wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

PILIH peribahasa yang sesuai :

Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

a)

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Biar lambat asalkan selamat

d)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

2.

Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.

a)

Menang jadi arang, kalah jadi abu.

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

c)

Bagai telur di hujung tanduk

d)

Sudah terhantuk baru tengadah

3.

Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

a)

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

b)

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

c)

di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

d)

Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

4.

Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.

a)

Buah mulut.

b)

Tangan panjang

c)

Mulut murai

d)

Buah tangan

5.

Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.

a)

Bak cendawan tumbuh selepas hujan

b)

Menang jadi arang, kalah jadi abu.

c)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

Air dicencang tak akan putus

6.

Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

a)

Mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan

b)

Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

d)

Melukut di tepi gantang

7.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan TIGA PERIBAHASA yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat

menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara.

Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.

a)

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

b)

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

c)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

d)

orang mengantuk disorongkan bantal

e)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

8.

Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

a)

bersenang-senang kemudian bersakit-sakit dahulu

b)

biarlah sakit dahulu, bersenang boleh kemudian

c)

bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

d)

bersenang,bersakit dan bersenang lagi

9.

Lengkapkan peribahasa :

Banyak udang banyak garam......

a)

Banyak manusia yang beragam

b)

Banyak udang di lautan bergaram

c)

Banyak garam orang beli

d)

Banyak orang banyak ragam

10.

Lengkapkan peribahasa ini:

Tak tumbuh tak melata....

a)

Tak betul otrang tidak kata

b)

Tak sungguh orang tak mengata

c)

Mengata biarlah bersungguh

d)

Tumbuh barulah orang mengata