wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

"Segala perintah tuanku akan _________ laksanakan," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Melaka.

a)

saya

b)

hamba

c)

patik

d)

kami

2.

" _______________ harus berlatih bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan dari Kelantan," kata jurulatih kepada kami.

a)

Anda

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

3.

Para petani itu menanam jagung ________ menantikan pokok padi menguning dan sesuai untuk dituai.

a)

selagi

b)

sehingga

c)

sementara

d)

semenjak

4.

Perahu yang kami naiki ____________ apabila dipukul ombak.

a)

beralun-alun

b)

bergoyang-goyang

c)

berolang-aling

d)

berbolak-balik

5.

Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.

a)

tegak

b)

lurus

c)

condong

d)

senget

6.

Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

7.

Udara di Sri Damai Resort, Kalumpang itu sungguh__________

a)

baik

b)

cergas

c)

nyaman

d)

indah

8.

Pak Long Jamal duduk berehat di pondok __________ itu untuk menghilangkan penat.

a)

usang

b)

buruk

c)

pudar

d)

kelam

9.

Puan Siti memberikan __________ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

bayangan

b)

lukisan

c)

gambaran

d)

kenangan

10.

Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.

a)

deras

b)

cepat

c)

kencang

d)

tenang

11.

Kenal pasti ayat yang tidak tergolong dalam jenis ayat perintah.

a)

Harap anda semua bersabar, makanan akan tiba sebentar lagi.

b)

Jangan besarkan hal yang remeh-temeh.

c)

Nah, ambil baju ini dan basuh!

d)

Anda pangkah semua yang tidak berkenaan dalam borang ini.

12.

Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali...

a)

tandantangan

b)

tanggungjawab

c)

setiausaha

d)

ibu bapa

13.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

dokumentari

c)

dokumentary

d)

dokkumentari

14.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:


Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.

a)

Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.

b)

Maklumat tentang wabak denggi sedang ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas.

c)

Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.

15.

Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:


Persembahan teater Anak Ibu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

a)

Apakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

b)

Manakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

c)

Bilakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

d)

Jadikah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

16.

Doktor Aiman memberikan se__________ ubat cecair kepada pesakit itu.

a)

biji

b)

papan

c)

botol

d)

keping

17.

Amin menampal se__________ poster Kempen Membaca pada dinding bilik darjah.

a)

helai

b)

bidang

c)

naskhah

d)

keping

18.
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
a)
hapak
b)
hancing
c)
tengik
d)
hanyir
19.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
20.
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
a)
kelajuan
b)
kesibukan
c)
keberanian
d)
kelalaian