Font size
WorksheetsPPT KERTAS 1 TING 5 SMKBK
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Rajah berkaitan peranan pengurusan sumber manusia.
Apakah P?
Memantapkan budaya profesional
Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
Gambar berkaitan aspek pengelolaan sumber manusia.
Apakah aspek pengelolaan tersebut?
Sistem penggajian
Penyelesaian masalah
Penempatan pekerja dan fasiliti
Standard prosedur operasi tugas
Situasi berkaitan pengurusan sumber manusia.
Apakah kemahiran kebolehkerjaan dalam situasi tersebut?
Keupayaan pembelajaran
Perancangan dan pengurusan diri
Kemahiran berkomunikasi
Penyelesaian masalah
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sistem penggajian.
Robert, Sofea dan Marvin bekerja di sebuah syarikat pengeluaran kek lapis di Sarawak. Robert berkhidmat sebagai jurujual syarikat berkenaan telah dibayar mengikut jumlah jualan yang dilakukannya. Sofea pula dibayar sebanyak RM40 sehari setiap kali hadir kerja, sementara Marvin dibayar sebanyak RM1 500 sebulan sebagai kerani kewangan.
Apakah bentuk penggajian Robert, Sofea dan Marvin?
Robert(Bonus), Sofea(Elaun), Marvin(Upah)
Robert(Komisen), Sofea(Upah), Marvin(Gaji)
Robert(Upah), Sofea(Komisen), Marvin(Elaun)
Robert(Elaun), Sofea(Gaji), Marvin(Komisen)
Berikut merupakan prosedur mengurus sumber fizikal.
Syarikat Global Vasion Sdn. Bhd. telah mendapatkan insurans kebakaran, insurans kecurian dan insurans jaminan setia daripada Malaysia Assurance Alliance (MAA).
Bagaimanakah insurans dapat membantu syarikat tersebut?
Meningkatkan imej syarikat
Melindungi syarikat daripada kerugian
Memastikan syarikat mendapat keuntungan
Membebaskan syarikat daripada pelbagai risiko
Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis sumber teknologi? (pilih 2)
Lesen perisian
Peralatan teknologi maklumat komunikasi
Kemahiran dan pengalaman
Peralatan kilang
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan bahagian produk siap sumber fizikal dalam perniagaan yang mampan? (pilih 2)
Memastikan penawaran barang berterusan
Mendapatkan maklum balas tentang keluaran
Memastikan penciptaan yang lebih berkualiti
Mendapatkan jurutera untuk penyelenggaraan mesin
Maklumat berikut berkaitan sumber pembiayaan luaran.
· Untuk pemegang akaun semasa
· Faedah dikenakan mengikut kadar harian
Apakah sumber pembiayaan yang dimaksudkan?
Sewa beli
Pinjaman
Overdraf
Ar-Rahnu
Gambar merupakan agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi bantuan pembiayaan.
Apakah skim bantuan yang disediakan oleh agensi tersebut?
Skim Pembiayaan Mudah Jaya
Skim Pembiayaan Kontrak-I
Skim Pembiayaan Ekonomi Desa
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres
Apakah bahan sokongan yang diperlukan semasa permohonan pembiayaan?
Laporan tahunan
Prospektus perniagaan
Rancangan perniagaan
Laporan kewangan
Siapakah pihak yang berkepentingan menilai keupayaan dalam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit?
Vendor
Pelabur
Pemegang saham
Institusi kewangan
Mengapakah penyediaan kunci kira-kira penting kepada seorang usahawan?
Merancang perjalanan operasi perniagaan
Mengetahui jumlah keuntungan perniagaan
Mengenalpasti tanggungan perniagaan kepada pihak luar
Meramal pencapaian prestasi perniagaan pada masa hadapan
Butiran berikut diperoleh daripada Perniagaan Kejora.
Berapakah peratusan pulangan atas modal bagi Perniagaan Kejora?
19.08%
27.16%
35.25%
46.25%
Apakah kesan sekiranya peratusan margin untung bersih perniagaan meningkat?
Meningkatkan jumlah pelaburan perniagaan
Meningkatkan kecekapan operasi syarikat
Meningkatkan pembelian secara kredit
Meningkatkan jualan secara kredit
Gambar merupakan hubungkait antara kemahiran kebolehkerjaan dengan kejayaan sebuah perniagaan.
Apakah jenis kebolehkerjaan yang diperlukan oleh pekerja?
Kelayakan yang bersesuaian
Berpengalaman dalam industri
Keberkesanan mencapai sasaran
Berpengetahuan tentang perkhidmatan
Pernyataan berikut merupakan faktor penentuan sistem penggajian.
Encik Rusman merupakan seorang penyelia kilang SM Maju Sdn. Bhd. yang bertugas di cawangan Rembau. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Operasi kilang bagi cawangan Seremban dengan kenaikan gaji daripada RM2 700 kepada RM3 000.
Apakah faktor yang telah menyebabkan perubahan gaji tersebut?
Peraturan kerajaan
Permintaan buruh
Lokasi pekerjaan
Jenis tugas
Manakah antara berikut merupakan sumber fizikal?
Harta intelek
Lesen perisian
Peralatan teknologi
Kemahiran buruh
Maklumat berikut berkaitan dengan prosedur mengurus sumber teknologi.
Encik Kamal merupakan pengeluar kenderaan berkeperluan khas untuk kegunaan Orang Kelainan Upaya (OKU). Bagi menjamin kenderaan keluarannya tidak ditiru, beliau telah mendaftar di MyIPO.
Apakah prosedur tersebut?
Pengurusan Paten
Pengurusan Hak Cipta
Pengurusan Penyelenggaraan
Pengurusan Insurans
Syarikat Pembersihan Sinar Suria ingin menggunakan lima jentera pemotong rumput dalam tempoh setahun tetapi tidak mahu menanggung kos penyelenggaraan mesin tersebut.
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai?
Pajakan
Ar-Rahnu
Pemfaktoran
Pinjaman bank
Apakah kelebihan sumber pembiayaan secara sewa beli kepada pembeli?
Tempoh bayaran balik yang panjang
Jumlah bayaran keseluruhan yang lebih rendah
Kos penyelenggaraan ditanggung oleh pembiaya
Harta menjadi hak milik selepas pendahuluan dibayar
Pihak manakah yang menggunakan penyata kewangan bagi mengetahui kemampuan peniaga menyelesaikan tuntutan kredit? (pilih 2)
Pemilik
Pembiaya
Pembekal
Pelabur
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran produk P yang dikeluarkan oleh Mimi Enterprise.
Harga Jualan RM 80
Kos Tetap RM 200 000
Kos berubah seunit RM 30
Berapakah unit Titik Pulang Modal (TPM) bagi produk P?
1 818 unit
2 500 unit
4 000 unit
6 667 unit
Maklumat berikut adalah nisbah semasa bagi sebuah perniagaan.
Nisbah semasa = 14:1
Apakah maksud bagi nisbah tersebut?
Perniagaan menjana keuntungan RM14 atas setiap RM1 aset semasa
Perniagaan mempunyai RM14 bagi menbayar RM1 liabiliti semasa
Perniagaan memperolehi RM1 atas setiap RM14 modal yang dilaburkan
Perniagaan menggunakan RM1 bagi mendapatkan RM14 aset semasa
Rajah berkaitan dengan struktur organisasi Syarikat Kepayang Sdn. Bhd.
Apakah tujuan penyediaan carta tersebut?
Pembahagian kuasa
Pengasingan kuasa
Pembahagian kerja
Pengkhususan kerja
Manakah antara berikut menunjukkan tatacara mendapatkan sumber pembiayaan bagi sesebuah perniagaan?
Membuat permohonan -- khidmat nasihat -- serah Rancangan Perniagaan -- mendapat kelulusan
Membuat permohonan -- serah Rancangan Perniagaan-- khidmat nasihat -- mendapat kelulusan
Serah Rancangan Perniagaan -- khidmat nasihat -- membuat permohonan -- mendapat kelulusan
Khidmat nasihat -- membuat permohonan -- serah Rancangan Perniagaan -- mendapat kelulusan
