wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BULANAN BAB 7 PERNIAGAAN TINGKATAN 5

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu rancangan perniagaan?

a)

Dokumen bertulis berkaitan perancangan operasi perniagaan

b)

Dokumen bertulis yang menerangkan kedudukan tapak projek perniagaan

c)

Dokumen bertulis yang menerangkan latar belakang perniagaan secara terperinci

d)

Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh

2.

Manakah yang bukan tujuan rancangan perniagaan?

a)

Memohon pinjaman

b)

Merancang pelaksanaan perniagaan

c)

Memudahkan perancangan operasi perniagaan

d)

Memberi keyakinan kepada bank untuk membiayai kos perlaksanaan perniagaan

3.

Apakah maklumat yang tidak terkandung dalam latar belakang perniagaan?

a)

Bentuk perniagaan

b)

Sumber pembiayaan

c)

Pengalaman pemilik

d)

Kegiatan utama perniagaan

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan elemen rancangan perniagaan


Menyediakan carta organisasi perniagaan

Menyediakan senarai keperluan pejabat

Menyediakan spesifikasi tugas mengikut jawatan


Apakah elemen tersebut?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan kewangan

c)

Rancangan pemasaran

d)

Rancangan pentadbiran

5.

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan satu elemen rancangan perniagaan.


Merangkumi keperluan operasi perniagaan seperti carta aliran proses operasi, keperluan bahan mentah, dan perbelanjaan operasi perniagaan.


Apakah elemen tersebut?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan kewangan

c)

Rancangan pemasaran

d)

Rancangan pentadbiran

6.

Apakah fungsi rancangan operasi?

a)

Merangka strategi pemasaran

b)

Menghuraikan aktiviti berkaitan pengeluaran

c)

Menerangkan kerja berkaitan aktiviti pengeluaran

d)

Menganggarkan penerimaan dan pembayaran tunai bagi projek yang dijalankan

7.

Apakah elemen penting dalam rancangan perniagaan yang menjadi rujukan utama pihak luar dalam memberikan pinjaman?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan kewangan

c)

Rancangan pemasaran

d)

Rancangan pentadbiran

8.

Apakah yang ditunjukkan dalam proforma Penyata Aliran Tunai?

a)

Carta aliran proses

b)

Jumlah keperluan tunai

c)

Jangkaan kedudukan tunai pada tempoh masa tertentu

d)

Perbelanjaan operasi perniagaan yang perlu dikurangkan

9.

Elemen manakah dalam rancangan perniagaan yang memberi gambaran ringkas yang spesifik berkaitan dengan projek yang dijalankan?

a)

Objektif projek

b)

Rancangan operasi

c)

Ringkasan eksekutif

d)

Kedudukan tapak projek

10.

Maklumat yang berikut terkandung dalam salah satu elemen yang terdapat dalam rancangan perniagaan


Keperluan bahan mentah

Senarai mesin dan peralatan


Apakah elemen tersebut?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan pemasaran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pentadbiran

11.

Elemen X dalam rancangan perniagaan melampirkan Penyata Aliran Tunai perniagaan. Apakah elemen X?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan pemasaran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pentadbiran

12.

Elemen manakah dalam rancangan perniagaan yang mengandungi malumat senarai keperluan pejabat?

a)

Rancangan operasi

b)

Rancangan pemasaran

c)

Rancangan kewangan

d)

Rancangan pentadbiran

13.

Rancangan perniagaan juga dikenal sebagai


I Kertas kerja

II Kertas cadangan

III Pelan induk perniagaan

IV Pelan hala tuju perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Antara yang berikut, manakah kepentingan rancangan perniagaan? Beri 2 jawapan

a)

Merancang sumber pembiayaan

b)

Membolehkan perniagaan mengaut keuntungan

c)

Memberi panduan kepada pihak pengurusan tentang cara mengatasi kerugian

d)

Meyakinkan pihak pelabur atau bank

15.

Pihak manakah yang berkepentingan terhadap rancangan perniagaan? Beri dua jawapan

a)

Pelabur

b)

Kerajaan

c)

Pihak bank

d)

Para pesaing

16.

Apakah kepentingan rancangan perniagaan kepada Pekerja?

a)

bantu menjustifikasikan permohonan usahawan bagi pembiayaan perniagaan

b)

meyakinkan bahawa perniagaan tersebut mampu memenuhi keperluan kontrak kerja dengan baik dan berterusan

c)

memberikan pendedahan terhadap matlamat organisasi serta peranan yang dimainkan oleh mereka

d)

meyakinkan terhadap kemantapan perancangan perniagaan untuk memperoleh bekalan bahan mentah atau barang niaga secara kredit

17.

Antara berikut yang mana perlu ada dalam ringkasan eksekutif?

a)

Bentuk perniagaan

b)

Peta lokasi perniagaan

c)

Rancangan operasi

d)

Rancangan pemasaran

18.

Antara berikut, yang mana definisi sasaran jualan yang betul?

a)

Anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

b)

Amaun jualan yang diterima selepas ditolak semua kos perniagaan

c)

Anggaran jualan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

d)

Amaun jualan yang berjaya diperoleh selepas tempoh masa tertentu

19.

Apakah yang dibincangkan dalam rancangan pentadbiran?

a)

Menerangkan secara terperinci tentang aktiviti perniagaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan bagi mencapai objektif pemasaran organisasi

b)

Menjelaskan perancangan organisasi untuk memperoleh sumber pembiayaan dan penggunaan dana untuk jangka masa panjang dan pendek

c)

Menjelaskan rangkaian aktiviti pengeluaran yang akan dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan

d)

Menerangkan semua maklumat yang berkaitan dengan sumber manusia dan kos pentadbiran yang berlaku di bahagian pentadbiran sesebuah organisasi

20.

Apakah yang dibincangkan dalam rancangan kewangan?

a)

Menerangkan secara terperinci tentang aktiviti perniagaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan bagi mencapai objektif pemasaran organisasi

b)

Menjelaskan perancangan organisasi untuk memperoleh sumber pembiayaan dan penggunaan dana untuk jangka masa panjang dan pendek

c)

Menjelaskan rangkaian aktiviti pengeluaran yang akan dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan

d)

Menerangkan semua maklumat yang berkaitan dengan sumber manusia dan kos pentadbiran yang berlaku di bahagian pentadbiran sesebuah organisasi

21.

Antara berikut, yang mana definisi sasaran pelanggan yang betul?

a)

Anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

b)

Kumpulan pelanggan yang bakal menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi

c)

Anggaran jualan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

d)

Anggaran bilangan pelanggan yang mengambil tahu tentang produk atau perkhidmatan

22.

Pernyataan manakah yang merupakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?

a)

Memastikan perniagaan boleh terus beroperasi di pasaran

b)

Meningkatkan daya saing perniagaan dalam pasaran

c)

Membantu organisasi membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaan pada masa depan

d)

Menjangka risiko yang akan dihadapi dalam pasaran

23.

Pernyataan manakah yang benar tentang ringkasan eksekutif?

a)

Memberikan satu gambaran umum yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin dimulakan

b)

Menerangkan latar belakang industri yang akan diceburi oleh perniagaan

c)

Menunjukkan dapatan yang diperoleh daripada hasil kajian yang telah dijalankan terhadap perniagaan

d)

Menimbulkan minat pengguna rancangan perniagaan untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang perlu dimuatkan dalam ringkasan eksekutif?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Misi syarikat

b)

Anggaran kos projek yang dilaksanakan

c)

Keunikan syarikat yang ditubuhkan

d)

Visi syarikat

25.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kegunaan tujuan rancangan perniagaan yang disediakan oleh seorang usahawan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Merancang pelaksanaan sesuatu perniagaan

b)

Menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan

c)

Meyakinkan pembekal untuk memberikan kredit kepada perniagaan

d)

Memohon pembiayaan kewangan daripada pihak bank

26.

Maklumat manakah yang perlu dimuatkan dalam latar belakang perniagaan?

a)

Modal permulaan perniagaan

b)

Nama bank peminjam

c)

Nama ahli keluarga

d)

Alamat media sosial

27.

Maklumat berikut berkaitan sesuatu elemen rancangan perniagaan?


-> Kursus yang pernah dihadiri

-> Kemahiran

-> Pekerjaan sekarang

-> Perniagaan yang pernah diceburi


Apakah elemen tersebut?

a)

Latar belakang pemilik tunggal

b)

Lakar belakang ahli kongsi

c)

Latar belakang pemegang saham

d)

Latar belakang pengarah perniagaan

28.

Pernyataan manakah yang benar tentang kedudukan tapak projek?

a)

Menerangkan bangunan yang digunakan untuk melaksanakan projek

b)

Menerangkan ketersediaan bahan mentah yang dibekalkan untuk melaksanakan projek

c)

Menerangkan kemudahan pengangkutan yang disediakan untuk melaksanakan projek

d)

Menerangkan lokasi projek yang hendak dilaksanakan

29.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu elemen dalam rancangan perniagaan?


-> Misi perniagaan

-> Visi perniagaan

-> Objektif jangka panjang / pendek


Apakah elemen tersebut?

a)

Tujuan rancangan perniagaan

b)

Perancangan strategik perniagaan

c)

Objektif projek

d)

Sasaran rancangan perniagaan

30.

Pernyataan manakah merupakan maklumat dalam rancangan operasi?

a)

Susun atur ruang kilang dan bangunan

b)

Carta alir proses pengeluaran

c)

Bahan mentah dan produk separuh siap

d)

Produk atau perkhidmatan

31.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

32.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

33.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

34.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

36.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

38.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

39.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

40.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

41.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai......................

a)

kertas laporan

b)

kertas lapangan

c)

pelan induk perniagaan

d)

pelan bangunan

42.

Apakah tujuan sesuatu rancangan perniagaan itu disediakan?

a)

Untuk mencari pelanggan

b)

Untuk mendapatkan pekerjaan

c)

Untuk mendapatkan pinjaman

d)

Untuk menilai kedudukan kewangan

43.

Rancangan perniagaan disediakan untuk keperluan individu-individu berikut KECUALI............

a)

Usahawan

b)

Agensi kerajaan

c)

Pelanggan

d)

Bank

44.

Apakah kepentingan Rancangan perniagaan kepada seseorang peniaga?

a)

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan

b)

Untuk membuat pelaburan dalam perniagaan

c)

Mencari pekerjaan yang baharu

d)

Panduan memberikan pinjaman

45.

Kepentingan menyediakan Rancangan perniagaan ialah dapat menjangkakan (a)   dan masalah yang timbul semasa menguruskan perniagaan.

46.

Nyatakan 2 maklumat-maklumat yang perlu dinyatakan dalam Rancangan Pentadbiran?

4 lines
47.

Nyatakan 2 contoh dokumen-dokumen yang perlu diletakkan di bahagian lampiran sesuatu Rancangan Perniagaan.

4 lines
48.

Pada pendapat anda, apakah kriteria yang perlu dipertimbangkan apabila memohon sesuatu pembiayaan daripada pihak bank ataupun agensi kerajaan? KBAT

4 lines
49.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

50.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D