NEW
Font size
WorksheetsIBADAH HAJI
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah maksud Haji?
a. mengunjungi Baitullahil Haram pada bulan-bulan haji
b. mengunjungi Baitullahil Haram pada bulan Ramadhan
c. mengunjungi Baitullahil Haram pada bulan Syawal
d. mengunjungi Baitullahil Haram pada bila-bila masa
Hukum mengerjakan haji?
a. sunat setiap tahun tanpa mengira masa
b. harus sekiranya mempunyai masa dan tenaga
c. wajib sekali seumur hidup bagi yang mampu
d. makruh jika dalam keadaan terpaksa
Bermulanya ibadat haji adalah dari sirah_________________
a. Nabi Adam dan isterinya Hawa
b. Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail
c. Nabi Muhammad SAW dan atuknya Abdul Mutalib
d. Nabi Muhammad SAW dan atuknya Abdul Mutalib
Mengerjakan haji merupakan rukun Islam ke ______
a. dua
b. empat
c. lima
d. enam
Orang yang mengerjakan haji akan ____________.
a. merasa resah gelisah
b. menjadi hebat dan mulia
c. membina sikap bangga diri
d. melahirkan sifat taqwa
Ibadah mengelilingi kaabah dipanggil ________.
a. saie
b. tawaf
c. wuquf
d. umrah
Berapakah bilangan ketika mengerjakan saie antara safa dan marwah.
a. 5
b. 6
c. 7
d. 9
Antara perkara yang dilarang ketika menunaikan haji ialah_______.
a. makan
b. tidur
c. mandi
d. memotong kuku
Perkara sunat di pagi Aidul Adha
a. memakai wangi-wangian
b. menziarahi jaran tetangga
c. berjalan-jalan di taman
d. berpuasa sunat
Institusi yang bertanggungjawab menguruskan ibadah haji ialah ___________________.
A. Lembaga Pelancongan Malaysia
b. Lembaga Tabung Haji
c. Lembaga Perikanan Malaysia
d. Lembaga Perakaunan Negara
Di manakah ibadah haji di tunaikan?
a. Madinah
b. Mesir
c. Mekah
d. Malaysia
Apakah persediaan utama yang perlu dilakukan sebelum menunaikan haji?
a. Harta benda yang banyak
b. Hati yang ikhlas
c. Rakan yang ramai
d. Rumah yang besar
Berapakah bilangan lafaz takbir ketika menunaikan solat sunat Aidul Adha pada rakaat pertama?
a. 5
b. 7
c. 9
d. 11
Apakah amalan sunat di malam Aidul Adha yang boleh dilakukan?
a. Makan dan minum
b. Membaca buku ilmiah
c. Banyakkan bertakbir
d. Tidur awal
Apakah peristiwa terkini yang menyebabkan ramai umat Islam terhalang untuk mengerjakan haji?
a. Pembiayaan urusan haji yang dikenakan sangat mahal
b. Arab Saudi tidak membenarkan umat Islam ke Tanah suci
c. Berlakunya wabak Covid-19 yang mengancam kesihatan
d. Iman umat Islam semakin hilang kerana hasutan syaitan
