wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran 1: Program Ujian Topikal BM Tingkatan 2 2021

Total questions: 20

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Ketua kerani itu menampalkan jadual aktiviti gotong-royong _____________ papan kenyataan.

a)

A. di

b)

B. atas

c)

C. pada

d)

D. dekat

2.

Berdasarkan gambar di sebelah, lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Anas yang berusia sepuluh bulan sudah mula _____________ semalam.

a)

A. menyusur

b)

B. berjalan

c)

C. merangkak

d)

D. bertatih

3.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Sejak bekerja di Sarawak, dia tidak ______________ tentang kehidupan keluarganya di kampung.

a)

A. tahu-menahu

b)

B. tanya-menanya

c)

C. menjenguk-jenguk

d)

D. menjengah-jengah

4.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Hanya syarikat yang mempunyai ____________ yang tinggi sahaja mampu menjalankan perniagaan dalam zaman inflasi.

a)

A. daya cipta

b)

B. daya saing

c)

C. daya kerja

d)

D. daya upaya

5.

Ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah digariskan. Jika tiada kesalahan, pilih Tiada kesalahan.


Menjelang Hari Raya Aidilfitri, banyak pusat membeli-belah beroperasi hingga pukul 12.00 malam.

a)

A. Aidilfitri

b)

B. membeli-belah

c)

C. hingga

d)

D. Tiada kesalahan

6.

Ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah digariskan. Jika tiada kesalahan, pilih Tiada kesalahan.


Pengetua akan berbincang tentang program peningkatan sahsiah murid kepada penjaga-penjaga dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

a)

A. tentang

b)

B. kepada

c)

C. dalam

d)

D. Tiada kesalahan

7.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cekal dengan betul.

a)

I. Kota Melaka cekal di tengah-tengah bandar kerana bangunannya kukuh.

b)

II. Oleh sebab mendapat jumlah undian yang banyak, maka Encik Jamal cekal memegang jawatan pengerusi.

c)

III. Walaupun ditentang oleh adik-beradiknya, namun dia tetap cekal meneruskan perniagaan keluarganya.

d)

IV. Walaupun penyakit yang dihidapi semakin parah, tetapi dia cekal untuk menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berarak dengan betul.

a)

I. Sekumpulan burung berarak pulang ke sarang sebelum hari gelap.

b)

II. Awan mendung berarak ke laut menandakan hujan akan turun di tepi pantai.

c)

III. Para penonton bertepuk tangan apabila melihat kereta berhias berarak di jalan raya.

d)

IV. Kumpulan Kompang Ishak berarak sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki tiba.

9.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


"Projek menanam tanaman hidroponik di sekolah akan dibincangkan di dalam agenda lain-lain hal." kata pengerusi mesyuarat itu.

a)

A. dalam agenda lain-lain hal

b)

B. dalam agenda hal-hal lain

c)

C. di dalam agenda hal-hal lain

d)

D. di dalam agenda lain-lain hal

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Halim sudah tersangat kaya-raya setelah bekerja sebagai pegawai pemasaran Syarikat Mentari.

a)

A. sudah kaya-raya

b)

B. sangat kaya-raya

c)

C. sudah tersangat kaya

d)

D. sudah tersangat kaya-raya

11.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

I. Warna sapu tangan Zahar sama dengan warna sapu tangan Ali.

b)

II. Seri ialah anak angkat Encik Abu dan Puan Sarah.

c)

III. Oh, rupanya awaklah yang meminjam buku karangan saya!

d)

IV. Perlawanan bola sepak itu ditangguhkan oleh kerana padang sangat lecak.

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

I. Kereta itu ialah kereta yang paling mahal di dunia.

b)

II. Radio itu tidak dapat baiki semula kerana alat gantinya tiada di pasaran.

c)

III. Salleh boleh menjawab soalan itu dengan mudah.

d)

IV. Hai, sudah lama kita tidak keluar bersama-sama.

13.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang terdapat di bawah.


Qayum tersentak apabila Adi menyergahnya ketika dia sedang leka termenung.

a)

A. Tindakan Adi menyergah Qayum yang sedang leka termenung menyebabkannya terperanjat.

b)

B. Apabila tersentak daripada keasyikan sedang leka termenung, Qayum disergah oleh Adi.

c)

C. Keasyikan Qayum sedang leka termenung menyebabkan Adi menyergahnya.

d)

D. Ketika Qayum sedang leka termenung, tiba-tiba Adi menyentaknya menyebabkan Qayum menyergah Adi.

14.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang terdapat di bawah.


Hutan merupakan alam ciptaan Tuhan yang sangat bernilai kepada manusia.

a)

A. Khazanah alam ciptaan Tuhan merupakan hutan yang cukup bererti kepada manusia.

b)

B. Ciptaan Tuhan yang cukup bererti dan bermutu tinggi kepada manusia ialah khazanah alam.

c)

C. Khazanah alam ciptaan Tuhan yang berharga kepada kita ialah hutan.

d)

D. Ciptaan Tuhan yang cukup bererti ialah hutan sebagai khazanah alam kepada manusia.

15.

Ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah digariskan. Jika tiada kesalahan, pilih Tiada kesalahan.


"Kalian harus berehat, jika kerja telah siap" kata Encik Muthu kepada pekerja-pekerjanya.

a)

A. Kalian

b)

B. harus

c)

C. kepada

d)

D. Tiada kesalahan

16.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan jarum dengan betul.

a)

I. Salmi mengutip sayur jarum untuk dibuat ulam.

b)

II. Celyn meniti jarum di bandar.

c)

III. Jarum jam di Dataran Merdeka telah menunjukkan jam 7.30 pagi.

d)

IV. Doktor menyuntik pesakitnya dengan menggunakan jarum.

17.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Shu Lan lebih berminat untuk melawat Shanghai.

a)

A. berminat untuk melawat ke Shanghai.

b)

B. minat untuk lawati ke Shanghai.

c)

C. meminati untuk melawat ke Shanghai.

d)

D. berminat untuk melawat Shanghai.

18.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

I. Saya berharap agar masalah keluarga Anis akan dapat diselesaikan segera.

b)

II. Pihak sekolah mengadakan program motivasi adalah untuk meningkatkan prestasi murid-murid.

c)

III. Tidak benarkan sesiapa masuk ke bilik saya jika saya tiada.

d)

IV. Kami pergi ke pesta buku itu bersama Cikgu Rani.

19.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang terdapat di bawah.


Pasukan sukarelawan telah memberikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

a)

A. Bantuan makanan telah diberikan kepada pasukan sukarelawan oleh mangsa-mangsa banjir tersebut.

b)

B. Mangsa-mangsa banjir tersebut telah memberikan bantuan makanan kepada pasukan sukarelawan.

c)

C. Mangsa-mangsa banjir dan pasukan sukarelawan telah diberikan bantuan makanan.

d)

D. Pasukan sukarelawan telah memberikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

20.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat yang terdapat di bawah.


Ilyas telah dimarahi oleh majikannya kerana ponteng kerja.

a)

A. Ilyas ponteng kerja kerana dimarahi oleh majikannya.

b)

B. Oleh sebab majikannya marah, Ilyas telah ponteng kerja.

c)

C. Majikannya telah memarahi Ilyas kerana ponteng kerja.

d)

D. Ilyas telah memarahi majikannya kerana ponteng kerja.