wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun 2021 ( PSV Ting 1 )

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 19mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat di bawah menerangkan tentang istilah dalam bidang dalam seni visual .


“Penghargaan, pengiktirafan serta penghayatan nilai sesuatu karya dan tokoh seni ”

Apakah istilah yang dimaksudkan ?

a)

Definisi Seni Visual

b)

Aplikasi Seni Visual

c)

Apresiasi Seni Visual

d)

Pedagogi Seni Visual

2.

Gambar rajah di atas menunjukkan tokoh dalam bidang seni halus .


Apakah bidang seni halus yang beliau ceburi ?

a)

Arca

b)

Catan

c)

Cetakan

d)

Reka bentuk

3.

Jika anda meminati bidang animasi, siapakah sepatutnya tokoh yang menjadi rujukan ?

a)

Jimmy Choo

b)

Zulkifli Haron

c)

Haji Hashim Hassan

d)

Hassan Abdul Muthalib

4.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu intitusi kraf di Malaysia .


Apakah peranan institusi tersebut ?

a)

Intitusi pendidikan seni karaf

b)

Badan yang menyediakan alatan kraf

c)

Memelihara dan melindungi kraf negara

d)

Badan meluluskan peraturan tentang kraf

5.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu kraf tradisional .


Tokoh manakah yang mempunyai kemahiran

menghasilkan kraf tersebut ?

a)

Norhaiza Nordin

b)

Yusoff Haji Abdullah

c)

Zamari @ Zamri Pandak

d)

Haji abdul Rahman bin Long

6.

Dalam bidang Seni kraf di Malaysia seorang adiguru merujuk kepada ______________ .

a)

Usahawan kraf yang berjaya

b)

Orang yang membuat inovasi kraf

c)

Seorang yang pakar dalam penghasilan kraf

d)

Tokoh sejarawan dalam bidang perkembangan kraf

7.

Gambar rajah di atas menunjukkan sebuah olahan garisan .


Apakah pernyataan yang paling sesuai bagi gambar tersebut ?

a)

Garisan menghasilkan ton

b)

Garisan menghasilkan rupa

c)

Garisan menghasilkan ruang

d)

Garisan menghasilkan bentuk

8.

Gambar rajah di atas menunjukkan jalinan pada baju batik lelaki .


Apakah fungsi jalinan pada baju tersebut ?

a)

Kecantikan

b)

Keselamatan

c)

Perlindungan

d)

Penyamaran

9.

Pilih pergerakan garisan di bawah yang dapat menghasilkan rupa .

a)

Garisan-garisan dilukis semakin rapat

b)

Menghasilkan kepelbagaian jenis garisan

c)

Menambah ketebalan pada setiap garisan dilukis

d)

Hujung garisan ditemukan dengan permulaan garisan

10.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan rupa .

I mempunyai jisim

II mempunyai isipadu

III Bersifat dua dimensi

IV Tidak mempunyai jisim

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Pilih aktiviti di bawah yang dapat menghasilkan bentuk konkrit .

a)

Mencanting batik

b)

Menampal gambar

c)

Mengukir pada kayu

d)

Melukis bentuk kotak

12.

Apakah cara untuk memindahkan jalinan yang terdapat pada sehelai daun ?

.I Teknik capan

II Teknik gosokan

III Teknik lukisan

IV Teknik cetakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Satu bentuk piramid mempunyai gabungan ____________________.

a)

Tiga segi tiga dan satu segi empat sama

b)

Empat segi tiga dan satu segi empat sama

c)

Empat segi tiga dan tiga segi empat sama

d)

Lima segi tiga dan empat segi empat tepat

14.

Apakah unsur seni yang paling ketara dari karya seni lukisan di atas ?

a)

Rupa

b)

Warna

c)

Ruang

d)

Bentuk

15.

Maklumat di bawah menerangkan tentang definisi salah satu unsur seni .


Sifat permukaan sesuatu objek

yang boleh dikesan melalui deria penglihatan dan sentuhan

a)

Rupa

b)

Bentuk

c)

Ruang

d)

Jalinan

16.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu olahan rupa .


Apakah olahan rupa yang terhasil ?

a)

Organik positif

b)

Geometri positif

c)

Organik positif dan negatif

d)

Geometri positif dan negatif

17.

Pilih antara berikut bahan dan media manakah yang boleh menghasilkan bentuk konkrit ?

I Arkrilik

II Tempera

III Tanah liat

IV Plaster Paris

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Ilustrasi di atas menunjukkan satu corak ringkas .


Bagaimanakah ia dihasilkan ?

a)

Cantuman rupa asas

b)

Cantuman rupa simbol

c)

Cantuman rupa organik

d)

Cantuman rupa geometri

19.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu hamparan kotak .


Jika ia dicantumkan, apakah bentuk yang terhasil ?

a)

Kon

b)

Kiub

c)

Kuboid

d)

Silinder

20.

Pilih di antara berikut jalinan bertujuan untuk penyamaran

a)

Corak pada tekstil

b)

Pakaian askar di hutan

c)

Bunga pada tayar kenderaan

d)

Kulit buaya yang kasar dan keras

21.

Apakah ciri-ciri jalinan tampak ?

I hanya dilihat secara ilusi

II dapat dirasai melalui deria tangan

III boleh dipindahkan pada permukaan lain

IV dicipta dengan melukis,mencatan dan sebagainya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Bagaimanakah untuk mewujudkan bentuk dari ilustrasi rupa di atas ?

a)

Memasukkan corak

b)

Menambah nilai garisan

c)

Warnakan dengan pensil warna

d)

Lorekkan pensil dengan kesan ton

23.

Gambar di bawah merupakan lukisan perspektif .


Apakah unsur seni yang ketara pada gambar tersebut ?

a)

Bentuk dan ruang

b)

Bentuk dan jalinan

c)

Garisan dan rupa

d)

Ruang dan rupa

24.

Gambar rajah di atas menunjukkan sebuah karya lukisan .


Berapa titik lenyap yang terdapat pada karya tersebut ?

a)

Satu titik lenyap

b)

Dua titik lenyap

c)

Tiga titik lenyap

d)

Empat titik lenyap

25.

Karya catan Khalil Ibrahim di bawah menjelaskan satu jenis ruang ilusi .

Apakah jenis ruang tersebut ?

a)

Ruang rata

b)

Ruang cetek

c)

Ruang dalam

d)

Ruang catan

26.

Gambarajah di atas menunjukkan sebuah lukisan perspektif. Di manakah kedudukan titik lenyap yang sepatutnya ?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

27.

Pernyataan di bawah merujuk kepada ________________.


Perubahan saiz,warna dan jarak

yang berlakuapabila dilihat dari jarak tertentu

a)

ilusi

b)

dimensi

c)

aras mata

d)

perspektif

28.

Senaraikan warna yang tergolong dalam kumpulan warna sekunder .

a)

Jingga, unggu dan hijau

b)

Jingga, unggu dan indigo

c)

Merah, indigo dan unggu

d)

Kuning, hijau dan merah

29.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu lakaran mudah.


Pilih gubahan warna yang sesuai bagi mewujudkan

nilai perspektif yang paling jelas .

a)

Warna sejuk

b)

Warna panas

c)

Warna sewarna

d)

Warna bertindak

30.

Gambar rajah di atas menunjukkan contoh kelarai bagi kraf anyaman .


Ia kelihatan harmoni kerana ____________ .

a)

Menggunakan rupa geometri

b)

Menimbulkan kesan ruang rata

c)

Ulangan garisan menghasilkan rupa

d)

Ulangan motif dan warna yang seragam

31.

Suasana harmoni pada ruang tamu rumah dapat dihasilkan melalui

a)

Susunan perabot yang minima

b)

banyakkan hiasan pada dinding

c)

Pencahayaan terang dan seimbang

d)

Warna perabot dan dinding yang sama

32.

Berdasarkan gambar di atas, unsur kontra wujud melalui

a)

Perbezaan rupa

b)

Perbezaan bentuk

c)

Perbezaan susunan

d)

Perbezaan perspektif

33.

Kontra yang diwujudkan dalam sesuatu karya berfungsi untuk

a)

Menambah nilai estetika

b)

menambah gaya dan olahan

c)

Memberi kepelbagaian dan variasi

d)

Memberi fokus dan mengelak kebosanan

34.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu siri ulangan garisan .


Bagaimanakah kesan kontra boleh diwujudkan ?

a)

Merapatkan semua garisan

b)

Meluruskan salah satu garisan

c)

Menambah ketebalan pada semua garisan

d)

Menambah warna merah pada kawasan putih

35.

Senaraikan dua tokoh seni tanah air pada era tahun 1930-an

I Anthony Lau

II Abdullah Ariff

III Yong Mun Sen

Iv Chuah Thean Teng

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Gambar rajah di atas menunjukkan karya arca oleh tokoh seni halus tempatan .


Siapakah nama tokoh tersebut ?

a)

Anthony Lau

b)

Zakaria Awang

c)

Ramlan Abdullah

d)

Mad Anuar Ismail

37.

Gambar rajah di bawah menunjukkan animasi pertama Malaysia oleh Hassan Abdul Muthalib.


Apakah tajuk bagi animasi tersebut ?

a)

Hikayat Buaya Raja Sungai

b)

Hikayat Sang Kancil yang Bijak

c)

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

d)

Hikayat Sang Kancil melawan Buaya

38.

Penggunaan peralatan di atas boleh menghasilkan ________________.

a)

Bentuk ilusi

b)

Bentuk konkrit

c)

Bentuk kreatif

d)

Bentuk inovasi

39.

Gambar rajah di atas menunjukkan teknik menghasilkan jalinan .


Apakah teknik tersebut ?

a)

Teknik kolaj

b)

Teknik capan

c)

Teknik pualaman

d)

Teknik ikat dan celup

40.

Bagaimanakan corak di atas di hasilkan ?

a)

Ulangan rupa positif

b)

Ulangan rupa negatif

c)

Gabungan rupa positif dan negatif

d)

Gabungan rupa organik dan geometri