wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TAHUN 3-SYAIR

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Maksud syair rangkap 1 :


Dari dahulu sehingga kini,

Tua dan muda sana dan sini,

Kekal martabat warisan seni,

Jadi sanjungan hati nurani.

a)

Warisan seni zaman - berzaman perlu dimartabatkan dan disanjung .

b)

Baju kebaya antara busana tradisi.

2.

Maksud syair rangkap 2 :


Seni tarian ibarat permata ,

Lenggok bersopan dipandang mata ,

Gerak dan geri indah sekata,

Zapin dan inang pusaka kita.

a)

Seni tarian indah gerakannya.

b)

Batu permata amat cantik dan disukai ramai.

3.

Maksud syair rangkap 3 :


Nyanyian ghazal warisan asli,

Diiring gambus tali temali,

Yang mendengar ceria kembali,

Sebarang kerja mudah sekali.

a)

Muzik ghazal memberikan ketenangan dan kegembiraan .

b)

Muzik ghazal indah gerakannya .

4.

Maksud syair rangkap 4 :


Busana Melayu amat bermakna,

Apabila digaya indah busana,

Kurung kebaya pelbagai warna,

Jadi pujian di mana-mana.

a)

Baju kurung dan kebaya sesuai dipakai kerana cantik dan bermakna

b)

Baju kurung dan kebaya hanya perlu dipakai pada majlis kenduri sahaja.

5.

Maksud perkataan busana ialah _________________.

a)

pakaian

b)

kasut

c)

tudung

6.

Perkataan berlawanan bagi labuh ialah____________.

a)

panjang

b)

jatuh

c)

singkat

7.

Kompang dan gambus adalah sejenis alat muzik _________.


a)

tradisional

b)

moden

c)

pop

8.

Baju kebaya dan kurung adalah pakaian tradisi masyarakat ________________

a)

India

b)

Cina

c)

Melayu

9.

Mengapakah kita mesti mempelajari seni warisan kita ?

a)

Supaya tradisinya terjaga.

b)

Supaya kita akan menjadi terkenal.

10.

Antara berikut yang manakah alat muzik tradisional Melayu.

a)

Gitar dan piano

b)

Gambus dan kompang

c)

Drum