wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SINTAKSIS (KLAUSA)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang klausa?

a)

Unsur bahasa yang paling kecil

b)

Sesetengahnya mengandungi subjek dan predikat

c)

Tidak dapat berfungsi sebagai ayat

d)

Terdiri daripada ayat penyata sahaja

2.

Mereka kesiangan kerana tidur lewat malam tadi.


Berdasarkan ayat di atas, klausa tak bebas ialah

a)

Mereka kesiangan

b)

tidur lewat malam tadi

c)

Mereka kesiangan kerana tidur lewat

d)

kerana tidur lewat malam tadi

3.

Oleh sebab mereka terlalu penat, semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian.


Yang manakah klausa utama dalam ayat di atas?

a)

mereka terlalu penat

b)

Oleh sebab mereka terlalu penat

c)

semua peserta itu tidak dapat menghabiskan larian

d)

semua peserta itu terlalu penat

4.

Apakah maksud "klausa bebas"?

a)

Klausa yang dapat berfungsi sebagai ayat

b)

Klausa yang memerlukan klausa lain

c)

Klausa yang ditambahkan sebagai keterangan

d)

Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri

5.

Yang manakah ciri klausa tak bebas?

a)

Mengandungi subjek dan predikat

b)

Tidak dapat diujarkan dengan intonasi yang sempurna

c)

Dapat membawa makna secara sendiri

d)

Hadir sebelum klausa bebas dalam ayat susunan biasa

6.

Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas itu dikenali juga sebagai

a)

klausa kecil

b)

klausa utama

c)

klausa keterangan

d)

klausa komplemen

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan klausa bebas?

a)

baru sampai di situ

b)

kerana bertolak lewat

c)

dia baru sampai di situ

d)

baru sampai di situ kerana bertolak lewat

8.

Ayat yang manakah mengandungi klausa tak bebas yang berfungsi sebagai subjek?

a)

Kami belum makan kerana masih kenyang.

b)

Yang sudah terjadi biarkanlah berlalu.

c)

Adiknya menyatakan bahawa ibunya sedang sakit.

d)

Mereka bertegas bahawa mereka tidak bersalah.

9.

Dalam ayat yang berikut, semua klausa tak bebas berfungsi sebagai keterangan, KECUALI

a)

Dia sangat takut kerana telah melakukan kesilapan.

b)

Mereka masih menunggu kalau-kalau dia dapat datang.

c)

Dua beradik itu kebingungan oleh sebab tidak memahami hal yang berlaku.

d)

Beberapa pihak mencadangkan supaya mereka menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

10.

Yang manakah ayat yang mengandungi klausa sebagai objek?

a)

Yang berdiri itu bakal isterinya.

b)

Dia membertahu bahawa keadaan terkawal.

c)

Bangunan yang terletak di tebing sungai itu runtuh.

d)

Mereka bercadang untuk memulakan syarikat baharu.

11.

Ayat yang manakah yang mengandungi dua klausa bebas?

a)

Hasnah tidak datang kerana masih demam.

b)

Mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

c)

Adiknya sangat peramah tetapi abangnya suka bersendiri.

d)

Dia berharap agar keadaan sedemikian tidak berulang lagi.

12.

Untuk kami menyelesaikan hal itu tidaklah mudah.


Apakah fungsi klausa dalam ayat di atas?

a)

Pelengkap

b)

Penerang

c)

Predikat

d)

Subjek

13.

Yang manakah ciri klausa?

a)

Mempunyai intonasi

b)

Ada yang boleh berdiri sendiri

c)

Tidak berpotensi untuk menjadi ayat

d)

Menduduki tempat teratas dalam hierarki tatabahasa

14.

Apakah persamaan antara klausa dengan ayat?

a)

Kedua-dunaya mempunyai intonasi.

b)

Kedua-duanya terdiri daripada klausa bebas.

c)

Kedua-duanya mempunyai subjek dan predikat.

d)

Kedua-duanya diberikan noktah dalam penulisan.

15.

Yang manakah termasuk dalam kategori klausa bebas?

a)

Klausa kecil

b)

Klausa utama

c)

Klausa komplemen

d)

Klausa keterangan