wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

latih tubi BM

Total questions: 30

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Bahasa Melayu dapat dijadikan teras penumbuhan kebudayaan  nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
a)
pertumbuhan...di 
b)
penubuhan...dalam
2.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperoleh  hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi  Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
a)
sepuluh tahun setengah... anugerah
b)
setengah puluh tahun...anugerah
3.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.
a)
permohonan...faxs
b)
Permohonan...faks
4.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik  dan perfileman tanahair.
a)
melupuhkan...yang utama...tanah air
b)
melumpuhkan...terutamanya...tanah air
5.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.
a)
Hajjah...dinobat
b)
Hajah...dinobatkan
6.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan  tatabahasa berikut.

Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.
a)
Gua Musang...marbahaya
b)
Gua Musang...berbahaya
7.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada.
a)
mengikuti...institut
b)
mengikut...institusi
8.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.
a)
memberi...definisi
b)
diberikan ... definisi
9.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kakitangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.
a)
Yang Dipertua...berpesan
b)
Yang diPertua...berpesan
10.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
 
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan  kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah
 ini.
a)
banyak-banyak...mengumumkan
b)
berbanyak-banyak...merasmikan
11.
“_______ mahu ke mana?” tanya Suraya kepada Allysha dan Fatin. 
a)
Anda
b)
Kamu
c)
Kalian
d)
Engkau
12.
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia __________
a)
buta hati
b)
buta huruf
c)
buta kayu
d)
gaji buta
13.
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu __________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
a)
bagai bulan jatuh ke riba
b)
bagai kaca jatuh ke batu
c)
bagai duri dalam daging
d)
bagai ayam disambar helang
14.
Annas seperti _________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya
a)
katak di bawah tempurung
b)
ayam disambar helang
c)
kera mendapat bunga
d)
murai tercabut ekor
15.
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin
a)
lain di mulut lain di hati
b)
tepuk dada tanya selera
c)
indah khabar daripada rupa
d)
belakang parang diasah lagikan tajam
16.
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya __________ kerana semua nasihatnya tidak diendahkan.
a)
bagai haruan makan anak
b)
bagai kambing dihalau ke air
c)
bagai mencurah air ke daun keladi
d)
bagai melepaskan batuk di tangga
17.
Semasa menaiki pesawat ke kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual-bual kerana adik
a)
otak cair
b)
otak udang
c)
mulut murai
d)
mulut tempayan
18.
Hartawan itu __________ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
a)
sampai hati
b)
putih mata
c)
pilih kasih
d)
salah urat
19.
a)
seperti cincin yang berseri
b)
seperti emas dan berlian
c)
seperti cincin dengan permata
d)
seperti baru bertunang
20.

( PILIH SATU KESALAHAN BAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT)


Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.

a)

menghidangkan

b)

goreng keledek

c)

ke rumahnya

21.

(PILIH SATU KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT)


Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.

a)

Baginda

b)

pembesar-pembesar

c)

di dalam

22.

Perangai dua beradik itu _____, kerana apabila bertemu mereka pasti bergaduh.

a)

cerdik bagai ekor kebau

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai gagak menggonggong telur

d)

bagai bulan dipagar bintang

23.

“________________, sakitnya kakiku!” jerit Salim apabila terpijak paku.

a)

Amboi

b)

Cis

c)

Aduh

d)

Wah

24.

“ Harga ____________ rambutan ini cuma RM3.00. Rasalah ____________ .” kata penjual itu kepada Salwa.

a)

Setimbum … seulas

b)

Sebiji … sebutir

c)

Sebuah … sepangsa

d)

Seikat … sebiji

25.

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan jawapan yang betul.


1. Adik Qayyum menangis teresak-esak apabila mengetahui semua barang-barang mainannya tertinggal di kampung.

a)

semua barang mainannya

b)

semua barang mainan-mainannya

c)

semua barang-barang mainannya

d)

tiada kesalahan

26.

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan jawapan yang betul.


Kami mendirikan khemah di sisi hutan Taman Negara.

a)

di dalam hutan Taman Negara.

b)

di sebelah hutan Taman Negara.

c)

di tepi hutan Taman Negara.

d)

Tiada kesalahan.

27.

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan jawapan yang betul.


1. Safikah menjemur tilam itu kerana terdapat tetikus yang menyebabkan badan gatal-gatal.

a)

kerana terdapat pepijat

b)

kerana terdapat kekura

c)

kerana terdapat lelabi

d)

Tiada kesalahan

28.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


a)

Kamil murid yang paling cetek di kelasnya

b)

Rambut yang cetek lebih mudah diurus.

c)

Sungai itu dapat diharungi kerana airnya cetek.

29.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Hamid kasar buahnya.

b)

Suasana di pasar borong itu bising dan kasar.

c)

Zulia mempunyai suara yang kasar seperti lelaki.

30.

Rambut Ali kelihatan ______________ kerana disikat.

a)

bersih

b)

sihat

c)

kusut

d)

kemas