wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KARNIVAL "JOM HEBAT BERBAHASA"

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
 ____________mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan. 
a)
A. Kami
b)
B. Kita
c)
C. Mereka
d)
 D. Engkau 
2.

“____________mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang kepada dayang – dayangnya.

a)

A. Beta

b)

B. Patik

c)

C. Saya

d)

D. Hamba

3.
Kumpulan  pelancong asing itu sedang mendengar taklimat _______________  wakil syarikat pelancongan yang mengurus percutian mereka.  
a)
A. dari
b)
B. pada
c)
C. kepada
d)
D. daripada
4.
Ayam – ayam itu  _____________  apabila dikejar oleh abang.  
a)
A. berselerak
b)
B. berkeliaran
c)
C. berpelesiran
d)
D. bertempiaran
5.
“ Ayah berasa gembira kerana hubungan kamu berdua yang ____________  sejak kecil masih kekal hingga sekarang,” kata Tuan Nawzah kepada anaknya Fudhail.  
a)
A. terjalin
b)
B. jalinan
c)
C. dijalin
d)
D. menjalin
6.
Tanah yang terbiar di hujung kampung itu akan dimajukan tidak lama lagi. Pilih perkataan sama ertibagi perkataan yang bergaris di atas. 
a)
 A. dibina
b)
B. ditanami
c)
C. diusahakan
d)
D. dibangunkan
7.

" ___________ yang memecahkan pasu bunga yang diletakkan di hadapan rumah ini? "

a)

Siapakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Dimanakah

8.

Kakak ___________ pernah dimarahi oleh ibu sejak kecil lagi.

a)

bukan

b)

sering

c)

tidak

d)

tengah

9.

Bilangan ____________ demam denggi yang semakin menigkat amat membimbagkan semua pihak.

a)

pesakit

b)

mangsa

c)

penyakit

d)

kematian

10.

Kain yang adik pakai itu sangat panjang sehingga mencecah ke lantai.

a)

adik sarung itu sangat panjang

b)

adik sarung itu sangat labuh

c)

adik pakai itu sangat panjang

d)

adik pakai itu sangat labuh

11.

Dalam Pertandingan Membaca Puisi, Kamal membaca beberapa ________ pantun yang menarik perhatian para pengadil dalam pertandingan itu.

a)

potong

b)

baris

c)

perenggan

d)

rangkap

12.

Abisah lenguh menunggu suaminya yang berjanji mengambilnya di tempat kerja .

a)

letih menanti suaminya

b)

jenuh menunggu suaminya

c)

pengsan menunggu suaminya

d)

lenguh menunggu suaminya

13.

Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu sama cantik dan sama padan. Peribahasa berikut menggambarkan situasi di atas, iaitu...

a)

bagai pinang dibelah dua.

b)

bagai dakwat dengan kertas.

c)

bagai bulan dipagari bintang.

d)

bagai cincin dengan batu.

14.

"Usahlah kamu bersedih kerana _______________," pesan nenek kepada cucunya yang baru sahaja dibebaskan dari penjara.

a)

melentur buluh biarlah dari rebung

b)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

c)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

d)

genggam bara api biar sampai jadi arang

15.

Peribahasa yang berikut membawa maksud kejayaan hanya akan diperoleh setelah berusaha dengan gigih dan bukannya bergantung kepada nasib semata-mata, ialah...

a)

kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

b)

yang buat datang bergolek, yang pipih datang melayang.

c)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

d)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan pula dapat sagunya.

16.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Ramzi dan rakan-rakannya saling bantu-membantu semasa membuat Kerja Kursus Sejarah yang ditugaskan oleh guru mereka.

b)

Kesilapan yang bahasa yang terdapat pada poster itu telah dibetulkan oleh saya pagi semalam.

c)

Keadaan di dewan itu menjadi kelam-kabut apabila bekalan elektrik terputus tiba-tiba.

d)

Beribu-ribu pelarian Rohingya telah diberi perlindungan oleh kerajaan Malaysia yang bersimpati dengan nasib mereka.

17.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Ibu menggoreng ayam sambil berbual-bual dengan ayah dan abang di dapur.

b)

Pelaksanaan kempen anti buli di sekolah harus disokong oleh semua pihak terutamanya ibu bapa.

c)

Zaharah menggunakan masa luangnya untuk mengulang kaji mata pelajaran kegemarannya seperti Sains dan Matematik.

d)

Bapa membawa kami sekeluaga makan di sebuah restoran yang paling mahal di Seremban.

18.

Nyatakan maksud unsur gaya bahasa " anafora"

a)

pengulangan kata di akhir baris.

b)

pengulangan kata di tengah-tengah baris.

c)

pengulangan kata dalam satu baris.

d)

pengulangan kata di awal baris

19.

Pilih perumpamaan yang jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu dengan orang, benda atau haiwan dalam gaya bahasa Simile iaitu;..

a)

seperti

b)

sebagai

c)

manakala

d)

bak

20.

Pilih unsur gaya bahasa yang betul.

a)

Asonansi- Pengulangan bunyi konsonan.

b)

Aliterasi- Pengulangan bunyi konsonan.

c)

Responsi - pengulangan kata di tengah-tengah baris.

d)

Personifikasi - Sifat manusia kepada manusia yang lain.