanaah

b)

Pemaaf

c)

Bersyukur

d)

Peramah

29.
Antara berikut yang manakah bukan ciri sifat Qanaah
a)
Selalu bertawakal kepada Allah SWT
b)
Hidup secara sederhana
c)
Sentiasa sabar menerima ketentuan Allah SWT
d)
Boros berbelanja
30.

i. Kehidupan menjadi tenang

ii. Kemuliaan diri terpelihara


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Ciri sifat Qanaah

b)

Kelebihan bersifat Qanaah

c)

Salah faham tentang sifat Qanaah

d)

Contoh sifat Qanaah

31.
Antara yang berikut yang manakah bukan rukhsah bagi orang yang bermusafir.
a)
Diharuskan mengqasarkan solat
b)
Diharuskan menjamakkan solat
c)
Diharuskan meninggalkan solat
d)
Diharuskan berbuka puasa
32.

Maksud syukur dari segi bahasa ialah

a)

Tahniah

b)

Pujian

c)

berdoa

d)

berserah

33.

*Bersangka baik terhadap Allah

*Ingat dan memuji Allah

*Meyakini kekuasaan Allah melalui nikmat tersebut


Pernyataan di atas merupakan cara bersyukur melalui

a)

hati

b)

lisan

c)

sifat

d)

perbuatan

34.

Berikut adalah cara bersyukur melalui perbuatan kecuali

a)

Menunaikan amalan fardhu dengan tekun

b)

bersedekah kepada orang yang memerlukan

c)

Melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya

d)

Menyebut dan memuji Allah dengan berzikir

35.

Berdoa agar Allah mengurniakan sifat syukur merujuk kepada cara bersyukur melalui

a)

hati

b)

lisan

c)

sifat

d)

perbuatan

36.

Berikut adalah ciri orang yang bersyukur kecuali

a)

Sentiasa bersifat qanaah dengan kruniaan Allah

b)

curiga dengan kejayaan orang lain

c)

Rajin dan tekun beribadat

d)

bersifat pemurah

37.

Sentiasa bertawakkal merujuk kepada

a)

Kesan kepada orang yang bersyukur

b)

Faktor mendorong orang bersyukur

c)

ciri orang yang bersyukur

38.

*Hidup dalam keredhaan dan rahmat Allah

*Dimurahkan rezeki dan bertambah nikmat

*Selamat dari azab Allah


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Kesan bersyukur

b)

Faktor bersyukur

c)

Asas syukur dunia

d)

hikmah bersyukur

39.

Aurat lelaki ialah di antara pusat dan lutut.

a)

Salah

b)

Betul

40.

Aurat antara seorang mukminah dan lelaki ajnabi adalah keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan.

a)

Betul

b)

Salah

41.

Manakah antara berikut golongan yang boleh melihat perhiasan seorang perempuan

a)

Suami

b)

bapa mentua

c)

anak-anak tiri

d)

anak saudara lelaki

e)

Semua di atas adalah betul

42.

Berikut merupakan cara dan syarat seseorang bertaubat kecuali

a)

menyesal atas perbuatan yang dilakukan

b)

berhenti melakukan dosa

c)

berazam tidak mengulangi perbuatan dosa

d)

kerap melakukan dosa dan bertaubat

43.

Apakah istilah Sahabat?

a)

Sesiapa yang pernah berjumpa dengan Rasulullah dan beriman dengannya.

b)

Orang yang selalu duduk bersama dengan Rasulullah.

c)

Sesiapa yang pernah bersembang atau bertanyakan soalan pada Rasulullah.

d)

Orang yang berjalan bersama Rasulullah kemana sahaja Beliau pergi.

44.

Takrif sahabat dari segi bahasa ialah

a)

yang memuliakan

b)

yang menasihati

c)

yang mentaati

d)

yang mendampingi

45.

Berikut adalah pengiktirafan Allah SWT terhadap para sahabat KECUALI

a)

Allah SWT meredhai mereka.

b)

Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada mereka.

c)

Allah SWT memberikan kesenangan kepada mereka.

d)

Allah SWT meningkatkan darjat mereka.

46.

Orang Ansar adalah penduduk Madinah daripada kalangan kabilah Aus dan Khazraj yang beriman kepada Rasulullah SAW. Mereka membantu Rasulullah SAW dan golongan Muhajirin ketika tiba di Madinah.

a)

Salah

b)

Betul

47.

Berikut adalah antara sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga, KECUALI

a)

Talhah bin Ubaidillah

b)

Mua'wiyah bin Abu Sufyan

c)

Az-Zubair bin 'Awwam

d)

Abdur Rahman bin 'Auf

48.

Dianggarkan jumlah sahabat adalah melebihi ................ orang.

a)

1 000

b)

10 00

c)

100 000

d)

200 000

49.

Sahabat yang paling akhir meninggal dunia ialah ......

a)

Abu Tufail 'Amir bin Wathilatul Laithi

b)

Abu Umamah bin Amir

c)

Abu 'Ubaidah bin Jarrah

d)

Abu Bakar As-Siddiq

50.

Berikut adalah sahabat yang paling mulia menurut Syeikh Mahmud At-Tohan KECUALI

a)

Khulafa' Ar-Rasyidin

b)

Tentera Khandak

c)

Tentera Badar

d)

Tentera Uhud