wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Raja Siam yang bernama Raja Babunya hendak menyerang Melaka?

a)

kerana Sultan Muzaffar Syah tidak mahu negeri Melaka berada di bawah jajahan takluk kerajaan siam.

b)

kerana Raja Siam ingin membalas dendam kepada Sultan Muzaffar Syah yang memperisterikan kekasihnya,Tun Kudu.

c)

kerana Sultan Muzaffar Syah telah membunuh anak kesayangannya yang bernama Cau Pandan

2.

Mengapakah Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka setelah peperangan tersebut tamat?

a)

kerana kagum dengan kebijaksanaan Tun Perak

b)

kerana terhutang budi dengan bantuann yang diberikan

c)

kerana ingin memenuhi amanat ayahnda baginda sultan

3.

Tindakan Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka menyebabkan .......................... berasa tidak puas hati.

a)

Seri Amarta

b)

Seri Nara Diraja

c)

Dato' Lembaga

4.

Demi mendamaikan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja baginda sultan telah

a)

melantik Seri Nara Diraja sebagai Raja Dihilir

b)

menjadikan Seri Nara diraja sebagai pemangku Sultan

c)

menikahkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, isteri baginda setelah diceraikan dan habis edah Tun Kudu.

5.

Berikut merupakan sebab mengapa Seri Nara Diraja bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Kudu kecuali

a)

Tun Kudu masih muda dan memiliki wajah dan perwatakan yang menarik

b)

Tun Kudu seorang yang kaya raya dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat

c)

membalas dendam kepada Tun Perak dengan mengahwini Tun Kudu yang merupakan isterii kepada Tun Perak.

6.

Berikut merupakan maksud rangkai kata " menyuruh berlengkap" KECUALI

a)

Membuat persiapan

b)

Menyediakan persalinan

c)

Bersiap siaga

7.

Kemenangan Tun Perak dan pasukannya menghalau tentera Siam balik semula ke Siam menyebabkan Sultan berasa sangat gembira lalu menganugerahkan kepada Tun Perak dan hulubalangnya, ....... ...

a)

sebidang tanah kepada semua mereka yang terlibat

b)

sepersalinan pakaian mengikut pangkat masiing-masing

c)

jawatan kanan di setiap bahagian

8.

Berikut merupakan kebaikan sesebuah negara yang ditadbir oleh para menteri yang bijaksana KECUALI

a)

pentadbiran negara dapat diurus secara adil dan saksama

b)

ekonomi negara menjadi maju dan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan

c)

penyalahgunaan kuasa akan sering berlaku

9.

Rangkai kata " berundur diri" bermaksud

a)

berpatah balik

b)

menyerah diri

c)

menawarkan diri

10.

Rangkai kata " terlalu baik rupanya"

a)

ada cacat cela

b)

sangat rupawan

c)

kurang sempurna

11.

Negara yang ingin menyerang Melaka ialah ....

a)

Inggeris

b)

Portugis

c)

Siam

d)

Belanda

12.

Mengapakah Raja Siam menyerang Melaka?

a)

Raja Melaka mencabarnya

b)

Ingin meluaskan empayar Siam

c)

Siam berdendam dengan Melaka

d)

Raja Siam ingin menguasai empayar Melaka

13.

Siapakah yang menitahkah seluruh rakyat lelaki berkumpul di Melaka untuk menentang Siam?

a)

Tun Perak

b)

Seri Nara Diraja

c)

Sultan Muzaffar Syah

d)

SUltan Mansor Syah

14.

Tun Perak mengatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak mahu dia dipecat jika dirinya bersalah.

Implikasi daripada kata-kata Tun Perak itu ialah..

a)

Tun Perak dipecat daripada menjadi Penghulu Kelang

b)

Tun Perak dilantik menjadi Perdana Menteri

c)

Tun Perak dilantik mnejadi Bendahara

d)

Tun Perak diperintahkah untuk tinggal di Melaka

15.

Berikut adalah perwatakan Tun Perak kecuali

a)

bijaksana

b)

berani

c)

berpendirian

d)

bercita-cita tinggi