Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 4 (UNIT 4)

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Seperti manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga bergerak balas terhadap rangsangan.

Antara yang berikut, pilih jenis rangsangan yang betul.

(Pilih 4 jawapan sahaja)

a)

Air

b)

Cahaya matahari

c)

Suhu

d)

Graviti

e)

Sentuhan

2.

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap dua jenis rangsangan.

Apakah dua jenis rangsangan tersebut?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Air

b)

Tarikan graviti

c)

Sentuhan

d)

Cahaya matahari

3.

Apakah persamaan antara dua jenis tumbuhan ini?

a)

Tumbuhan ini berbunga

b)

Bergerak balas terhadap sentuhan

c)

Tumbuhan ini bersifat karnivor

d)

Tumbuhan ini mengeluarkan buah

4.

Adli meletakkan anak pokok yang baharu bercambah di tepi tingkap. Selepas beberapa hari, dia mendapati pucuk tumbuhan tersebut tidak bertumbuh secara menegak.

Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Anak pokok bergerak balas terhadap udara

b)

Anak pokok bergerak balas terhadap cahaya matahari

c)

Anak pokok bergerak balas terhadap air

d)

Anak pokok bergerak balas terhadap sentuhan

5.

Dania menjalankan eksperimen untuk mengenal pasti tindak balas tumbuhan terhadap rangsangan (buku teks muka surat 73).

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan eksperimen ini?

a)

Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan

b)

Batang tumbuhan bergerak balas terhadap air

c)

Bunga tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari

d)

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti

6.

Tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk terus hidup dan membesar.

Bagaimanakah tumbuhan mendapatkan makanannya?

a)

Tumbuhan bergerak untuk memburu mangsanya

b)

Tumbuhan menjalankan proses fotosintesis

c)

Tumbuhan menanam sendiri sumber makanannya

d)

Tumbuhan tidak memerlukan makanan

7.

Apakah yang diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis?

(Pilih 4 jawapan sahaja)

a)

Graviti

b)

Cahaya matahari

c)

Air

d)

Karbon dioksida

e)

Klorofil

8.

Ini adalah liang-liang halus atau liang stoma yang terdapat pada permukaan daun.

Liang stoma berfungsi untuk menyerap ___________________.

a)

Air

b)

Cahaya matahari

c)

Karbon dioksida

d)

Klorofil

9.

Apakah klorofil?

a)

Bahagian yang akan menyerap air

b)

Bahan berwarna hijau pada tumbuh-tumbuhan

c)

Bahagian yang menyerap karbon dioksida

d)

Sumber tenaga utama

10.

Semasa proses fotosintesis, klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkan air serta karbon dioksida kepada _____________________ dan _____________________.

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

air

b)

glukosa

c)

oksigen

d)

karbon dioksida

11.

Apakah yang terhasil daripada proses fotosintesis?

a)

Karbon dioksida untuk diserap oleh tumbuhan

b)

Air yang akan diserap oleh akar

c)

Glukosa yang tersimpan dalam bentuk kanji

d)

Cahaya matahari

12.

Glukosa ialah gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa yang terhasil, kemudiannya saling bergabung untuk membentuk kanji yang tersimpan pada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, batang, akar, biji benih, bunga dan buah.

Apakah kepentingan glukosa yang tersimpan dalam bentuk kanji?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Menguatkan akar tumbuhan agar dapat mencengkam tanah

b)

Sumber makanan tumbuhan

c)

Mengelakkan serangan serangga perosak

d)

Sumber tenaga untuk tumbuhan apabila diperlukan

13.

Apakah kepentingan sumber daripada tumbuhan kepada hidupan lain seperti haiwan?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Faktor persaingan haiwan

b)

Sumber makanan

c)

Membantu proses pembiakan haiwan

d)

Habitat haiwan

14.

Mengapakah tumbuhan dan hidupan lain iaitu manusia dan haiwan saling bergantung antara satu sama lain semasa proses fotosintesis berlaku?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Manusia membantu dengan menyiram semua tumbuhan semasa proses fotosintesis

b)

Semasa proses fotosintesis, tumbuhan membebaskan oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk proses pernafasan

c)

Manusia dan haiwan membebaskan karbon dioksida semasa proses pernafasan

d)

Manusia dan haiwan menyediakan semua keperluan tumbuhan untuk proses fotosintesis

15.

Antara yang berikut, pilih kepentingan proses fotosintesis yang betul.

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Mengelakkan kepupusan hidupan lain

b)

Membekalkan sumber makanan

c)

Memberikan sumber oksigen untuk pernafasan

d)

Mengekalkan keseimbangan udara

e)

Menghalang pencemaran udara