Font size
WorksheetsUlangkaji Tahun 4 (Julai)
Total questions: 34
Worksheet time: 37mins
Yang manakah BUKAN kata nama am ?
Siti Aisyah
murid
cikgu
sekolah
Puan Shamini sedang menyediakan kuih.......................berintikan kentang untuk hidangan minum petang.
kek
biskut
karipap
dodol
......................yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
Kuih
Lauk
Sayur
Barang
Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Taman Malim berjaya tiba di puncak _____ pada pagi tadi.
Sungai Rejang
Gunung Tahan
Pejabat Pos Desa
Taman Tasik Titiwangsa
______merupakan lambang bagi negara Malaysia.
Radio Televisyen Malaysia
Utusan Malaysia
Sukan Malaysia
Jalur Gemilang
Haiwan peliharaan Suzana, _____ suka makan ikan dan minum susu.
Si Comel
Sang kancil
Sang semut
Si Kasut
Pak Mail membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya .
tandan
buah
ekor
biji
Juhaira ternampak beberapa ______ burung hinggap di atas pokok kelapa.
tandan
sikat
potong
ekor
Abang menggali lubang dengan se_______ cangkul.
batang
pucuk
bilah
urat
Tiga ______ bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu.
jambak
helai
keping
butir
Ayah membelikan adik se_________ langsat dan se_________ rambutan.
gugus...tangkai
gugus...ikat
biji...longgok
tangkai...gugus
KATA GANTI NAMA :
"Apakah yang sedang _____________ lakukan?" Tanya ayah kepada Haziq dan Hadif.
kalian
kamu
dia
mereka
KATA ADJEKTIF PERASAAN :
Pencuri itu melarikan diri kerana __________ dikejar anjing.
ragu
marah
risau
takut
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA :
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kata adjektif pancaindera?
Tuliskan respon yang sesuai bagi dialog di bawah.
Encik Sani: Selaamt sejahtera. Saya Sani. Saya baru berpindah ke taman ini.
Arif:_________________________________
Berikan respon bagi dialog di bawah:
Radzi: Cuaca sangat terik. Saya berasa sangat haus.
Jamal:_________________________
Jiran Hanif seorang guru. __________ mengajar di SK Telok Panglima Garang.
Beliau
Dia
Awak
Saudara
"Sebagai murid, _________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata Cikgu Lee.
kamu
kita
kami
mereka
Syuhada murid Tahun 4 Bitara. __________ seorang murid yang rajin.
Dia
Kami
Awak
Kamu
"__________________ akan menurut perintah, tuanku," kata Hang Tuah kepada sultan.
Hamba
Beta
Baginda
Patik
Apakah jawapan bagi pantun ini?
Tanjung Bidara tempat berehat,
Hati gembira badan _______________.
guni
sihat
bola
Rumpun pandan melindung ___________,
Daunnya lebat bertingkat-tingkat,
Seluruh badan bersih terjaga,
Barulah sahabat hendak mendekat.
jelaga
kolam
telaga
Jimin kuat semangat ___________ kedua-dua belah kakinya lumpuh.
meskipun
semenjak
agar
jika
"_______________kah kamu tidak hadir ke sekolah semalam?" tanya Cikgu Halim kepada Aiman.
Bagaimana
Mengapa
Siapa
Apa
Minuman yang dihasilkan ________________ campuran jus laici dan epal itu sangat sedap.
dari
pada
dengan
daripada
Berikan satu kebaikan amalan membaca.
Berikan satu cara menjaga kesihatan diri.
Bina ayat menggunakan perkataan:
-keindahan
Bina ayat menggunakan perkataan:
-menggoreng
Bina ayat menggunakan perkataan:
-Posmen
