wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Orang yang sentiasa mengamalkan nilai baik hati akan sentiasa memberikan sumbangan dengan ______ untuk kebaikan orang lain.

a)

ikhlas

b)

berani

c)

sambil lewa

d)

bertanggungjawab

2.

2.. Ketekunan dan ________ perlulah diamalkan dalam diri setiap individu agar setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna?

a)

kegigihan

b)

kemalasan

c)

keupayaan

d)

ketenangan

3.

3. Bakir disukai oleh penduduk kampong kerana dia selalu ________________ untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.

a)

sakit tulang

b)

berat tulang

c)

patah tulang

d)

ringan tulang

4.

4.Yang manakah antara yang berikut bukan prinsip Rukun Negara ?

a)

Kesopanan dan kesusilaan

b)

Keadaulatan undang-undang

c)

Kepercayaan Kepada Tuhan

d)

Kepatuhan masa ketetapan masa

5.

5. Murid yang menghormati guru akanmemberi ___________ ketika guru mengajar.

a)

layanan

b)

wang

c)

tumpuan

d)

jeritan

6.

6..Individu yang bekerjasama dengan pihak berkuasa akan dapat mengurangkan jenayah dan menjamin ____________ Negara.

a)

maruah

b)

keamanan

c)

kepimpinan

d)

keruntuhan

7.

7.Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memupuk rakyat mencintai kebersihan?

a)

Mengadakan aktiviti gotong-royong.

b)

Meletakkan kamera litar tertutup untuk memantau pergerakan.

c)

Mengadakan kempen menjaga alam sekitar dan memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

d)

Menggalakkan murid-murid mengutip sampah.

8.

8.Mengapakah harta benda sekolah harus dijaga dengan baik?

a)

Murid-murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.

b)

Murid-murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya.

c)

Menjaga imej pihak sekolah.

d)

Mengelakkan daripada kerosakan dan menambahkan perbelanjaan untuk memperbaikinya

9.

9.Kegiatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai.........

a)

gangsterisme

b)

vandalism

c)

animisme

d)

politisme

10.

10.Ibu bapa merupakan orang yang amat penting bagi kita. Di bawah ialah cara kita menghormati ibu bapa, kecuali......

a)

memberitahu mereka apabila kita keluar dari rumah.

b)

memaklumkan kepada mereka aktiviti kita

c)

memaksa mereka mematuhi kehendak kita.

d)

membantu mereka meringankan beban.

11.

11.Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas?

a)

Memarahi rakan sekelas

b)

Menjaga kelas dan membantu guru

c)

Mengawal pergerakan rakan sekelas.

d)

Memerhati aktiviti guru.

12.

12.. Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Apakah yang sepatutnya Kean Seng memberitahu kepada rakannya?

a)

Boleh, apa salahnya.

b)

Kamu pergilah ajak orang lain

c)

Berapa banyak yang kamu beli?

d)

Saya tidak mahu. Rokok merbahayakan kesihatan.

13.

13.Kepentingan bersifat berani kerana benar adalah seperti berikut, kecuali.....

a)

mempertahankan diri dari tuduhan.

b)

mejaga maruah diri.

c)

supaya orang takut kepada kita

d)

untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada orang lain.

14.

14.Yang berikut merupakan cara untuk membantu rakan kamu yang memerlukan wang yang banyak untuk menjalani pembedahan, kecuali...

a)

Melakukan kutipan derma di sekolah

b)

Menyediakan tabung derma di premis perniagaan

c)

Membelanjakan duit kutipan derma

d)

Menyebarkan perihal rakan memerlukan wang pembedahan di akhbar atau laman sosial

15.

Apakah sumbangan yang boleh kamu berikan kepada jiran kamu yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya?

a)

menolong menyusun meja dan kerusi

b)

memberi makanan percuma

c)

menulis surat atau kad ucapan

d)

menyediakan pakaian kepada pengantin

16.

Berikut merupakan sikap adil dalam masyarakat setempat kecuali

a)

kesalahan kawan baik kamu tidak dilaporkan kepada guru.

b)

melayan semua jiran dengan layanan yang sama

c)

mengagihkan tugas secara adil kepada rakan sekelas.

d)

menyiasat perkara sebenar sebelum menuduh sesiapa.

17.

Sikap toleransi dapat mengelakkan ____________________ antara anggota masyarakat.

a)

perbincangan

b)

persamaan

c)

pertemuan

d)

pertelingahan

18.

Soalan 17 dan 18 berdasarkan gambar di tersebut.


. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut?

a)

Apakah yang makcik beli?

b)

Biar saya tolong makcik bawa barang-barang ini.

c)

Makcik berjalan terlalu lambat.

d)

Makcik dari mana?

19.

Orang yang bersikap adil tidak akan mementingkan ....... dan keluarga

a)

Kawan

b)

Musuh

c)

Diri

d)

Jiran

20.

Antara berikut, yang manakah sikap orang yang jujur?

a)

Bercakap bohong setiap masa

b)

Melaksanakan tugas dengan ikhlas

c)

Menceritakan rahsia kawan

d)

Sentiasa memberi arahan