WorksheetsIslamic Quiz
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Perkataan manakah PALING lengkap dirujuk bagi memahami "Tamadun" dalam erti kata yang boleh kita memberi definisi kepada semua tamadun yang ada?
Umran
Budaya
Hadarah
Tamadun
Pilih kenyataan yang SALAH mengenai persoalan tamadun di bawah.
Budaya tidak sama dengan tamadun kerana dalam tamadun terdapat banyak budaya.
Islam dalam ertikata agama adalah tidak sama dengan islam dalam ertikata tamadun.
Pandangan semesta tamadun silam iaitu sebelum zaman kebangkitan Eropah (Renaissance) adalah berpaksikan kepada kebendaan.
Tamadun merujuk kepada ruang budaya yang paling luas dan menyeluruh sehingga meliputi seluruh dimensi dan aspek kehidupan manusia secara individu dan secara kolektif.
Berikut adalah tiga idea atau perkara asas dalam konsep tamadun KECUALI
Sifat
Hasil
Proses
Penghasil
Salah satu kesan positif akibat interaksi antara tamadun Islam dengan Barat adalah
Masyarakat Barat telah menerima agama Islam.
Berlaku pengaliran ilmu pengetahuan Islam ke Barat.
Ramai orang Barat mengunjungi kota besar Islam seperti Baghdad.
Berkembangnya pengaruh agama Islam ke dalam masyarakat Eropah.
Ibn Khaldun yang terkenal dengan teori kitaran sejarahnya telah membahagikan perkembangan sesuatu tamadun kepada empat peringkat iaitu
Nomad – maju – mewah – runtuh.
Awal – pertengahan – puncak – jatuh.
Pemulaan – perkembangan – maju – mati.
Tahap nomad – bandar (umran) – mewah (kompleks) – merosot.
Kenyataan berikut adalah SALAH tentang kebaikan sistem demokrasi yang berasal daripada tamadun Greek Yunani.
Selaras dengan hak asasi manusia.
Kuasa memilih pemimpin berada di tangan rakyat.
Ianya lebih baik daripada pemusatan kuasa di tangan individu.
Dapat memberi peluang kepada semua rakyat untuk memerintah secara langsung.
Aqidah Tauhid merupakan asas kecemerlangan tamadun Islam sekiranya ia dihayati oleh umat Islam dalam semua aspek kehidupan. Di antara kenyataan yang menjelaskan manifestasi pengahayatan Tauhid ialah
I. Memberi pendidikan kepada semua peringkat masyarakat supaya tercapainya falsafah rukun negara.
II. Memilih pemimpin yang melaksanakan dasar menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama.
III. Mengumpul harta kekayaan seberapa banyak yang mungkin dan menggunakannya bersama ahli keluarga dan anggota masyarakat yang memerlukannya.
IV. Menampilkan keindahan alam tabi’i dan keunikan ciptaan Allah menerusi ukiran geometri dan tumbuh-tumbuhan serta menyatakan kecintaan terhadap-Nya menerusi ciptaan puisi dan lagu.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pandangan semesta Islam meletakkan lima peringkat kehidupan manusia yang mempunyai kepentingan dalam pembinaan tamadun Islam. Lima peringkat kehidupan tersebut ialah
Kehidupan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
Kehidupan khaliq, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk ghaib.
Kehidupan di alam roh, alam janin, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.
Kehidupan semasa hidup, semasa senang, semasa kaya, semasa lapang dan semasa sihat.
Berikut adalah BUKAN klasifikasi ilmu menurut pemikir Islam.
Ilmu Naqli dan Ilmu Aqli.
Ilmu Ilhami dan Ilmu Amali.
Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah.
Ilmu Syariat dan Ilmu Pengurusan Pembangunan Sosial
Apakah yang dimaksudkan dengan Orientalisme?
Penulis Barat yang mengkaji sistem politik Islam.
Penulis Barat yang mengkaji hasil sastera Islam.
Penulis Barat yang mengkaji Peradaban Timur jauh.
Penulis Barat yang mengkaji Islam atau hal ehwal ketimuran.
Kitab “Ihya Ulumiddin” ialah sebuah kitab yang sifatnya bersepadu antara aqidah, syariah dan tasawuf. Kitab tersebut telah menyatakan bahawa unsur- unsur dalam diri manusia terdiri daripada
Nafsu, hati, roh, jiwa.
Hati, akal, roh, nafsu.
Roh, hati, jasad, nafsu.
Hati, emosi, akal, nafsu.
“Kedudukan rohani setiap bangsa, pandangan hidupnya, cita- citanya telah dilahirkan pada bangunan yang didirikannya. Tiap bangsa yang mendorong kearah kemajuan pasti mempunyai kepintaran ilmu bangunan sebagai pembuktian betapa tingginya tamadun dan cita- cita kebatinannya.”
Kenyataan diatas ditulis oleh seorang tokoh Islam yang terkenal dalam salah satu karya agungnya iaitu
Ihya Ulumiddin
Al-Muqaddimah
Al-Qanun fi al-Tibb
Al-Munqiz min al-Dhalal
Apakah karya penting kesusasteraan yang telah dihasilkan pada zaman Abbasiyah tetapi masih popular sehingga kini?
Cerita Abu Nawas
Hikayat Seribu Dinar
Hikayat Syah Bandar
Hikayat Seribu Satu Malam
Di antara ciri-ciri ilmu dalam Islam ialah bersifat terbuka. Berikut adalah ciri-ciri sifat terbuka ilmu dalam Islam
I. Memberi ilmu kepada semua tamadun.
II. Menerima ilmu dari mana-mana tamadun.
III. Memperolehi ilmu dari kepelbagaian sumber.
IV. Menggunakannya untuk mencapai segala tujuan.
I dan II.
I dan IV.
II dan III.
III dan IV.
Islam memberikan kepada golongan wanita hak menikmati persamaan dengan kaum lelaki dalam aspek-aspek berikut KECUALI
hak memilih pemimpin.
hak menjadi ketua keluarga.
hak menyuarakan pandangan.
hak menguruskan harta yang dimiliki melalui pemberian atau warisan pusaka.
Amalan poligami diharuskan dalam Islam apabila berlaku keadaan-keadaan yang membenarkan seseorang lelaki itu untuk berpoligami. Keadaan-keadaan tersebut dinyatakan di bawah KECUALI
isteri tidak memberikan layanan yang menyenangkan suami dan tidak mampu menguruskan rumahtangga dengan baik.
isteri mengalami penyakit jasmani yang menghalang tugasnya sebagai isteri atau tidak boleh melahirkan anak atau isteri tersebut.
nisbah bilangan antara kaum wanita dan lelaki menampakkan ketidakseimbangan struktur sosial yang mendorong tersebarnya pembujangan dan pelancuran.
terdapat ramai wanita-wanita yang menjanda dan anak-anak yatim yang terbiar selepas kematian orang yang memberi perlindungan hidup kepada mereka akibat peperangan atau bencana alam atau malapetaka dan sebagainya.
Setelah Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul, Baginda telah menjalankan tugas-tugas yang utama dan penting. Apakah tugas-tugas tersebut.
I. Menyeru manusia supaya mengesakan Allah.
II. Mengajak manusia supaya menjauhi syirik, tahyul dan khurafat.
III. Mementerai perjanjian dengan orang-orang Yahudi di Madinah.
IV. Menyeru semua penduduk Madinah supaya Bersama-sama mempertahankan Madihah dari ancaman luar.
I dan II.
I dan IV.
II dan III.
III dan IV.
Berikut adalah faktor kejayaan Rasulullah S.A.W. dalam membentuk masyarakat yang bertamadun KECUALI
I. Rasulullah S.A.W. seorang yang berbudi pekerti mulia.
II. Baginda berdakwah secara berencana dan berhikmah.
III. Rasulullah S.A.W. berkompromi dengan kaum musyrikin Mekah.
IV. Rasulullah S.A.W. menerima tawaran pangkat, harta dan wanita.
I dan II.
I dan IV.
II dan III.
III dan IV.
Al-Quran merupakan kitab suci yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Berikut adalah nama-nama lain bagi al-Quran.
Al-Kitab, al-Furqan, al-Zikr dan Tanzil.
Al-Sidiq, al-Amanah, Fatonah dan al-Zikr.
Al-Wajib, al-Sunah, al-Mubah dan al-Kitab.
Al-Aqidah, al-Syariah, al-Akhlak dan al-Furqan.
Tujuan diturunkan al-Quran kepada manusia ialah
I. sebagai penawar dan rahmat.
II. sebagai nasihat dan pengajaran.
III. sebagai memberikan berita gembira.
IV. sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa.
I, II dan IV.
I, III dan IV.
II, III dan IV.
Semua di atas.
Berikut adalah kenyataan yang SALAH berkenaan sekularisme.
Memisahkan agama dari kehidupan.
Memperkenalkan budaya pergaulan bebas.
Memisahkan ilmu pengetahuan dan agama.
Menekankan aspek moral dan etika dalam hidup.
Berikut adalah BUKAN daripada kesan-kesan serangan Barat melalui sistem pengajaran dan pendidikan.
Menukar agama dan nama Islam.
Membentuk manusia yang berfikiran Barat.
Merasa rendah diri terhadap tamadun Islam.
Memperkenalkan budaya baru kepada dunia Islam.
Berikut adalah kenyataan yang BETUL menunjukkan tiga gejala negatif yang terdapat dalam masyarakat Melayu kini.
Cintakan kehidupan di dunia, tidak yakin kepada kehidupan selepas mati dan fanatik kepada pemimpin.
Jahil terhadap agama Islam Ekstriminisme dalam aspek kerohanian dan suka menentang kerajaan.
Jahil terhadap agama Islam, menyenangi sekularisme dan bersedia menentang pengaruh ekstrimis.
Kelemahan disiplin diri akibat pengaruh Barat, ketiadaan yakin diri dan harga diri dan cintakan dunia seperti kemegahan dan kebendaan.
Berikut adalah kesan pengaruh Barat terhadap perkembangan ilmu dalam tamadun Melayu-Islam.
Bahasa Inggeris tidak dapat menandingi Bahasa Melayu.
Barat membantutkan perkembangan tamadun Melayu-Islam dalam semua aspek mencelarukan ilmu.
Barat Berjaya memperkembangkan ilmu sains dan matematik ke dalam tamadun Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris-Melayu.
Percampuran Bahasa Melayu dan Inggeris menjadikan Bahasa Melayu lebih berwibawa dan mampu mempertingkatkan kewibawaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu.
Berikut adalah ciri-ciri globalisasi yang boleh mengancam kemajuan tamadun Melayu.
I. Globalisasi adalah ideologi politik liberal.
II. Globalisasi memperkenalkan sistem ekonomi bebas.
III. Globalisasi mengukuh sempadan fizikal yang menentukan kedaulatan negara.
IV. Globalisasi adalah mempertingkatkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.
I, II dan III.
I, II dan IV.
I, III dan IV.
II, III dan IV.
