Font size
WorksheetsB1 Warisan Negara Bangsa T4
Total questions: 86
Worksheet time: 55mins
Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diwarisi oleh
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Gangga Nagara
Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan Angkor
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu
Raja
Undang-undang
Wilayah pengaruh
Rakyat
Lambang kebesaran
Dalam Kerajaan Alam Melayu, raja menjadi
lambang kesatuan
tonggak utama kerajaan
pemerintah kuasa mutlak
bayangan tuhan
Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh
kerajaan
rakyat
para pembesar
golongan cendekiawan
Raja sentiasa
ditaati
dibenci
ditakuti
dianggap suci
Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang
zalim
kejam
suci
berkuasa mutlak
Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan
Dewa Siva
Buddha
Allah
Nabi Muhammad SAW
Mengapakah undang-undang dilaksanakan dalam sesebuah kerajaan Alam Melayu?
bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan
bagi menghukum rakyat yang melakukan kesalahan
agar boleh mengawal disiplin rakyat
agar mengawal rakyatnya tidak menentang kuasa raja
Apakah tujuan undang-undang diperkenalkan pada kerajaan Alam Melayu?
menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan
untuk mendenda rakyat
menjadi rujukan rakyat
untuk menyabit kesalahan seseorang
Apakah undang-undang yang diamalkan dalam kerajaan Majapahit?
Kutara Manawa
Undang-undang Laut Melaka
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Manu
Wilayah pengaruh merupakan, kawasan yang rakyatnya
tinggal dan memajukan sistem pertaniannya
hidup bersatu padu dengan pelbagai bangsa
menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja
mematuhi arahan para pembesar
Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luar, dari Sungai Mekong ...
Johor-Riau
Teluk Cam Ranh
Selatan Myanmar
Segenting Kra
Antara berikut, yang manakah melambangkan ciri-ciri rakyat dalam kerajaan Alam Melayu?
penduduk dalam sesebuah wilayah
taat setia kepada raja
membayar cukai yang tinggi kepada pembesar
tidak menderhaka kepada raja
Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan ketaataan mereka terhadap rajanya?
upacara persetiaan
membayar cukai
menyertai dalam sistem kerah
minum air sumpah
Alat ini digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah dalam kerajaan Srivijaya. Apakah nama alat ini?
Batu bersurat
Batu kepala ular Tedung
Inskripsi Telaga Batu
Monumen
Ciri-ciri negara bangsa empayar Srivijaya diwarisi oleh
kerajaan Majapahit
kerajaan Kedah Tua
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Johor-Riau
Pengaruh Kesultanan Mealyu Melaka, diteruskan oleh
kerajaan Johor-Riau
kerajaan Gangga Nagara
kerajaan Kedah Tua
kerajaan Champa
Bagaimanakah rakyat Malaysia, boleh mempertahankan warisan negara?
berbangga dan bekerjasama
dengki antara kaum
mementingkan perkauman
taasub dengan pegangan kaum
"Sri" dalam bahasa Sanskrit bermaksud
bercahaya
senyuman
kemenangan
kebahagiaan
"Vijaya" dalam bahasa Sanskrit bermaksud
kemegahan
kekayaan
kemenangan
kekalahan
Raja Srivijaya dikenang melalui
jumlah harta yang ditinggalkan
jumlah ketulan emas yang ditinggalkan
jumlah istana yang ditinggalkan
kekayaan yang tidak terhingga
Dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya, air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya. Rakyatnya akan menadah air berkenaan dan meminumnya. Mengapakah rakyatnya bertindak sedemikian?
agar dilantik menjadi pembesar dalam kerajaan Srivijaya
untuk mendapat ketulan emas dari Raja Srivijaya
agar tidak didenda oleh pemerintah
untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?
Raja
Lambang kebesaran
Kedaulatan
Wilayah pengaruh
Kerajaan
Kemunculan kerajaan dalam negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah disebabkan adanya
pembesar
raja
rakyat
negara
Pemerintahan beraja dalam negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka diperkukuh dengan
undang-undang
Sistem Pembesar Empat Lipatan
wilayah pengaruh yang luas
rakyat yang patuh akan arahan
Selepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka menggunakan gelaran
Tuhan Matahari
Raja
Sultan
Raja Cosmos
Antara berikut yang manakah menunjukkan peranan rakyat dalam Kesultanan melayu Melaka?
membayar cukai yang tinggi
membayar ufti
taat setia kepada sultan
mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan
Rakyat Melaka dalam negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada
Orang Melayu
Orang Murut
Orang Laut
Orang Cina
Golongan diperintah dalam negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada
golongan bangsawan
golongan kaya raya
golongan hamba
golongan merdeka
Antara berikut yang manakah menunjukkan hubungan timbal balik dalam negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?
Sultan memerintah dengan kejam dan zalim
Sultan menjamin kesejahteraaan rakyat
rakyat menderhaka kepada sultan
rakyat mengakui kekuasaan sultan
Apakah yang dimaksudkan dengan lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan?
kedaulatan
kemegahan
tanah jajahan
empayar penguasaanya
Apakah kuasa seorang raja yang berdaulat?
bebas mentadbir semua wilayah
mempunyai kuasa ke atas segala bidang
mengawal rakyat dan wilayah
bebas dalam urusan perdagangan antarabangsa
Antara berikut, yang manakah menunjukkan Kesultanan Melayu Melaka ialah kerajaan yang berdaulat?
Kesultanan Melayu Melaka bebas daripada campur tangan kuasa lain
Kesultanan Melayu Melaka menguasai semua negeri Melayu
kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain
Kesultanan Melayu Melaka bebas mentadbir kepulauan Alam Melayu
Kerajaan manakah yang mengiktiraf kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka?
kerajaan Chandra Gupta Maurya
kerajaan Dinasti Ming
Kerajaan Asoka
Kerajaan Revolusi China
Apakah bukti Kerajaan Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka?
Empayar Mauria telah menjalankan hubungan diplomatik dengan Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar utusan yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan dengan Melaka
Kesultanan Melayu Melaka telah menghantar pokok emas kepada negara China sebagai ufti
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar emas kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai tanda untuk mengadakan hubungan diplomatik
Wilayah pengaruh merujuk kepada
kawasan pemakanan seorang raja
kawasan yang dikuasai oleh seseorang raja
kawasan pegangan para pembesar berempat
kawasan pemerintahan yang diterima dan diakui oleh rakyat
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi
Pantai Timur Sumatera
Semenanjung Tanah Melayu
Tanah Besar China
Segenting Kra dan Burma
Wilayah pengaruh diperoleh melalui
peperangan
perkahwinan
naungan
penaklukan
Wilayah pengaruh yang luas membuktikan
kewibawaan pemerintah
kedaulatan sesebuah kawasan
perpaduan rakyat
kekuasaan golongan tentera
Kesultanan Melayu Melaka mempengaruhi undang-undang seperti
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Kedah
Undang-Undang Pahang
Undang-Undang 99 Perak
Bagaimanakah wilayah taklukan diperolehi?
peperangan
perkahwinan
naungan
sukarela
Antara berikut, yang manakah bukan wilayah taklukan Kesultanan Melayu Melaka?
Lingga
Pahang
Kuala Linggi
Kelantan
Rokan
Antara berikut yang manakah merupakan wilayah yang ditakluk oleh Kesultanan Melayu Melaka?
Kampar
Inderagiri
Kuala Linggi
Kedah
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menerima wilayah naungannya?
perkahwinan
penjajahan
peperangan
persahabatan
Antara berikut, yang manakah merupakan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka?
Kuala Linggi
Lingga
Patani
Kedah
Apakah kesan perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Majapahit?
Kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah
Kerajaan Majapahit menangkap dan penjarakan Sultan Mansur Shah
Melaka jatuh ke tangan kerajaan Majapahit
Parameswara berundur dari Palembang
Antara berikut, yang manakah merupakan undang-undang bertulis pada zaman kesultanan Melayu Melaka?
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Manu
Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang Syariah
Apakah fungsi undang-undang bertulis pada zaman kesultanan Melayu Melaka?
melindungi rakyat
melindungi Melaka daripada penjajah
sebagai panduan untuk mendisiplinkan rakyat
mengukuhkan kerajaan
Apakah kesan pengenalan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka?
Kesultanan Melayu Melaka bebas dari serangan luar
Masyarakat Melaka menjadi lebih berdisiplin
Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebagai sebuah kerajaan yang unggul
Masyarakat Kesultanan Melayu Melaka takut untuk melakukan sebarang kesalahan
Apakah yang dimaksudkan dengan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka?
lambang mengikut status sosioekonomi
identiti Kesultanan Melayu Melaka
simbol kedaulatan sultan yang memerintah
keistimewaan Sultan Melaka
Antara berikut, yang manakah merupakan lambang kebesaran?
adat istiadat
warna kuning
alat nobat
regalia
cap mohor
Apakah fungsi cap mohor dalam Kesultanan Melayu Melaka?
untuk mengesahkan arahan daripada sultan
tanda surat rasmi daripada pembesar
digunakan oleh pedagang untuk mengecop resit rasmi
merupakan tanda persetujuan sultan
Apakah yang dimaksudkan dengan keunggulan?
Kekuatan tentera yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
Kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
Jumlah keluasan wilayah pengaruh di bawah kekuasaan seseorang sultan
Kemasyhuran sesebuah kerajaan disebabkan keluasan tanah jajahan
Bagaimanakah keunggulan Kesultan Melayu Melaka terbukti?
Pelabuhan terkenal
Undang-undang
Pokok Melaka
Sistem pentadbiran
Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Sistem Demokrasi Berparlimen
Sistem Raja Berperlembagaan
Sistem Aristokrasi
Sistem Pembesar Empat Lipatan menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka menjadi
Tidak teratur
Tersusun
Lancar
Ditentang penduduk
Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri kawasan pegangan
Kawasan yang berada di bawah penguasaan seorang sultan yang tinggi pengaruhnya
Sesuatu wilayah, sungai atau pulau yang diberikan kepada para pembesar berempat
Sultan memberikan kuasa memerintah dan mentadbir kepada pembesar berempat
Kawasan yang berada di bawah pengaruh Syahbandar
Antara berikut, yang manakah merupakan pembesar berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Bendahara
Penghulu Bendahari
Temenggung
Laksamana
Syahbandar
Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
tidak sistematik
Tersusun
Berhierarki
ditolak oleh pembesar
Dalam Kesultanan Melayu Melaka, kuasa sultan merangkumi aspek
Pemerintahan
Peperangan
Hubungan diplomatik
Agama
Antara berikut, yang manakah merupakan pembesar yang membantu dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
Syahbandar
Bentara
Orang Kaya
Hulubalang
Penghulu
Apakah dua peringkat sistem pentadbiran yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Pentadbiran pusat
Pentadbiran peringkat jajahan
Pentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat daerah
Pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat seperti
Bendahara
Penghulu bendahari
Temenggung
Laksamana
Syahbandar
Apakah keistimewaan Kesultanan Melayu Melaka yang membolehkan sistem pentadbirannya berjalan lancar?
tanah jajahan yang luas
sistem pemerintahan oleh diktator
permuafakatan antara sultan dengan pembesar
hubungan dan persefahaman dua hala antara sultan dengan pembesar
Antara berikut, yang manakah merupakan tugasan bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Ketua pentadbir
Ketua turus angkatan tentera
Penasihat sultan
Pemangku sultan
Hakim di darat
Antara berikut, yang manakah merupakan tugas Penghulu Bendahari dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Pemungkut hasil atau ufti
ketua segala bendahari dan syahbandar
ketua urusetia istana
Mengetuai utusan
Antara berikut, yang manakah peranan temenggung dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Ketua polis dan penjara
Penguasa bandar dan kota Melaka
Protokol istana
Hakim di darat
Ketua urusetia istana
Antara berikut, yang manakah tugas Laksamana dalam Kesultanan Melayu Melaka?
mengetuai utusan
ketua duta
pengawal peribadi raja
ketua angkatan laut
ketua polis
Kesultanan Melayu Melaka memperoleh sumber pendapatannya dari
negeri-negeri Melayu sekitarnya
cukai dan ufti daripada wilayah taklukan serta naungan
urusan perdagangan
hadiah daripada negara China
Siapakah yang mengutip cukai di pelabuhan?
Penghulu Bendahari
Bendahara
Bentara
Syahbandar
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menggunakan hasil perbendaharaan?
membeli senjata
membeli kapal perang
membina rumah pembesar
membina istana
Pembesar di peringkat jajahan, menguruskan pentadbiran di peringkat
kampung
daerah
negeri
negara kota
Apakah peranan pembesar di peringkat jajahan?
memeriksa alat timbang
mengutip cukai
menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran
menguruskan istana
Apakah yang dimaksudkan dengan kawasan pegangan?
kawasan yang dipegang oleh pembesar berempat
kawasan yang dikuasai oleh sultan
kawasan yang dikurniakan oleh sultan kepada syahbandar
kawasan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar berempat
Antara berikut, yang manakah merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Bendahara Tun Perak
Bendahara Tun Muzaffar
Bendahara Tun Mahmud
Bendahara Tun Ali
Bendahara Tun Perak, pernah berkhidmat di bawah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Mansur Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Abdul Halim
Undang-Undang Kesultanan Melayu Melaka berasaskan
undang-undang Manu
undang-undang Pahang
hukum adat
syariah
Antara berikut yang manakah merupakan undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?
Hukum Kanun Melaka
Kutara Manawa
Undang-undang Manu
Undang-undang Laut Melaka
Hukum Kanun Melaka mempunyai
14 fasal
22 fasal
34 fasal
44 fasal
Antara berikut yang manakah bukan perkara yang dibincangkan dalam Hukum Kanun Melaka?
Pelayaran
Peranan sultan dan pembesar
Percukaian
Jenayah
Antara berikut yang manakah perkara yang dibincangkan dalam Hukum Kanun Melaka?
Ekonomi
Peranan sultan dan pembesar
Jenayah
Kekeluargaan
Peranan Nakhoda
Perbuatan jenayah merujuk kepada
sesuatu tindakan yang membunuh orang lain dengan niat
sesuatu tindakan yang menggugat ketenteraman dan keharmonian KMM
sesuatu tindakan yang mencemarkan nama KMM
sesuatu tindakan yang mencedarakan rakyat KMM
Fasal 5.1 berkaitan dengan
hukuman bunuh terhadap individu yang membunuh seseorang tanpa pengetahuan raja atau pembesar
hukuman penjara terhadap individu yang membunuh seseorang tanpa pengetahuan raja atau pembesar
hukuman buang negeri terhadap individu yang membunuh seseorang tanpa pengetahuan raja atau pembesar
kenaikan pangkat diberikan kepada terhadap individu yang membunuh seseorang tanpa pengetahuan raja atau pembesar
Apakah yang telah dijelaskan dalam Fasal 1 dalam Hukum Kanun Melaka?
Menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah di Melaka
Menjelaskan tugas pembesar berempat sahaja
Menjelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari
Menjelaskan fasal berkaitan ekonomi
Antara berikut, yang manakah betul tentang Fasal 26
pernikahan perlu mendapat persetujuan sultan atau pembesar berempat
wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan
sekiranya tidak cukup 4 orang saksi, maka 2 orang saksi mencukupi dalam pernikahan
pernikahan memerlukan 4 orang saksi
Fasal 3 merangkumi
amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
orang yang menjalankan perniagaan haruslah akil baligh dan siuman
perlu melafazkan niat jual beli
perlu menjual barang sperti harga yang ditetapkan oleh syahbandar
