WorksheetsFIQH TAHARAH T3 PdPr PKP 3.0 (raya haji)
Total questions: 25
Worksheet time: 3hrs 10mins
Ahmad sakit perut kerana makan terlalu banyak. Lalu Ahmad pergi ke tandas untuk membuang air besar.
Berdasarkan situasi di atas, Ahmad perlu membersihkan _____________ setelah membuang air besar.
qubul (kemaluan belakang)
dubur (kemaluan hadapan)
qubul (kemaluan hadapan)
dubur (kemaluan belakang)
Antara berikut merupakan akibat tidak bersuci, kecuali...
mudah mendapat penyakit
menjatuhkan imej dan nama baik diri
disayangi Allah
pencemaran alam sekitar
Antara berikut ialah kelebihan bersuci, kecuali...
terhindar daripada kekotoran
melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas
disukai oleh syaitan
Apabila kita menjaga kebersihan, kita dapat menghindarkan diri kita daripada...
bahaya
penyakit
kemalangan
kesusahan
Salmah sangat terkenal dengan sikapnya yang pembersih. Perabot di dalam rumahnya sangat tersusun dan bersih dari pada segala habuk.
Nyatakan kelebihan menjaga kesucian dan kebersihan dalam ayat di atas.
(a)
Athirah seorang yang menjaga kebersihan, tetapi sahabatnya bernama Alia tidak suka menjaga kebersihan.
Suatu hari, Alia ternampak makanan yang dijual di gerai tepi jalan dan ingin membelinya walaupun tahu keadaan gerai itu kotor dan Athirah telah melarangnya.
Keesokan harinya, hanya Alia yang keracunan makanan disebabkan makanan yang dimakan di gerai semalam.
Nyatakan kelebihan menjaga kesucian dan kebersihan dalam ayat di atas.
(a)
Abu seorang yang tidak suka menjaga kebersihan. Setiap hari, Abu akan membuang sampah rumahnya dalam longkang besar di belakang rumahnya. Maka, kawasan persekitaran rumah Abu berbau sampah.
Nyatakan akibat tidak menjaga kesucian dan kebersihan dalam ayat di atas.
(a)
Tukang masak Sekolah Rendah Taman Raya mengedarkan makanan kepada murid sekolah tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. Tidak lama kemudian, beberapa orang murid mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.
Nyatakan akibat tidak menjaga kesucian dan kebersihan dalam ayat di atas.
(a)
Orang yang tidak menjaga kebersihan boleh dikategorikan sebagai...
pembersih
pemalas
pengotor
pengemas
Antara hikmah bersuci dan menjaga kebersihan ialah...
melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas
terhindar daripada penyakit
mudah diganggu syaitan
dibenci Allah
berlaku pencemaran alam sekitar
Apabila kita menjaga kebersihan dan kesucian diri, kita akan menjadi...
muslim yang Allah sayangi
muslim yang dibenci Allah
muslim yang mudah mendapat penyakit
muslim yang suka diganggu syaitan
Pilih akibat tidak menjaga kesucian dan kebersihan diri berdasarkan situasi.
Situasi: Ali seorang yang malas mandi
Akibat: Ali disayangi rakan-rakannya
Situasi: Rohaya seorang yang tidak suka syampu rambut
Akibat: Rambut Rohaya berbau busuk dan dipenuhi kutu
Situasi: Alias tidak suka menyapu rumah
Akibat: Rumah Alias sangat bersih dan berkilat
Pilih kelebihan menjaga kebersihan dan kesucian diri berdasarkan situasi diberi.
Situasi: Fitri seorang lelaki yang sangat rajin mengemas
Kelebihan: Fitri disisihkan jirannya kerana rumahnya yang sangat kotor
Situasi: Pak Man selalu menganjurkan pertandingan rumah tercantik di kampungnya selaku ketua kampung
Kelebihan: Pak Man disayangi penduduk sekitar kerana sikapnya
Situasi: Haris selalu membersihkan kawasan semak samun belakang rumahnya
Kelebihan: Belakang rumah Haris menjadi tempat sarang ular
Pilih maksud hadis "الطهور شطر الإيمان" dalam tulisan jawi.
كبرسيهن ايت سبهاݢين درڤد إيمان
كبرسيهن ايت سبهاݢين درڤد أمان
كبرسيهن ايت سبهاݢين درڤد ألمان
كبرسيهن ايت سبهاݢين رڤد إبمان
Susun perkataan di bawah menjadi satu ayat bermakna.
hikmah - cergas. - bersuci - sihat - ialah - Antara - diri - daripada - terhindar - melahirkan - penyakit - dan - masyarakat - yang - dan - dapat
(a)
Susun perkataan di bawah menjadi satu ayat bermakna.
Allah - diri. - menyukai - membersihkan - hambaNya - yang - dan - menyucikan - sering
(a)
Susun perkataan di bawah menjadi satu ayat bermakna.
Menjaga - sayangi. - kesucian - Allah - diri - dan - yang - muslim - menjadi - persekitaran - membantu - kita
(a)
Berikan maksud perkataan "تَنْزِهُوا" dalam hadis
"تَنْزِهُوا مِنَ الْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنْهُ"
hendaklah kamu bersih
hendaklah kamu kotor
hendaklah kamu kemas
hendaklah kamu bebas
Berikan maksud perkataan "مِنَ الْبَوْلِ" dalam hadis
"تَنْزِهُوا مِنَ الْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنْهُ"
daripada air hadas
daripada air kotor
daripada air kencing
daripada air najis
Berikan maksud perkataan "فَإِنَّ عَامَّةَ" dalam hadis
"تَنْزِهُوا مِنَ الْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنْهُ"
kerana kebanyakan
kerana kesikitan
kerana kebesaran
kerana kekecilan
Berikan maksud perkataan "عَذَابِ الْقَبْرِ مِنْهُ" dalam hadis
"تَنْزِهُوا مِنَ الْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنْهُ"
siksa dunia disebabkan olehnya
siksa kubur disebabkan olehnya
siksa akhirat disebabkan olehnya
siksa neraka disebabkan olehnya
Pilih pengertian istinja' yang betul.
perbuatan membersihkan diri selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat tertentu seperti air.
perbuatan membersihkan kaki selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat tertentu seperti air.
perbuatan membersihkan badan selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat tertentu seperti air.
perbuatan membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat tertentu seperti air.
Hukum istinja' ialah...
haram
sunat
wajib
harus
Lengkapkan ayat di bawah:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan _____________.
menyucikan diri
mengotorkan diri
mengemaskan diri
membela diri
Perintah beristinja' wajib membawa maksud...
mendapat dosa apabila melaksanakannya dan mendapat pahala apabila meninggalkannya
mendapat pahala apabila melaksanakannya dan mendapat dosa apabila meninggalkannya
mendapat hadiah apabila melaksanakannya dan mendapat kutukan apabila meninggalkannya
mendapat kutukan apabila melaksanakannya dan mendapat hadiah apabila meninggalkannya
