WorksheetsKUIZ 2.9 PROSES PENERBITAN AYAT
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Yang manakah ayat yang mengalami proses transformasi atau penerbitan ayat?
Harga sekilogram ikan kembung hampir RM15.00.
Rumah itu rumah sewa abang sulung kawan saya.
Loceng jam itu akan berbunyi pada pukul 5:00 pagi.
Budak itu suka menonton televisyen sambil berbaring.
"Daun bunga mawar milik penjual itu sudah mula gugur."
Yang manakah unsur yang betul konstituen terdekatnya dalam ayat di atas?
daun mawar
bunga mawar
penjual itu
sudah mula
Yang manakah ayat yang tidak mengalami proses pengguguran?
Syakir bukan atlet lari jarak dekat tetapi atlet lari jarak jauh.
Sementara menunggu kereta api tiba, Zaki membaca novel.
Membaca dan bersenam dapat mencerdaskan minda seseorang.
Siti Aishah berjaya dalam kerjayanya walaupun dia serba kekurangan.
"Sedang memungut durian datuk di kebunnya."
Ayat di atas mengalami proses
(a)
Yang manakah ayat yang objeknya mengalami peluasan melalui proses relativasi?
Encik Musa sedang menunjuk yang itu bukan yang ini.
Seekor harimau membaham seekor kambing di tepi hutan yang tebal itu.
Pemuda itu suka membaca karya yang memenangi anugerah antarabangsa.
Penghuni asrama yang mengulang kaji pelajaran itu dibimbing oleh tenaga pengajar khas.
Penyusunan semula ayat melibatkan proses yang berikut, kecuali
penyusunan semula melalui ayat songsang
penyusunan semula frasa nama sebagai objek
penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
penyusunan semula keterangan dalam predikat
"Daripada kawan saya, saya beli buku itu."
Ayat di atas mengalami proses yang berikut, kecuali
pempasifan
peluasan subjek
pengguguran unsur predikat
penyongsangan unsur keterangan
"Urus setia pertandingan menyarankan agar hadiah sagu hati disediakan kepada semua peserta."
Nyatakan proses penerbitan bagi ayat di atas.
(a)
"Razman dan sahabatnya sedang mengulang kaji pelajaran."
Ayat majmuk di atas mengalami pengguguran
frasa nama sebagai objek
frasa kerja sebagai predikat
frasa adjektif sebagai predikat
frasa sendi nama sebagai pelengkap
* Mengalami peluasan
* Mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas
* Terdapat pengguguran
Ayat yang manakah yang tidak mengandungi maklumat-maklumat di atas?
Kakak percaya bahawa dia akan memasuki universiti.
Rumah baharunya itu hadiah daripada ayah mentuanya.
Ibu angsa itu mengejar budak yang cuba menangkap anaknya.
Orang ramai berkumpul untuk menerima pemberian bantuan daripada pihak kerajaan.
