Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - TATABAHASA

Total questions: 40

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Majlis __________ kejohanan sukan tahunan Sekolah Bukit Jalil disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

a)

perkahwinan

b)

perasmian

c)

perjumpaan

d)

pertemuan

2.

Banyak _______ sedang menjual hasil tangkapan mereka kepada pelanggan-pelanggan di pasar pagi.

a)

petani

b)

petani-petani

c)

nelayan

d)

nelayan-nelayan

3.

"Keluarga Encik Syed sudah lama tinggal di ______ , " kata Adam sambil menunjukkan rumah itu.

a)

itu

b)

ini

c)

sini

d)

situ

4.

Encik Syaril _______ tali lehernya kemas-kemas sebelum pergi ke pejabat.

a)

memintal

b)

menggulung

c)

mengikat

d)

membelit

5.

Jarak rumah Adib tidak _________ dari rumah saya.

a)

hampir

b)

besar

c)

dekat

d)

jauh

6.

________ keadaan wabak Coronavirus yang telah tersebar di negara Malaysia?

a)

Apakah

b)

Bagaimanakah

c)

Bilakah

d)

Manakah

7.

Anjing itu berlari sambil _______ tulang yang dijumpainya di dalam tong sampah.

a)

menggonggong

b)

mengunyah

c)

menggigit

d)

menjilat

8.

Oleh sebab terlalu leka melihat layang-layangnya terbang tinggi, kaki Shakeir _______ ke dalam lubang.

a)

terjulur

b)

terperosok

c)

terjatuh

d)

tertanam

9.

Kerja ukir-mengukir itu perlu dilakukan dengan _______ supaya hasilnya cantik.

a)

berani

b)

licin

c)

cermat

d)

lembut

10.

Para pelancong asing kagum akan pembangunan nagara Malaysia yang semakin _____ .

a)

ligat

b)

besar

c)

pesat

d)

mantap

11.

Mak Cik Ummul mencuci tangannya dengan sabun untuk menghilangkan bau ______ setelah menyiang ikan patin.

a)

hamis

b)

hanyir

c)

hapak

d)

hancing

12.

Syaza menyorok di _______ ayah sebaik sahaja terpandang wajah pemuda berjanggut itu.

a)

sisi

b)

tepi

c)

samping

d)

belakang

13.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

14.

Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.

a)

Memajukan

b)

Mengusulkan

c)

Menyarankan

d)

menganjurkan

15.

Sofia lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.

a)

Nyaring

b)

Tegang

c)

Sunyi

d)

Kasar

16.

Patrick berasa ………… apabila memakai baju Melayu untuk membuat persembahan tarian tradisional bersama rakannya yang berbangsa Melayu

a)

Kelu

b)

kaku

c)

jarang

d)

janggal

17.

Mekanik itu sedang ……………. tayar kereta yang telah bocor akibat terlanggar paku.

Menukar-

a)

menukar

b)

mengalih

c)

mengubah

d)

memindah

18.

Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup

a)

deras

b)

gopoh

c)

lambat

d)

perlahan

19.

Lelaki yang berbadan ………………. itu telah berjaya dalam temu duga menjadi anggota tentera.

a)

kurus

b)

tegap

c)

buncit

d)

gempal

20.

Teksi itu berhenti di …………… jalan untuk menurunkan penumpang

a)

tepi

b)

atas

c)

sudut

d)

tengah

21.

Bunyamin …………. membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pelajaran atau bekerja di firma guaman.

a)

pernah

b)

belum

c)

masih

d)

baru

22.

Fatin menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.

a)

jika

b)

lalu

c)

agar

d)

serta

23.

Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.

a)

terhadap

b)

antara

c)

sejak

d)

demi

24.

Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .

a)

berpindah randah

b)

berlekak lekuk

c)

bercalar balar

d)

berulang alik

25.

Orang asli itu ................ sumpitnya ke arah seekor rusa tanpa disedari oleh binatang tersebut.

a)

peniup

b)

bertiup

c)

meniup

d)

meniupkan

26.

Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.

a)

hiruk pikuk

b)

kelam kabut

c)

lintang pukang

d)

compang camping

27.

Pak Amirul menebang serumpun buluh menggunakan

a)

pisau

b)

parang

c)

gunting

d)

sabit

28.

Ariana menempah juadah untuk jamuan hari jadinya di_____________.

a)

Hospital Putrajaya

b)

Speedmart

c)

Restoran Sinar

d)

Bank Maybank

29.

Program itu dikendalikan oleh beberapa orang _______________ dari Universiti Putra Malaysia.

a)

mahasiswa

b)

pelajar

c)

calon

d)

peserta

30.

Sang Tupai memarahi _______________ kerana kicauannya terlalu bising.

a)

Sang Kancil

b)

Si Tompok

c)

Pak Belang

d)

Si Murai

31.

Penghulu menasihati penduduk kampung ______ sentiasa bersatu demi memastikan kemajuan kampung.

a)

bahawa

b)

supaya

c)

yang

d)

walaupun

32.

Pengguna jalan raya hendaklah ________ peraturan lalu lintas untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

a)

mengakuri

b)

mematuhi

c)

mentaati

33.

Kami menghulurkan bantuan kerana simpati ____ nasib yang menimpa mangsa kebakaran itu.

a)

pada

b)

terhadap

c)

tentang

34.

Persembahan pakaian beragam bersempena dengan sambutan Bulan Patriotisme itu mendapat sambutan ____ murid-murid.

a)

daripada

b)

dari

c)

pada

35.

Rancanglah masa depan kita dengan telitinya ___ kita beroleh kejayaan yang membanggakan.

a)

maka

b)

apabila

c)

agar

36.

"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Syahkirah kepada Dania.

a)

Nah

b)

Oh

c)

Wah

d)

Hai

37.

"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Haziq kepada Danial.

a)

Ada

b)

Apa

c)

Siapa

d)

Bagaimana

38.

Faris bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.

a)

jika

b)

hingga

c)

apabila

d)

sejak

39.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

40.

Tayar motosikal abang _________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok