WorksheetsBM Cikgu Jilah
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
“Tarian yang ___________ persembahkan di hadapan __________ merupakan tarian sumazau,” kata gadis jelita kepada Raja Mawar.
Patik ''........ baginda
Patik '.......' tuanku
Hamba ''........ baginda
Hamba ''...... tuanku
“Biarlah _______ yang menyelesaikan persengketaan itu,” kata Hang Jebat kepada Hang Lekir
hamba
tuanku
patik
beta
Hanis dan Aqilah bersahabat baik. _____ tinggal sekampung.
dia
kita
kami
mereka
Soalan 10 hingga soalan 13
Berikan kata sinonim bagi perkataan bergaris.
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar
layu
hidup
kuncup
kembang
Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu
petang
siang
senja
subuh
Adam tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk
leka
lena
mudah
selesa
Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
wasiat
utusan
arahan
siasatan
Soalan 14 hingga 17
Berikatan kata Antonim untuk perkataan yang bergaris.
Amirah sangat disayangi ibu bapanya kerana dia anak tunggal. Kata lawan bagi disayangi ialah ________.
dibenci
dizalimi
dimarahi
dipelihara
Imam hendaklah berdiri di hadapan __________________ ketika sembahyang berjemaah.
jemaah
manusia
makmum
Jika kamu ada masa lapang buatlah pekerjaan yang berfaedah dan tinggalkan perkerjaan yang __________________.
kotor
sia-sia
bermanfaat
Zahari sering dipuji oleh ketuanya kerana menjalankan tugas tanpa mengira masa. Rahman pula _____________________ kerana malas, curi tulang dan
cuai membuat kerja yang diarahkan.
disanjung
dicaci
dimaki
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
bagai aur dengan lebung
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
bagai kumbang putus tali
seperti cincin dengan permata
bagai kelip-kelip terbang malam
bagai melepaskan anjing tersepit
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.
seperti sampah hanyut
seperti gergaji dua mata
seperti ayam patuk anaknya
bagai mencurah air di dalam keladi.
______ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
Titik peluh
Mata duitan
Mata keranjang
Mata pencarian
Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.
batu api
cakar ayam
bekas tangan
berat sebelah
Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.
ajak-ajak ayam
gila-gila bahasa
bau-bau kacang
nyawa-nyawa ikan
Pilih ayat seruan yang betul
Wah, sakitnya kaki saya!
Aduhai, malangnya nasibku ini!
Syabas, kamu tidak berjaya dalam pertandingan itu!
Pilih ayat perintah yang betul
Tolong jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Sila hadirin berada di tempat masing-masing.
Jemput duduk.
Pilih ayat yang betul
Naim membeli sebentuk cincin berlian untuk tunangnya.
Ayu memotong kek hari jadinya dengan menggunakan sebuah pisau.
Suria memasukkan seberkas garam ke dalam masakannya
Pilih ayat yang betul
Beberapa guru tidak hadir pada hari ini.
Setengah orang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
Rumah jutawan itu ada sepuluh buah bilik.
Pilih ayat yang betul
Dia tidak makan sejak semalam.
Adik sayang pada kucing.
Mereka baru pulang daripada Johor.
Pilih kata yang sama maksud
Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
